Rabu, 20 Mac 2013

Temuduga Tentera: Part 1

Baiklah. Kali ni gua nak cerita pengalaman gua mengikuti temuduga untuk menjadi seorang pegawai tentera. Ianya bermula bila gua terlihat iklan kat FB. Masa tu gua tak terlintas pun nak apply. Tak tau kenapa. Gua siap boleh promote kat orang lain lagi kat FB tu.

Lepas tu, gua dapat panggilan telefon dari rakan perempuan gua, Nur Hanis namanya. Dia keja kat Nilai dan dia ajak gua untuk apply keja tempat dia sebab masa tu gua sorang yang tak keja lagi.

So, gua hantar resume dan gua bincang dengan parents gua. Gua kata gua nak apply kat tempat Hanis keja dan pada masa sama, gua cakap ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ada bukak Skim Pegawai Graduan untuk Tentera Darat dan Laut. Parents gua kata boleh je keja kat Nilai tapi dia suruh gua ulang-alik je. Entah kenapa, bapak gua cakap kat gua, "Kau tak nak try Pegawai Graduan tu?"

Gua terdiam dan berfikir. "Apasal gua tak nak try?"

Iklan tu dibuka pada 20 Januari 2013 sampai 4 Februari 2013. Masa gua anta application tu da masuk minggu last. Gua cakap kat tempat keja Hanis yang gua cancel interview sebab gua nak tunggu jawapan dari ATM. Gua gamble.

Prosedur permohonan Pegawai Graduan ni, pertama sekali kita kena hantar permohonan. Lepas tu, kita kena tunggu dalam masa 2 minggu dari tarikh tutup, adakah kita akan dipanggil temuduga atau tak. Kalau takde, permohonan dikira GAGAL.

Sepanjang gua tunggu tu, gua jogging hari-hari untuk kuatkan fitness gua walaupun gua tak pasti boleh dapat ke tak.

2 minggu selepas 4 Februari 2013, gua masih tak dapat jawapan. Ni kira da masuk 4 bulan gua menganggur ni. Gua mula resah.

Minggu ke-3 Februari baru gua dapat surat. Alhamdulillah. Gua dapat panggilan temuduga. Gua kena melapor diri pada 5 Mac 2013 di 2 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Boleh dikatakan gua mengambil risiko tak bekerja dekat 2 bulan sebab gua nak kuatkan fitness. Kalau gua tak dapat ni, memang gua kena cari kerja lain lah.

Tak ramai member-member gua yang tau hal ni. Sebab gua rasa malu kalau tak dapat. Tapi memang ramai antara dorang yang terkejut gua amek keputusan masuk Tentera. Antara yang terawal yang tahu, Sarjan Aznor Azis TUDM, Afiq Asnawi, Afiq Zainuri.

Memang gua terpaksa menahan telinga dengan soalan-soalan "Kerja kat mana?" "Bila nak kerja?" dari orang ramai yang bertanya tapi apa nak buat, diam je lah.

Pape pun, nantikan next entry gua: Persiapan Menghadapi Temuduga Tentera

7 ulasan:

  1. Salam saudara.. Saya berminat dengan skim pegawai graduan atm.. Rase2 pd tahun 2014, bila permohonan ni dibuka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam saudara Azwan!

      Permohonan telah pun dibuka. Boleh rujuk entry terbaru saya.

      Padam
    2. Tq saudara.. Cm bese minggu akhir baru nak hantar... Hehe..

      Padam
  2. saudara,
    saya habes degree bulan 6 nie..permohonan slalu nya dibuka bila ya?

    BalasPadam
  3. salam..saya nak daftar askar ni..permohonannya selalu terbuka tak??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam, Shaheerah. Boleh rujuk entry terbaru saya :)

      Padam
  4. salam bos. nak tanya kalau lepas diploma boleh masuk tentera tak?

    BalasPadam