Selasa, 2 April 2013

Why Tentera, Mal? Why?

"Apsal kau masuk army?"

"Lari bidang kot ngan kau belajar. Aku takleh nak relate Food dengan Army"

"Rugi kau belajar 4 tahun, last-last masuk askar. Baik kau tak yah masuk U"

"Benda Halal kau belajar tu, cane? Kira da takde la pasni?"

Gua cukup muak dengan soalan-soalan macam ni. Time gua takde keja, asyik tanya "Bila kau nak kerja ni?" "Kau ni pemalas gile, duk umah je", "Kau bukan da lama ke grad? Bila nak kerja?"

Dan sekarang, bila gua terpilih untuk masuk latihan Tentera. Macam-macam soalan yang menyusul.

"Why Tentera, Mal? Why?"

Ok. Biarlah gua explain kat sini supaya semua tak tertanya-tanya kenapa tiba-tiba gua nak masuk army. Ceritanya macam ni...

Untuk makluman korang, menjadi tentera adalah cita-cita gua sejak kecik lagi. Sebab kehidupan gua seharian adalah dengan tentera, iaitu bapak gua. Dari kecik, memang hari-hari gua tengok bapak gua dengan uniform tenteranya gi kerja setiap pagi. Dari situ, gua macam adore dengan pekerjaan tentera ni sebab gua nampak pakai uniform gi kerja sangat smart.

Tambahan pula, gua memang tinggal dalam kem sejak kecik. Kirenya environment tentera tu macam da sebati dengan gua. Kejiranan gua pun tentera. Kawan-kawan gua masa kecik pun anak-anak tentera. Gua gi sekolah pun naik trak tentera. 

Selain tu, gua juga dilatih untuk mengamalkan disiplin ala-ala tentera yang bapak gua terap sket-sket kat gua ngan adik-adik gua. Tak banyak pun. Antaranya potongan rambut no 4. Kire botak, ada rambut sket. Memang gua tak suka. Dari kecik sampai Tingkatan 2 gua dengan gaya rambut camtu. Masuk Tingkatan 3, gua mintak pengecualian. Memang bapak gua tak bagi tapi masa tu gua kira anak yang degil. Last-last bapak gua terpaksa benarkan gua simpan rambut dan buat potongan sendiri.

Walaupun mintak pengecualian, gua bukan nak simpan rambut panjang pun sebab gua tak minat. Gua minat potongan rambut ala-ala spiky macam tu je.

Habis SPM, gua mula mencari IPT untuk gua sambung belajar. Masa ni gua minat medic. Tapi result gua tak layak untuk mohon oversea sebab Kimia gua dapat B, cuma boleh apply Diploma Kejuruteraan di Korea dan Jepun. Bapak gua tak bagi gua apply diploma. Dia nak gua amek asasi atau matrikulasi. 

Masa tu, gua ada cakap gua nak masuk tentera tapi bapak gua tak galakkan. Dia cakap, "Keja tentera ni berat, gaji pun sikit. Lagipun, abah ngan pakcik kau ni dah keja tentera. Kau tak bosan ke kalau masuk tentera jugak? Kau sambunglah degree. Tak kisah lah apa-apa, yang penting kau minat"

Gua masih minat nak jadi tentera dan gua nak try ATMA (Akademi Tentera Malaysia, sekarang ni UPNM) tapi takde bidang Sains masa tu. Semua engineering. Gua tak minat engineering. Kalau boleh, gua nak elak subjek mengira.

Last-last, gua masuk matrikulasi. Then, sambung MICET. Masa 1st year tu, gua masih lagi ada minat dengan badan uniform ni. Gua masuk Kadet Bomba untuk subjek ko-kurikulum. Dan gua dapat tau IPTS takde PALAPES, tapi ada Wataniah. Gua try nak masuk tapi entah ada masalah apa, gua takleh nak join.

Sehinggalah dah masuk tahun 2 sampai tahun akhir, cita-cita gua tu macam hilang macam tu. Gua pun seolah-olah dah lupa pasal tentera ni sebab gua rasa cita-cita tu macam dah berakhir. Keinginan tu macam dah takde. Gua pun dah kurang sket disiplin. Simpan rambut panjang, pakai aksesori entah pape kat seluar la... macam-macam lagi lah benda lagha gua buat. 

Lagipun masa tu gua pun dah rasa selesa dengan bidang Food Tech ni. Kalau ada orang ajak masuk Tentera masa tu, konfem gua tolak. Gua dah jadi takut dengan disiplin ketat, latihan keras, nak kena botakkan kepala la, pastu gua tak nak kulit jadi gelap (poyo je, padahal kulit memang dah gelap pun). Sampai dah habis belajar pun, gua amek kursus Halal menunjukkan yang gua memang minat bidang makanan ni.

Selepas hampir 9 bulan lepas tamat belajar hari tu , bulan Januari 2013 hari tu gua nampak iklan Skim Pegawai Graduan ni. Masa tu gua takde rasa apa-apa minat sebab keinginan tu macam dah takde. Tapi lepas gua tengok kawan gua dari UPNM ditauliahkan sebagai pegawai Tentera Laut dan kawan masa sekolah gua jadi Tentera Paratroopers, tiba-tiba macam ada suatu perasaan dalam diri gua. Rasa berkobar-kobar semacam je dan gua cakap dalam hati, "Kalau dorang boleh lepas training macam hell tu, nape aku tak boleh?"

Antara sebab lain gua tak apply tentera dulu sebab Buah Hati Kesayangan (BHK) gua masa tu tak suka gua masuk Tentera. Sekarang ni, gua dah takde pape ngan dia. Solo je. Boleh la gua masuk training dengan senang hari. Hoho. Dan sekarang ni pun, bila dia tau gua masuk Tentera pun... still tak suka. Lantaklah. Life gua. Kalau gua mati masa perang pun, tak susahkan dia pun.

Sebab tu lah gua apply. So, harap korang faham. Cita-cita ni dah lama. Cuma hilang sementara waktu disebabkan benda-benda kat atas tu sampai la ada benda yang tarik keluar cita-cita yang dah terpendam lama dalam diri gua tu. Hehe.

Dan gua yakin, Allah takkan sia-siakan apa yang gua dah buat selama ni. Mungkin bukan sekarang gua dapat apply ilmu makanan dan Halal yang gua belajar tapi gua yakin suatu masa nanti, ilmu-ilmu tu akan berguna kalau gua da ditauliah sebagai pegawai Tentera nanti.

Doakan gua berjaya kat sana.

Poyo je pakai baju pinjam. Haha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan