Rabu, 6 Oktober 2021

Konvokesyen

Kebetulan muncul kat FB Memories, aku saja-saja lah kongsi kat sini.

Sempena konvo aku 9 tahun lepas pada 6 Okt 2012. Majlis konvo UniKL kali kesembilan ni diadakan di PICC, Putrajaya selama dua hari iaitu 6 dan 7 Okt 2012. Semua kampus UniKL kat Semenanjung ni akan terima scroll kat sini. Untuk kampus aku UniKL MICET dibuat pada 6 Okt 2012.

Kad Aturcara

Kenangan bersama arwah Abah




Gambar kat atas ni dengan sahabat baik aku, Afiq Asnawi. Coursemate merangkap housemate sekali. Kitorang ni boleh dikatakan bukan dalam golongan student bijak2 pun. 

Bagi kebanyakan student, mungkin pointer yang cemerlang yang dicari tapi bagi kitorang ni, dapat survive dan GOT (Grad -On-Time) pun dah kira besar rahmat.

Alhamdulillah, dalam keadaan ada subjek yang failed, kitorang manage untuk GOT.






Antara rakan-rakan seperjuangan. Aku pun tak pasti dorang semua buat apa sekarang tapi aku yakin semua dah berjaya dalam bidang masing-masing. Macam aku ni, lari bidang sikit lah sebab aku join Tentera.

Aku ingat lagi masa aku nak lapor UniKL MICET tahun 2008. Aku lapor sorang2 masa tu. Naik bas dari Pudu ke Melaka Sentral. Pastu aku amek teksi sampai ke Taboh Naning.

Walaupun aku pernah belajar kat Melaka sebelum tu (Matriks Melaka), tapi aku tak tau sangat geografi Melaka ni. Taboh Naning? Kat mana tu?

Arwah Abah dulu tak dapat follow sekali sebab pada hari yang sama, adik aku yang kedua tu daftar SAM kat Taylor College. Aku tau Abah macam serba salah tapi aku yakinkan Abah aku boleh manage sendiri. Aku taknak Abah rasa bersalah.

Banyak kisah lagi aku nak story. Nanti lah aku sambung. Aku tulis ni pun untuk catatan sendiri supaya aku tak lupa di kemudian hari.