Rabu, 20 Mac 2013

Temuduga Tentera: Part II

Persiapan Menghadapi Temuduga

Seperti dijanjikan, gua sambung cerita gua gi temuduga pegawai tentera. Setelah meneliti surat tawaran temuduga tu, gua dapati ada beberapa perkara yang gua kena buat sebagai persiapan.

Calon-calon dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen asal (seperti di bawah), laporan X-Ray dada dan memeriksa BMI masing-masing:

  1. I/C
  2. Sijil Kelahiran (Pemohon/Ibu Bapa)
  3. Ijazah
  4. Transkrip Akademik
  5. Sijil SPM
  6. Sijil Berhenti Sekolah
  7. Surat Akuan @ Testimonial dan sijil-sijil kokurikulum
  8. Filem & laporan X-Ray dada
  9. Surat pengesahan pengiktirafan kelayakan akademik oleh JPA (untuk IPTS)
Bagi pengiraan BMI (Body Mass Index) mestilah tidak melebihi 23.0. Cara pengiraan adalah seperti berikut:
  • Berat (kg) / Tinggi (m) / Tinggi (m)
  • Contoh: 47.5 kg / 1.62 m / 1.62 m = 18.0
Calon-calon yang tidak menyediakan dokumen di atas telah pun dinasihatkan supaya tidak menghadirkan diri ke sesi temuduga kerana jika mereka tetap menghadirkan diri, mereka akan dihantar pulang pada hari yang sama!

Gua pun check. Gua tengok gua ada semua yang kat atas tu. BMI pun cukup-cukup makan je. Ok la tu. Janji lepas.

Proses Pemilihan

Lepas da check semua yang patut, calon yang berminat untuk hadir, kena maklumkan melalui borang yang disediakan atau cuma call semula pihak Cawangan Tenaga Kerja - Bahagian Pengambilan Anggota (CPK - BPA).

Sekarang ni gua nak cerita pulak apakah proses pemilihan yang akan dilakukan kat sana nanti. Terdapat beberapa ujian yang perlu dilalui oleh setiap calon. Setiap ujian yang tak lepas, calon akan dihantar pulang pada hari tersebut. Kira macam program realiti lah jugak ni, ada penyingkiran.

Proses pemilihan dibahagikan dalam beberapa peringkat seperti berikut:
  1. Semakan Dokumen (dokumen yang kat atas tu)
  2. Pemeriksaan Perubatan/Pergigian
  3. Ujian Jasmani (larian 3.2 km di bawah 18 minit)
  4. Ujian Personaliti
  5. Ujian Kecerdasan Akal (IQ)
  6. Ujian Pengetahuan Am
  7. Ujian Merancang
  8. Ujian Pengucapan Awam (English)
  9. Temuduga Lembaga Awal
  10. Temuduga Lembaga No.3 Pemilihan Pegawai-Pegawai ATM (Tiga Khidmat)
Erk!? Public Speaking??? Ok. Serius. Antara banyak-banyak ujian kat atas tu, paling gua cuak adalah public speaking. Gua mana reti cakap BI! T_T

"Kata Graduan? Mesti power BI", bisik hati kecil gua.

Inilah persepsi yang salah. Bukan semua graduan boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Graduan tak graduan, kalau tak praktis masa belajar dulu, tak reti la jugak.

Cerita banyak tak guna, nak tak nak gua kena hadapi semua tu. Nak jadi army officer, memang kena reti cakap BI.

Dan bermulalah episod gua 'menyiapkan' diri gua untuk interview. Gua buat research, study pasal army kat website dorang. Gua baca sejarah ATM, Tentera Darat, Lt Adnan dan macam-macam lagi lah.

Gua join forum kat internet tapi tak banyak membantu sebab skim yang gua amek ni adalah skim baru. Gua akan terangkan pada post yang lain pasal skim untuk jadi pegawai tentera.

Gua juga bertanyakan pada member gua yang dah pun berkhidmat dalam Tentera; Sarjan Aznor Azis TUDM dan Lt Muda Basyir Husni TLDM pasal kehidupan masa training nanti macam mana, apa soalan akan ditanya masa interview, semua benda yang gua patut tahu, gua tanya sebab gua betul-betul nak dapat kerja ni.

Kemuncak persiapan gua, gua lari 3.2 km kat Tasik Titiwangsa. Ada la 2 kali gua pergi. 1st time gua lari, rasa nak muntah la jugak. Gua dapat buat catatan masa 15 minit ++. Kali kedua, gua catat 16 minit. Ok la tu. Janji bawah 18 minit.

Next entry: Hari Pertama

3 ulasan:

  1. Salam, Bro setiap dokumen yg kte perlu sediakn tu perlu ade cop pngesahan x? (contoh dr ketua kampung,peghulu mukim or pegawai kerajaan)

    BalasPadam
  2. salam,,bro kalau ujian lari 3.2 km tu keliling padang ke..n ada ujian sit up bagai ke?

    BalasPadam
  3. Jika gagal bi dn lls ats bm nle pg tmudga kr bro

    BalasPadam