Memaparkan catatan dengan label Tentera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tentera. Papar semua catatan

Rabu, 15 September 2021

KOR/REJIMEN DALAM TENTERA DARAT

Assalamualaikum & salam ukhuwah.


Entry kali ni berkenaan kor dan rejimen yang ada dalam Tentera Darat (TD). Pasti ramai pernah tengok lencana, cap badge di beret atau tag nama kat loreng yang dipakai oleh geng2 Askar tapi tak tau dorang ni kor apa? 

Hijau Merah ni kor apa? Biru Kuning ni kor apa pulak? 😵

Apa maksud RSD? KJLJD ni short form untuk apa? 😫

Untuk makluman semua, dalam TD ni ada 16 kor/rejimen yang dibahagi kepada 3 elemen yang membentuk Elemen Tempur (Combat Element), Elemen Bantuan Tempur (Combat Support Element) dan Elemen Bantuan Khidmat Tempur (Combat Service Support Element).


Elemen Tempur


Elemen Tempur dibarisi oleh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Rejimen Sempadan (RS) dan Kor Armor Diraja (KAD).

Kenapa dipanggil Elemen Tempur? Sebab geng2 ni lah yang akan duduk kat barisan hadapan kalau diaturgerakkan dalam operasi atau pun situasi perang. RAMD, RRD dan RS juga dikenali sebagai Tentera Infantri.


Elemen Bantuan Tempur


Elemen ini terdiri daripada 5 kor/rejimen iaitu Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) dan Kor Risik Diraja (KRD).

Elemen ni akan bantu geng2 barisan hadapan tadi jika berlakunya peperangan. RSD akan setup perhubungan dan komunikasi, RAJD akan bantu membuat pembinaan contohnya jambatan dan RAD pulak akan memberi bantuan tembakan jarak jauh. 

KPTD atau lebih dikenali sebagai MP (Military Police) akan mengawal laluan dan mengosongkan penduduk sekiranya kawasan tu terlibat dengan perang manakala KRD akan membuat risikan dan memberi info2 yang diperlukan dalam peperangan.


Elemen Bantuan Khidmat Tempur

Elemen ini juga dikenali sebagai barisan belakang atau elemen logistik. Terdiri daripada Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Kor Perkhidmatan Am (KPA), Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnan Diraja (KOD), Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Elemen logistik yang utama adalah KPD, KOD dan KJLJD. Geng 3 serangkai ni lah yang sediakan makanan, pengangkutan, pakaian, peluru, alat ganti dan senggaraan untuk membantu barisan hadapan bertahan dalam perang.

KPA pulak ada pecahan lagi dalam tu. Ada KPA-AJAR (hal ehwal pendidikan), KPA-GAJI (mestilah bab2 gaji), KPA-BK (hal2 pengkeranian) dan KPA-PR (media). Lain entry aku cerita lebih detail pasal kor ni.


Askar Wataniah (AW)

Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang diangotai oleh para sukarelawan. Dorang ni adalah barisan kedua di dalam mempertahankan Negara. Kemahiran anggota adalah setanding dengan anggota tetap, malah ada memiliki kepakaran tertentu seperti telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian pelabuhan dan pengendalian keretapi.


So, korang dah nampak kan? Setiap kor/rejimen ni ada fungsi2 tertentu dan khusus yang saling berkait dan membantu antara satu sama lain. Sebab tu askar dilatih 1 kepala, 1 hati. Esprit de corps 💪

Dan dilatih untuk mengikut arahan. Kalau arahan kata A, A lah. B, B lah. Jangan tiba2 nak C. Ikut arahan selagi mana tak melanggar syariat dan hak asasi.
.
.
.
Salute! 💂

Sumber: http://army.mod.gov.my/index.php/ms/about-us/profile/fungsi


Ahad, 13 September 2015

IKLAN PENGAMBILAN PEGAWAI KADET GRADUAN 2016

Assalam, semua. Lama tak update blog. Rasa cam da 2 tahun. Haha :D

Ok. Ini ada pengambilan terbaru untuk Graduate Officer atau GO untuk 2016. Untuk kali ini, permohonan adalah secara atas talian (online).

 1. KELAYAKAN ASAS



2. JURUSAN DIPERLUKAN TDM



C. JURUSAN DIPERLUKAN TLDM DAN TUDM



CARA-CARA MEMOHON






Boleh download iklan di sini: http://army.mod.gov.my/index.php/maklumat/penerbitan/publikasi-rujukan/file/176-pengambilan-pegawai-bulan-september-2015

dan mohon di sini: http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/Public/Application

Khamis, 5 Februari 2015

Komando! Komando! Komando! Part 1

Assalam semua!

Untuk entry kali ni, gua nak citer pengalaman gua join basic komando tahun lepas. Walaupun gua tak lulus tapi banyak benda yang gua dapat dari join basic ni.

Gua mulakan citer gua dengan kenapa gua nak join basic:
1. Ingin mencabar tahap keupayaan diri
2. Orang kata basic ni piaw. So, gua nak tau la setakat mana piawnya. Hehe.
3. Dan sebab2 lain yang gua takleh expose kat sini

So, citernya bermula sejak gua join Kursus Induksi Pegawai Muda TD kat PULPAK (PULPAK ni tempat latihan komando kat Kem Sg Udang). Ok. Kalau nak tau lebih, sila ke link ni: https://www.youtube.com/watch?v=bCiz67FlCpI

Sepanjang 5 minggu gua berinduksi kat sini, gua macam rasa teringin nak cuba gi basic (walaupun gua tau basic ni piaw sampai boleh jadi biol). So, gua mohon kat OC gua nak gi.

Gua: Tuan, saya ada benda nak mintak kat tuan ni.
OC: Apa dia?

Gua: Saya nak mintak gi kursus. Boleh tak, tuan?
OC: Kursus apa lak ni?

Gua: Saya nak gi pemanasan basic komando, tuan
OC: (terdiam) HAHAHA! Kau nak gi pemanasan?? Kau berenang pun tak reti.

Gua: Tuan. Tuan pun tengok kan. Saya da boleh berenang sket2. Masa pemanasan nanti, dorang akan ajar, tuan.
OC: (masih tergelak lagi) Tak yah la. Kau nak watpe gi komando ni? Kau minat ke?

Gua: Saya minat, tuan.
OC: Ah. Tak yah lah. Nanti sape nak buat AO (Pegawai Tadbir) aku? Penat aku ajar kau.

Gua terdiam. Rasa sedikit hampa.

OC: Ok la. Cani. Kalau mak ayah kau bagi... Aku benarkan. Mak ayah kau tau ke??
Gua: Dorang tau, tuan. Saya da mintak restu dorang tuan.
OC: (terdiam) Ahh. Takde. Takde. Aku tak benarkan.

Suasana hening seketika.

OC: Dah lah. Kau gi lah balik bilik. Tido. Kau doa la pape malam ni. Mana tau, hati aku lembut nak bagi kau gi (ketawa). Tapi aku tak janji ngan kau.
Gua: Baik, tuan. Terima kasih, tuan! (gembira)
OC: Hoi. Kau terima kasih apanya. Aku tak cakap pape pun.

Keesokkan hari, gua siapkan semua dokumen2 untuk melapor ke pemanasan basic komando. Gua tak kira, gua gamble je. OC setuju ke tak, gua siapkan gak dokumen untuk dia sign. Gua panggil driver OC.

Gua: Farid, kamu nak gi amek OC kat mess, bila?
Pmd: Tengahari ni, tuan. Kenapa, tuan?
Gua: Nanti tolong pass dokumen2 ni kat dia. Mintak OC sign.

Gua berserah. Tawakal. Dokumen perlu sign tu pasal benda lain tapi gua selit kat bawah tu dokumen2 pengesahan untuk gi pemanasan basic komando.

Tiba-tiba OC gua call. Gua terkejut.

Gua: Ya, tuan. Ada apa, tuan? (Dalam hati, gua berharap dia bagi kebenaran gi basic)
OC: Em, ni... kau ada garters tak? Aku nak pinjam lah.

Gua hampa, Ceh! Garters dia mintak. Gua da tertanya-tanya. OC sign ke tak dokumen aku ni? Gua pun balik mess, gi amek garters. Kebetulan driver OC ada kat mess.

Gua: Farid. OC mana?
Pmd: Tengah makan dalam mess, tuan.

Gua: Eh, da bagi belum dokumen tadi?
Pmd: Dah, tuan.

Gua: Cane? OC sign tak?
Pmd: Tak tau la tuan. Saya nampak OC amek fail, belek2. Pastu dia masuk bilik. Tak lama pastu, dia keluar balik bagi fail ni kat saya. Tuan tengoklah dulu.

Gua amek fail tu. Dalam hati rasa berdebar. Rasa cuak bercampur harap. Ya Allah, mintak2 la OC sign.

Gua bukak fail. Dokumen pertama pasal nak mohon bajet. Gua tengok kat bawah, ada sign OC.

Gua selak dokumen belakang. Dokumen tu tertulis MOHON PELEPASAN UNTUK KE PEMANASAN KURSUS ASAS KOMANDO SIRI AK 2/15. Mata gua antara pejam tak pejam. Tengok slow2 sampai ke perenggan last. Seterusnya ke tempat tandatangan. Gua terkejut. Terharu pun ada. OC SIGN PERMOHONAN GUA!

Bukan main happy gua rasa masa tu. Dipendekkan cerita, OC gua fly ke semenanjung hari yang sama sebab ada Majlis Makan Malam Rejimental kat KL.

Gua melapor ke Rejimen 11 Gerak Khas (11 RGK) pada 18 September 2014 untuk menjalani pemanasan.

Tamat Part 1.

Isnin, 11 Ogos 2014

Iklan: Pengambilan Perajurit Muda TUDM Siri 52/15

Assalam & selamat sejahtera semua! Kat bawah ni adalah iklan bagi pengambilan Perajurit Muda TUDM Siri 52/15 iaitu bagi kategori Lain-lain Pangkat (LLP).

Jadi, kepada sesiapa yang berminat, boleh la ajukan permohonana anda sebelum 24 Ogos 2014.

^_^

Kembali Buat Seketika...

Assalam & selamat sejahtera semua! ^_^

Alahai, lama sangat tak update blog ni. Gua rasa malu dengan diri sendiri. Haish =.=

Tapi kesibukan bila da masuk unit, macam ni lah jadinya. Takde masa nak update2 blog ni (ke tak reti nak manage masa?).

Ah, tak kisah lah. Apa-apa pun, gua akan cuba untuk update (sebenarnya #throwback) timeline sehingga Ogos 2014 ni.

Untuk permulaan, gua nak ucap tahniah di atas kenaikan pangkat CI (Chief Instructor) gua masa kat KTD dulu, Lt Kol Marzuki bin Mokhtar yang telah dinaikkan pangkat Kolonel.

Sekarang ni beliau menjawat jawatan sebagai Kolonel Operasi/Rancang Pemerintahan Wilayah Timur yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak.

Tahniah, tuan!

Kol Marzuki bin Hj Mokhtar dan isteri

Sabtu, 25 Januari 2014

Iklan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2014

Assalam semua!

Saya pasti para pengunjung blog ini telah menanti dengan penuh sabar bilakah iklan pengambilan terbaru akan dikeluarkan.

Di sini, ada berita baik bagi yang ingin memohon untuk menjadi Pegawai Tentera bagi lepasan graduan untuk tahun ini.







Saya mengucapkan selamat berjaya bagi yang memohon! ^_^

Sabtu, 20 Julai 2013

Ordinary men. Extraordinary times.

They depended on each other. 

And the world depended on them.

This is the 3rd Platoon of Ismail Nasiruddin Company.





Khamis, 18 Julai 2013

Ujian IMP

Assalam. Entry kali ni, gua paparkan gambar2 semasa Ujian IMP.

Apa itu IMP? 


IMP ni singkatan bagi Ilmu Medan Perang.




Yang ni adalah Bahagian 1 untuk Ujian IMP iaitu Penyamaran. Kredit untuk skot gua, Khairull Niszam a.k.a. Sushi untuk gambar ni :)

Sabtu, 29 Jun 2013

Sistem Pangkat Tentera Darat Malaysia

Untuk entry kali ni, gua nak citer sket tentang sistem pangkat yang ada dalam Tentera Darat Malaysia (TDM). 

Seperti yang korang semua tahu, antara keunikan profesion tentera ni, mereka mengamalkan sistem pangkat dalam pekerjaan mereka, tidak seperti kakitangan kerajaan yang lain.

Bagi yang menyertai latihan rekrut atau perajurit muda, mereka akan passing out sebagai Prebet (Pbt) atau Private dalam English manakala bagi yang menyertai latihan pegawai kadet, mereka akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Lt Muda).

Syarat Kemasukan

Syarat terbaru untuk menyertai Perajurit Muda, calon mestilah mempunyai SPM atau Diploma. Gua tak ingat kena kredit apa dan lulus apa untuk SPM tu. Nanti gua check balik. Sebab taraf tentera sekarang dah tinggi. Dulu nak masuk rekrut ni, ada PMR pun takpe. Untuk tahun ni, ianya dah pun dimansuhkan.

Sistem Pangkat Tentera Darat

Manakala bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pegawai, skim yang ada cuma 2 sahaja sekarang:

  1. Pegawai Kadet UPNM - masuk dengan keputusan SPM dan lulus temuduga
  2. Pegawai Kadet Graduan - masuk dengan ijazah kepujian dan lulus temuduga
Kalau dulu ada skim Pegawai Kadet lepasan SPM. Training 18 bulan + dapat Diploma Pengurusan dari OUM. Tapi skim ni dah dimansuhkan.

Dan bermula tahun 2013 juga, sesiapa yang nak masuk skim Pegawai Kadet Graduan hendaklah mempunyai Ijazah dengan Kepujian berserta CGPA yang baik.

Tempoh Latihan
  1. Perajurit Muda - latihan ketenteraan selama 6 bulan
  2. Pegawai Kadet UPNM - latihan ketenteraan dan akademik selama 5 tahun iaitu 1 tahun (asasi) + 4 tahun (ijazah)
  3. Pegawai Kadet Graduan - latihan ketenteraan selama 9 bulan di Kolej Tentera Darat 
Untuk entry akan datang, gua akan citer serba sedikit pangkat dalam Tentera Laut ngan Tentera Udara. Ada kelainan sket berbanding TDM ni :)

Sabtu, 6 April 2013

Tentera Naik Gaji

Waktu  PM Najib umum pasal kenaikan gaji ni, gua masa tu still dalam sesi pemilihan. Kalau tak silap, masa tu hari ketiga gua kat sana.

Gua takleh online kat sana. Ada member-member kat sana yang online guna fon, bagitau la pasal gaji tentera naik. Kata dorang, naik mendadak. Gaji Lt Muda jadi gaji Kapten.

Gua tak rasa teruja sangat dengan sistem gaji baru ni sebab masa tu gua tak terpilih pun lagi. Untuk apa gua nak rasa seronok? Untuk dijadikan motivasi dan dorongan untuk pemilihan nanti, boleh lah.

Gua akui, memang banyak kenaikan tu sebab bapak gua tentera. So, gua memang tau berapa gaji-gaji setiap pangkat tu. 

Pape pun, syukur pada Allah kerana orang awam mula membuka mata dengan pekerjaan Tentera ni dan profesion ni bukan lagi menjadi pilihan kedua sebaliknya pilihan pertama.


Cuma yang tak bestnya, bila gua da terpilih untuk ke latihan, orang cakap kat gua:

"Kau masuk Tentera ni mesti sebab hari tu naik gaji kan?"

-_-"

Khamis, 4 April 2013

Temuduga Tentera: Part V

Penyingkiran


7 Mac (Khamis). Dah masuk hari ketiga kat sini. Gua meneruskan rutin biasa. Bangun jam 0530. Mandi dan bersiap untuk solat Subuh berjemaah. Jam 0630 kami akan berkumpul dalam satu skuad, seterusnya bergerak ke Cook House untuk sarapan pagi.

Pagi tu gua berdebar-debar. Gua takut dengan result untuk medical semalam. Macam-macam bermain dalam fikiran gua.

"Kalau tak lepas macam mana? Rugi la jugak buat fitness tapi tak sempat nak test power"

Gua berdoa pada Allah supaya gua dapat bertahan sampai temuduga akhir. Kalau tak lepas medical, takleh buat ujian seterusnya yang masih banyak lagi menanti.

Gua sarapan. Jam 0730 akan berkumpul di Dewan Congo untuk Ujian Bertulis.

0730. Kitorang berkumpul di hadapan Dewan Congo. Arahan buka barisan diberikan oleh IC Skot. Bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku dijalankan. 

Selesai semua, kitorang diarahkan masuk ke dewan dan tunggu arahan selanjutnya. Kitorang diminta untuk tunggu result perubatan semalam. 

Setelah hampir 1 jam menunggu, nama-nama calon yang gagal dipanggil. Alhamdulillah. Gua lepas. Jam 0930, ujian bertulis dimulakan.


Ujian Bertulis

Ujian bertulis merangkumi 4 kertas soalan iaitu:
  1. Ujian Pengetahuan Am
  2. Ujian Kecerdasan Akal (IQ)
  3. Ujian Perancangan
  4. Ujian Personaliti

Ujian Pengetahuan Am

Jam 0930, kertas Pengetahuan Am dimulakan. Masa diberi cuma 45 minit. Kertas soalan dibahagikan kepada 4 bahagian:

  • Bahagian A: Pengetahuan Am ATM
  • Bahagian B: Pengetahuan Am Malaysia
  • Bahagian C: Pengetahuan Am Dunia dan Serantau
  • Bahagian D: Pengetahuan Am Sukan, Sains & Teknologi
Tamat ujian, kitorang berhenti untuk minum pagi pada jam 1015.


Ujian Kecerdasan Akal (IQ)

Jam 1050, Ujian IQ dimulakan. Serius gua cakap. Gua memang terkial-kial nak jawab soalan-soalan IQ ni sebab soalan semua berkenaan logik akal. Masa yang diberi satu jam. Gua tengok ada sorang dua abes awal.

Abes ujian, terus masuk ujian seterusnya: Ujian Perancangan. Ujian ni akan dijalankan selepas lunch dan solat Zohor.

Ujian Perancangan

Jam 1430, ujian dimulakan. Ujian Perancangan ni memerlukan calon untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Macam KBKK jugak la. Calon perlu membayangkan diri calon sudah pun bergelar Lt Muda dan perlu melaksanakan tugasan yang diberikan oleh CO (Commanding Officer).

Soalan yang gua dapat masa tu, gua kena conduct latihan menembak dan perkhemahan hutan untuk budak-budak PKBM. Pastu, gua kena plan berapa banyak peluru nak kena guna, berapa lama masa latihan tu, berapa banyak makanan kena bawak untuk camping 3 hari 2 malam, berapa trak nak kena guna untuk angkut budak-budak tu.

Gua orang 2nd last keluar dewan sebab gua tak faham soalan T_T

Ujian Personaliti

Yang ni takde apa sangat, cuma nak tengok kecenderungan personaliti calon sahaja. Abes ujian, kitorang gi solat Asat, salin baju sukan. Petang tu ada latihan untuk larian 3.2 km nanti.

Malam, tidak ada aktiviti. Bebas. Gua amek peluang untuk call abah gua, member-member yang tau gua gi pemilihan ni. Update kat dorang. Esok tu kitorang akan ada ujian larian 3.2 km bawah 18 minit.

Next entry: Larian 3.2 km

Rabu, 3 April 2013

Temuduga Tentera: Part IV

Medical & Dental Test


Hari kedua (6 Mac) kat sana, kami diarahkan untuk berkumpul di hadapan Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) untuk diperiksa tahap kesihatan kami, adakah menepati kehendak tentera atau tidak.

Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan sebab ramai sangat. Satu kumpulan buat medical dulu, satu lagi buat dental check. Gua kena buat dental check dulu. Doktor cakap gigi gua berlubang, dia suruh gua cabut kalau terpilih nanti. Gua cuma angguk je. Dalam hati, "Fuh, nasib baik bukan benda serius"

Cuak weh. Medical ni kalau tak lepas, takleh buat apa dah.

Dalam PGAT, tengah tunggu giliran

Lepas tu, gua buat medical check-up. Antara test dorang buat:
  1. Urine test
  2. Blood test
  3. Jantung (selepas buat physical training)
  4. Telinga (untuk tengok gegendang telinga, ok ke tak)
  5. Dada
  6. Tangan (bengkok ke tak)
  7. Organ kejantanan (hehe, nak tengok ada penyakit angin pasang ke tak)
  8. Tapak kaki (kalau flat, kena reject)
Peh. Memang complete dorang check, atas bawah. Dah macam nak masuk tentera ni kena sesempurna mungkin. Nasib baik tak check tahap kehenseman. Memang gua kena reject awal-awal lagi. Kehkehkeh.

Ujian hari tu memang lama, ada yang kena stay sampai petang. Nasib baik gua sampai tengahari je. Pas Zohor tu, boleh rilek, tido dalam bilik.

Mejar Abdul Hamid Bin Maarus (Pegawai Kanan *CTK-BPA) umumkan yang result untuk perubatan akan tahu pada pagi esok. Mana-mana calon yang gagal akan dihantar pulang pada esok hari. Jadi, kitorang ada masa untuk stay satu malam lagi. 

Gua berdoa supaya gua lepas.

*Cawangan Tenaga Kerja Bahagian Pemilihan Anggota

Next Entry: Ujian Bertulis

Selasa, 2 April 2013

Why Tentera, Mal? Why?

"Apsal kau masuk army?"

"Lari bidang kot ngan kau belajar. Aku takleh nak relate Food dengan Army"

"Rugi kau belajar 4 tahun, last-last masuk askar. Baik kau tak yah masuk U"

"Benda Halal kau belajar tu, cane? Kira da takde la pasni?"

Gua cukup muak dengan soalan-soalan macam ni. Time gua takde keja, asyik tanya "Bila kau nak kerja ni?" "Kau ni pemalas gile, duk umah je", "Kau bukan da lama ke grad? Bila nak kerja?"

Dan sekarang, bila gua terpilih untuk masuk latihan Tentera. Macam-macam soalan yang menyusul.

"Why Tentera, Mal? Why?"

Ok. Biarlah gua explain kat sini supaya semua tak tertanya-tanya kenapa tiba-tiba gua nak masuk army. Ceritanya macam ni...

Untuk makluman korang, menjadi tentera adalah cita-cita gua sejak kecik lagi. Sebab kehidupan gua seharian adalah dengan tentera, iaitu bapak gua. Dari kecik, memang hari-hari gua tengok bapak gua dengan uniform tenteranya gi kerja setiap pagi. Dari situ, gua macam adore dengan pekerjaan tentera ni sebab gua nampak pakai uniform gi kerja sangat smart.

Tambahan pula, gua memang tinggal dalam kem sejak kecik. Kirenya environment tentera tu macam da sebati dengan gua. Kejiranan gua pun tentera. Kawan-kawan gua masa kecik pun anak-anak tentera. Gua gi sekolah pun naik trak tentera. 

Selain tu, gua juga dilatih untuk mengamalkan disiplin ala-ala tentera yang bapak gua terap sket-sket kat gua ngan adik-adik gua. Tak banyak pun. Antaranya potongan rambut no 4. Kire botak, ada rambut sket. Memang gua tak suka. Dari kecik sampai Tingkatan 2 gua dengan gaya rambut camtu. Masuk Tingkatan 3, gua mintak pengecualian. Memang bapak gua tak bagi tapi masa tu gua kira anak yang degil. Last-last bapak gua terpaksa benarkan gua simpan rambut dan buat potongan sendiri.

Walaupun mintak pengecualian, gua bukan nak simpan rambut panjang pun sebab gua tak minat. Gua minat potongan rambut ala-ala spiky macam tu je.

Habis SPM, gua mula mencari IPT untuk gua sambung belajar. Masa ni gua minat medic. Tapi result gua tak layak untuk mohon oversea sebab Kimia gua dapat B, cuma boleh apply Diploma Kejuruteraan di Korea dan Jepun. Bapak gua tak bagi gua apply diploma. Dia nak gua amek asasi atau matrikulasi. 

Masa tu, gua ada cakap gua nak masuk tentera tapi bapak gua tak galakkan. Dia cakap, "Keja tentera ni berat, gaji pun sikit. Lagipun, abah ngan pakcik kau ni dah keja tentera. Kau tak bosan ke kalau masuk tentera jugak? Kau sambunglah degree. Tak kisah lah apa-apa, yang penting kau minat"

Gua masih minat nak jadi tentera dan gua nak try ATMA (Akademi Tentera Malaysia, sekarang ni UPNM) tapi takde bidang Sains masa tu. Semua engineering. Gua tak minat engineering. Kalau boleh, gua nak elak subjek mengira.

Last-last, gua masuk matrikulasi. Then, sambung MICET. Masa 1st year tu, gua masih lagi ada minat dengan badan uniform ni. Gua masuk Kadet Bomba untuk subjek ko-kurikulum. Dan gua dapat tau IPTS takde PALAPES, tapi ada Wataniah. Gua try nak masuk tapi entah ada masalah apa, gua takleh nak join.

Sehinggalah dah masuk tahun 2 sampai tahun akhir, cita-cita gua tu macam hilang macam tu. Gua pun seolah-olah dah lupa pasal tentera ni sebab gua rasa cita-cita tu macam dah berakhir. Keinginan tu macam dah takde. Gua pun dah kurang sket disiplin. Simpan rambut panjang, pakai aksesori entah pape kat seluar la... macam-macam lagi lah benda lagha gua buat. 

Lagipun masa tu gua pun dah rasa selesa dengan bidang Food Tech ni. Kalau ada orang ajak masuk Tentera masa tu, konfem gua tolak. Gua dah jadi takut dengan disiplin ketat, latihan keras, nak kena botakkan kepala la, pastu gua tak nak kulit jadi gelap (poyo je, padahal kulit memang dah gelap pun). Sampai dah habis belajar pun, gua amek kursus Halal menunjukkan yang gua memang minat bidang makanan ni.

Selepas hampir 9 bulan lepas tamat belajar hari tu , bulan Januari 2013 hari tu gua nampak iklan Skim Pegawai Graduan ni. Masa tu gua takde rasa apa-apa minat sebab keinginan tu macam dah takde. Tapi lepas gua tengok kawan gua dari UPNM ditauliahkan sebagai pegawai Tentera Laut dan kawan masa sekolah gua jadi Tentera Paratroopers, tiba-tiba macam ada suatu perasaan dalam diri gua. Rasa berkobar-kobar semacam je dan gua cakap dalam hati, "Kalau dorang boleh lepas training macam hell tu, nape aku tak boleh?"

Antara sebab lain gua tak apply tentera dulu sebab Buah Hati Kesayangan (BHK) gua masa tu tak suka gua masuk Tentera. Sekarang ni, gua dah takde pape ngan dia. Solo je. Boleh la gua masuk training dengan senang hari. Hoho. Dan sekarang ni pun, bila dia tau gua masuk Tentera pun... still tak suka. Lantaklah. Life gua. Kalau gua mati masa perang pun, tak susahkan dia pun.

Sebab tu lah gua apply. So, harap korang faham. Cita-cita ni dah lama. Cuma hilang sementara waktu disebabkan benda-benda kat atas tu sampai la ada benda yang tarik keluar cita-cita yang dah terpendam lama dalam diri gua tu. Hehe.

Dan gua yakin, Allah takkan sia-siakan apa yang gua dah buat selama ni. Mungkin bukan sekarang gua dapat apply ilmu makanan dan Halal yang gua belajar tapi gua yakin suatu masa nanti, ilmu-ilmu tu akan berguna kalau gua da ditauliah sebagai pegawai Tentera nanti.

Doakan gua berjaya kat sana.

Poyo je pakai baju pinjam. Haha...

Temuduga Tentera: Part III

Tamat sudah physical fitness yang gua buat. Janggut gua yang gua simpan dekat setahun pun kena buang gak. Gua rasa dah buat yang terbaik. Selebihnya, Allah akan tentukan. 

4 Mac 2013, lebih kurang jam 1430, gua bertolak ke Penang dengan bapak gua berserta 2 orang kawan dia.

Lebih kurang jam 1830, kitorang sampai Penang. Gua ngan bapak gua stay kat satu hotel ni. Tak ingat hotel apa. Malam tu gua rehat cukup-cukup, gosok balik baju yang dah digosok. Then, gua tido awal. Dalam hati, berdebar-debar pun ada. Gila weh, first time nak gi pemilihan Tentera.

Hari Pertama (5 Mac)

Gua bertolak dari hotel gua menginap dalam jam 0930. Sebelum tu, gua ngan bapak gua berserta 2 orang kawan bapak gua gi makan dulu pagi tu. Gua nak makan pun takde selera masa tu, kecut perut. 

Dalam jam 1030, gua sampai ke Kem 2 RAMD Sungai Ara. Masa tu gua kat padang kawad, park keta kat situ. Gua tengok dah ada orang dah sampai. Gua nampak ada satu khemah putih depan gua dan gua terus ke arah tu, salam dengan tentera yang ada kat situ.



"Kat mana saya perlu melapor ya?", gua buat badan tough, suara ala-ala macho. Nak bagi nampak konfiden. Padahal gua da nervous gile time tu.

"Awak naik tangga kat sana, naik ke Dewan Congo. Kat sana nanti, awak ikut arahan staf kat sana", Tentera tu tunjuk ke arah bukit sebelah kanan khemah tu. 

Gua naik tangga tu. Bapak gua tunggu gua kat khemah tu. Gua sampai je kat atas tu, gua nampak dah ramai tengah beratur kat depan dewan. Kat dalam dewan, gua tengok dah ada lebih kurang 40-50 orang. Badan semua tegap-tegap je. Peh. Lagi la gua nervous. Semua calon nampak hebat-hebat je.

Gua amek semua dokumen-dokumen yang diperlukan. Kat tepi dewan tu, dorang da letak senarai dokumen yang perlu disusun ikut turutan. Gua tengok ramai gak la duk mencangkung kat tepi dewan tu, kena susun balik. Gua pun sama.

Lepas da susun, gua daftar kat meja pendaftaran. Ada 3 orang kat meja tu. Mula-mula kena bagi dokumen kat Kapten Ridzwan. Lepas dia da semak, staf perempuan sebelah dia akan bagi borang untuk diisi dan gua dapat satu pas yang akan gua pakai sepanjang sesi pemilihan tu. Gua kena isi nama, i/c, no pas dan course yang gua amek dalam borang tu.

Lepas tu, gua check tinggi dan berat. Ada seorang staf akan kira BMI. Gua tengok BMI gua 18.9. Peh. Nasib baik lepas. Seterusnya, check tekanan darah dan ukur lilit dada. Yang ni pun gua lepas. Da lulus yang ni, check mata lak. Mata ni dorang check untuk rabun warna ngan rabun jauh. Alhamdulillah, ni pun gua lepas. Eyesight gua 6/6.

Calon-calon yang da lepas buat ujian basic ni, diarahkan untuk duduk kat dalam dewan sementara tunggu calon-calon lain abes melapor dan buat ujian basic. Calon-calon yang gagal ujian basic ni akan dihantar balik hari tu jugak.

Untuk hari pertama ni, gua cerita sampai sini je lah. Yang lain tu tak penting sangat. Lepas Zohor tu, kitorang diberikan tempat penginapan dan sedikit taklimat apa akan dilakukan untuk hari tersebut.

Tempat penginapan masa kat sana

Taklimat telah disampaikan oleh Mejar Abdul Hamid Bin Maarus (Pegawai Kanan CTK-BPA). Dia bagitahu, calon yang berjaya akan pergi ke ujian seterusnya; Ujian Perubatan dan Pergigian iaitu pada hari keesokkannya. Keseluruhan calon yang berjaya adalah 101 orang + 7 orang budak medic.

Mejar juga bagitau, yang apply tahun ni 4000 orang. Yang LULUS untuk dipanggil 345 orang tapi yang SETUJU hadir cuma 166 orang. Tapi yang datang masa hari tu cuma 101 orang je (tak termasuk calon doktor).

Mejar Hamid cakap, "Anda semua tahu tak anda mintak apa ni? Anda sekarang ni dalam pemilihan untuk menjadi Pegawai Kadet Graduan. Apa benda Pegawai Graduan ni? Kamu dipanggil graduan kerana kamu mohon selepas kamu tamat ijazah kamu. Untuk pengetahuan, kamu semua dipilih berdasarkan course yang tidak ada ditawarkan di UPNM.

Untuk pemilihan kali ini juga, anda dipilih berdasarkan course anda. Maknanya, anda tak perlu bersaing dengan semua yang ada ni tapi bersaing dalam course anda sahaja. Sebagai contoh, kita ada 9 calon Finance. Kita mungkin nak 4 je. Itu contoh. Saya takkan bagitahu berapa orang saya nak.

Jika anda berjaya terpilih, anda akan melapor diri ke Kolej Tentera Darat pada awal bulan April nanti. Selepas 9 bulan, anda akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda.

Jadi, saya ucapkan semoga berjaya untuk sesi pemilihan kali ni. Buatlah yang terbaik untuk diri anda sendiri. Bukan semua dapat pergi temuduga tentera ni", kata Mejar Hamid mengakhiri taklimatnya.


Next entry: Medical & Dental Test






Sabtu, 23 Mac 2013

Skim Baru Pegawai Graduan ATM

Heso! Apa khabar semua? ^_^

Untuk entry kali ni gua nak kongsi sket berkenaan Skim Baru Pegawai Graduan ATM. Bermula tahun 2013, mana-mana individu yang berminat nak jadi Graduate Officer (atau pun disebut G.O.), mesti mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang yang ditentukan oleh ATM.

Kalau dulu, nak masuk kadet boleh guna SPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda tapi skim lama ni dah dimansuhkan sejajar dengan pendirian ATM nak meningkatkan taraf pegawai-pegawai mereka. Hal ini telah pun diumumkan oleh Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zulkifeli Bin Mohd Zin.

Macam gua apply hari tu, minimum CGPA 2.70. Kat bawah ni gua listkan Syarat-Syarat Permohonan Pegawai Kadet Graduan:

Syarat Kelayakan Umum

Fizikal

  • Jantina: Lelaki
  • Tinngi minimum: 1.62m
  • Berat minimum: 4.75kg
  • Body Mass Index (BMI): 18.0 - 23.0
  • Tahap Penglihatan: 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap
Umur: Tidak melebihi 27 Tahun pada 31 Dis

Syarat Kelayakan Kesihatan

Lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT)

Kelayakan Akademik

Lulus SPM ATAU kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam subjek BM (termasuk lulus ujian lisan), BI dan Math.

*Lulus Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan memperolehi CGPA 2.70 ke atas di dalam jurusan berikut:

Pegawai Tentera Darat Malaysia
  • Kejuruteraan
  1. Petroleum
  2. Nuklear
  3. Kimia
  4. Komputer
  5. Mekatronik
  • Senibina
  1. Ukur Bahan
  2. Sains Ukur & Geomatik
  3. Sains Seni Bina
  • Komputer/Teknologi Maklumat
  1. Sains (Matematik Pengkomputeran)
  2. Sains Komputer (Pengkomputeran Netsentrik)
  3. Sains Komputer (Artificial Intelligent)
  4. Sains Komputer ( Sistem & Rangkaian)
  • Pengurusan & Perniagaan
  1. Pengurusan Perkhidmatan Makanan
  2. Sains Makanan
  3. Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan
  4. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  5. Kewangan dan Pentadbiran
  6. Perakaunan
  7. Komunikasi Massa
  8. Pengangkutan dan Logistik
  9. Hotel dan Katering
  • Sains Sosial & Kemanusiaan
  1. Perhubungan Antarabangsa
  2. Sains Sukan
  3. Sains Politik
  4. Psikologi dan Kaunseling
  • Lain-lain
  1. TESL
  2. Sains Pendidikan (Fizik)
  3. Pengajian Islam
  4. Sains Statistik
  5. Undang-undang
  6. Sains Remote Sensing
  7. Sains (Teknologi Tekstil/Kejuruteraan Tekstil)
  8. Sains Gunaan (Teknologi Kimia)
Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia
  • Undang-undang
  • Seni Bina Kapal
Selebihnya, akan ditentukan melalui satu proses temuduga yang panjang. Yang tu gua ada cerita kat entry Temuduga Tentera Part 1

InsyaAllah, jika ada intake untuk tahun depan, korang yang berminat tu boleh lah apply ya? ^_^


Rabu, 20 Mac 2013

Temuduga Tentera: Part II

Persiapan Menghadapi Temuduga

Seperti dijanjikan, gua sambung cerita gua gi temuduga pegawai tentera. Setelah meneliti surat tawaran temuduga tu, gua dapati ada beberapa perkara yang gua kena buat sebagai persiapan.

Calon-calon dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen asal (seperti di bawah), laporan X-Ray dada dan memeriksa BMI masing-masing:

  1. I/C
  2. Sijil Kelahiran (Pemohon/Ibu Bapa)
  3. Ijazah
  4. Transkrip Akademik
  5. Sijil SPM
  6. Sijil Berhenti Sekolah
  7. Surat Akuan @ Testimonial dan sijil-sijil kokurikulum
  8. Filem & laporan X-Ray dada
  9. Surat pengesahan pengiktirafan kelayakan akademik oleh JPA (untuk IPTS)
Bagi pengiraan BMI (Body Mass Index) mestilah tidak melebihi 23.0. Cara pengiraan adalah seperti berikut:
  • Berat (kg) / Tinggi (m) / Tinggi (m)
  • Contoh: 47.5 kg / 1.62 m / 1.62 m = 18.0
Calon-calon yang tidak menyediakan dokumen di atas telah pun dinasihatkan supaya tidak menghadirkan diri ke sesi temuduga kerana jika mereka tetap menghadirkan diri, mereka akan dihantar pulang pada hari yang sama!

Gua pun check. Gua tengok gua ada semua yang kat atas tu. BMI pun cukup-cukup makan je. Ok la tu. Janji lepas.

Proses Pemilihan

Lepas da check semua yang patut, calon yang berminat untuk hadir, kena maklumkan melalui borang yang disediakan atau cuma call semula pihak Cawangan Tenaga Kerja - Bahagian Pengambilan Anggota (CPK - BPA).

Sekarang ni gua nak cerita pulak apakah proses pemilihan yang akan dilakukan kat sana nanti. Terdapat beberapa ujian yang perlu dilalui oleh setiap calon. Setiap ujian yang tak lepas, calon akan dihantar pulang pada hari tersebut. Kira macam program realiti lah jugak ni, ada penyingkiran.

Proses pemilihan dibahagikan dalam beberapa peringkat seperti berikut:
  1. Semakan Dokumen (dokumen yang kat atas tu)
  2. Pemeriksaan Perubatan/Pergigian
  3. Ujian Jasmani (larian 3.2 km di bawah 18 minit)
  4. Ujian Personaliti
  5. Ujian Kecerdasan Akal (IQ)
  6. Ujian Pengetahuan Am
  7. Ujian Merancang
  8. Ujian Pengucapan Awam (English)
  9. Temuduga Lembaga Awal
  10. Temuduga Lembaga No.3 Pemilihan Pegawai-Pegawai ATM (Tiga Khidmat)
Erk!? Public Speaking??? Ok. Serius. Antara banyak-banyak ujian kat atas tu, paling gua cuak adalah public speaking. Gua mana reti cakap BI! T_T

"Kata Graduan? Mesti power BI", bisik hati kecil gua.

Inilah persepsi yang salah. Bukan semua graduan boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Graduan tak graduan, kalau tak praktis masa belajar dulu, tak reti la jugak.

Cerita banyak tak guna, nak tak nak gua kena hadapi semua tu. Nak jadi army officer, memang kena reti cakap BI.

Dan bermulalah episod gua 'menyiapkan' diri gua untuk interview. Gua buat research, study pasal army kat website dorang. Gua baca sejarah ATM, Tentera Darat, Lt Adnan dan macam-macam lagi lah.

Gua join forum kat internet tapi tak banyak membantu sebab skim yang gua amek ni adalah skim baru. Gua akan terangkan pada post yang lain pasal skim untuk jadi pegawai tentera.

Gua juga bertanyakan pada member gua yang dah pun berkhidmat dalam Tentera; Sarjan Aznor Azis TUDM dan Lt Muda Basyir Husni TLDM pasal kehidupan masa training nanti macam mana, apa soalan akan ditanya masa interview, semua benda yang gua patut tahu, gua tanya sebab gua betul-betul nak dapat kerja ni.

Kemuncak persiapan gua, gua lari 3.2 km kat Tasik Titiwangsa. Ada la 2 kali gua pergi. 1st time gua lari, rasa nak muntah la jugak. Gua dapat buat catatan masa 15 minit ++. Kali kedua, gua catat 16 minit. Ok la tu. Janji bawah 18 minit.

Next entry: Hari Pertama

Temuduga Tentera: Part 1

Baiklah. Kali ni gua nak cerita pengalaman gua mengikuti temuduga untuk menjadi seorang pegawai tentera. Ianya bermula bila gua terlihat iklan kat FB. Masa tu gua tak terlintas pun nak apply. Tak tau kenapa. Gua siap boleh promote kat orang lain lagi kat FB tu.

Lepas tu, gua dapat panggilan telefon dari rakan perempuan gua, Nur Hanis namanya. Dia keja kat Nilai dan dia ajak gua untuk apply keja tempat dia sebab masa tu gua sorang yang tak keja lagi.

So, gua hantar resume dan gua bincang dengan parents gua. Gua kata gua nak apply kat tempat Hanis keja dan pada masa sama, gua cakap ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ada bukak Skim Pegawai Graduan untuk Tentera Darat dan Laut. Parents gua kata boleh je keja kat Nilai tapi dia suruh gua ulang-alik je. Entah kenapa, bapak gua cakap kat gua, "Kau tak nak try Pegawai Graduan tu?"

Gua terdiam dan berfikir. "Apasal gua tak nak try?"

Iklan tu dibuka pada 20 Januari 2013 sampai 4 Februari 2013. Masa gua anta application tu da masuk minggu last. Gua cakap kat tempat keja Hanis yang gua cancel interview sebab gua nak tunggu jawapan dari ATM. Gua gamble.

Prosedur permohonan Pegawai Graduan ni, pertama sekali kita kena hantar permohonan. Lepas tu, kita kena tunggu dalam masa 2 minggu dari tarikh tutup, adakah kita akan dipanggil temuduga atau tak. Kalau takde, permohonan dikira GAGAL.

Sepanjang gua tunggu tu, gua jogging hari-hari untuk kuatkan fitness gua walaupun gua tak pasti boleh dapat ke tak.

2 minggu selepas 4 Februari 2013, gua masih tak dapat jawapan. Ni kira da masuk 4 bulan gua menganggur ni. Gua mula resah.

Minggu ke-3 Februari baru gua dapat surat. Alhamdulillah. Gua dapat panggilan temuduga. Gua kena melapor diri pada 5 Mac 2013 di 2 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Boleh dikatakan gua mengambil risiko tak bekerja dekat 2 bulan sebab gua nak kuatkan fitness. Kalau gua tak dapat ni, memang gua kena cari kerja lain lah.

Tak ramai member-member gua yang tau hal ni. Sebab gua rasa malu kalau tak dapat. Tapi memang ramai antara dorang yang terkejut gua amek keputusan masuk Tentera. Antara yang terawal yang tahu, Sarjan Aznor Azis TUDM, Afiq Asnawi, Afiq Zainuri.

Memang gua terpaksa menahan telinga dengan soalan-soalan "Kerja kat mana?" "Bila nak kerja?" dari orang ramai yang bertanya tapi apa nak buat, diam je lah.

Pape pun, nantikan next entry gua: Persiapan Menghadapi Temuduga Tentera