Rabu, 20 Mac 2013

Apa Yang Lelaki Mahu?

Gua pernah ditanya oleh rakan-rakan perempuan gua, "Apa yang lelaki nak dalam hubungan sebenarnya?"

Pada gua, lelaki cuma mahukan Kesetiaan dan Dihargai. Tak lebih dari itu.

Bila gua ajukan pada member-member lelaki gua soalan ni pun, mereka setuju iaitu apa yang mereka mahu dari teman wanita mereka adalah 2 perkara ni. Dan selalunya mereka tak dapat.

Apa yang lelaki mahu hanyalah ungkapan "terima kasih" atau sebarang ungkapan yang menunjukkan penghargaan. Itu sudah memadai walaupun lelaki terpaksa berhabis wang ringgit, bergadai nyawa dan memerah keringat untuk membuat perempuan dicintainya gembira dan bahagia.

Ada lelaki jenis yang sangat menjaga tingkahlaku teman wanita mereka. Setiap pergerakan dipantau, bimbang jika teman wanita buat perkara-perkara yang salah di sisi agama atau norma masyarakat setempat. Sebagai contoh; tak boleh keluar dengan lelaki lain, tak boleh balik lewat malam, tak boleh pergi tempat-tempat yang tak elok dan pelbagai lagi undang-undang dikenakan. Semuanya kerana sayangkan teman wanita, tak mahu terjadi perkara tidak baik sebelum melangkah ke jinjang pelamin.

Dan selalunya perempuan tak suka kerana rimas dan beranggapan teman lelaki mereka terlalu mengongkong kebebasan mereka.

Jadi, apa pula yang perempuan mahu dalam perhubungan?

Kebebasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan