Tamat sudah physical fitness yang gua buat. Janggut gua yang gua simpan dekat setahun pun kena buang gak. Gua rasa dah buat yang terbaik. Selebihnya, Allah akan tentukan.
4 Mac 2013, lebih kurang jam 1430, gua bertolak ke Penang dengan bapak gua berserta 2 orang kawan dia.
Lebih kurang jam 1830, kitorang sampai Penang. Gua ngan bapak gua stay kat satu hotel ni. Tak ingat hotel apa. Malam tu gua rehat cukup-cukup, gosok balik baju yang dah digosok. Then, gua tido awal. Dalam hati, berdebar-debar pun ada. Gila weh, first time nak gi pemilihan Tentera.
Hari Pertama (5 Mac)
Gua bertolak dari hotel gua menginap dalam jam 0930. Sebelum tu, gua ngan bapak gua berserta 2 orang kawan bapak gua gi makan dulu pagi tu. Gua nak makan pun takde selera masa tu, kecut perut.
Dalam jam 1030, gua sampai ke Kem 2 RAMD Sungai Ara. Masa tu gua kat padang kawad, park keta kat situ. Gua tengok dah ada orang dah sampai. Gua nampak ada satu khemah putih depan gua dan gua terus ke arah tu, salam dengan tentera yang ada kat situ.
"Kat mana saya perlu melapor ya?", gua buat badan tough, suara ala-ala macho. Nak bagi nampak konfiden. Padahal gua da nervous gile time tu.
"Awak naik tangga kat sana, naik ke Dewan Congo. Kat sana nanti, awak ikut arahan staf kat sana", Tentera tu tunjuk ke arah bukit sebelah kanan khemah tu.
Gua naik tangga tu. Bapak gua tunggu gua kat khemah tu. Gua sampai je kat atas tu, gua nampak dah ramai tengah beratur kat depan dewan. Kat dalam dewan, gua tengok dah ada lebih kurang 40-50 orang. Badan semua tegap-tegap je. Peh. Lagi la gua nervous. Semua calon nampak hebat-hebat je.
Gua amek semua dokumen-dokumen yang diperlukan. Kat tepi dewan tu, dorang da letak senarai dokumen yang perlu disusun ikut turutan. Gua tengok ramai gak la duk mencangkung kat tepi dewan tu, kena susun balik. Gua pun sama.
Lepas da susun, gua daftar kat meja pendaftaran. Ada 3 orang kat meja tu. Mula-mula kena bagi dokumen kat Kapten Ridzwan. Lepas dia da semak, staf perempuan sebelah dia akan bagi borang untuk diisi dan gua dapat satu pas yang akan gua pakai sepanjang sesi pemilihan tu. Gua kena isi nama, i/c, no pas dan course yang gua amek dalam borang tu.
Lepas tu, gua check tinggi dan berat. Ada seorang staf akan kira BMI. Gua tengok BMI gua 18.9. Peh. Nasib baik lepas. Seterusnya, check tekanan darah dan ukur lilit dada. Yang ni pun gua lepas. Da lulus yang ni, check mata lak. Mata ni dorang check untuk rabun warna ngan rabun jauh. Alhamdulillah, ni pun gua lepas. Eyesight gua 6/6.
Calon-calon yang da lepas buat ujian basic ni, diarahkan untuk duduk kat dalam dewan sementara tunggu calon-calon lain abes melapor dan buat ujian basic. Calon-calon yang gagal ujian basic ni akan dihantar balik hari tu jugak.
Untuk hari pertama ni, gua cerita sampai sini je lah. Yang lain tu tak penting sangat. Lepas Zohor tu, kitorang diberikan tempat penginapan dan sedikit taklimat apa akan dilakukan untuk hari tersebut.
Tempat penginapan masa kat sana
Taklimat telah disampaikan oleh Mejar Abdul Hamid Bin Maarus (Pegawai Kanan CTK-BPA). Dia bagitahu, calon yang berjaya akan pergi ke ujian seterusnya; Ujian Perubatan dan Pergigian iaitu pada hari keesokkannya. Keseluruhan calon yang berjaya adalah 101 orang + 7 orang budak medic.
Mejar juga bagitau, yang apply tahun ni 4000 orang. Yang LULUS untuk dipanggil 345 orang tapi yang SETUJU hadir cuma 166 orang. Tapi yang datang masa hari tu cuma 101 orang je (tak termasuk calon doktor).
Mejar Hamid cakap, "Anda semua tahu tak anda mintak apa ni? Anda sekarang ni dalam pemilihan untuk menjadi Pegawai Kadet Graduan. Apa benda Pegawai Graduan ni? Kamu dipanggil graduan kerana kamu mohon selepas kamu tamat ijazah kamu. Untuk pengetahuan, kamu semua dipilih berdasarkan course yang tidak ada ditawarkan di UPNM.
Untuk pemilihan kali ini juga, anda dipilih berdasarkan course anda. Maknanya, anda tak perlu bersaing dengan semua yang ada ni tapi bersaing dalam course anda sahaja. Sebagai contoh, kita ada 9 calon Finance. Kita mungkin nak 4 je. Itu contoh. Saya takkan bagitahu berapa orang saya nak.
Jika anda berjaya terpilih, anda akan melapor diri ke Kolej Tentera Darat pada awal bulan April nanti. Selepas 9 bulan, anda akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda.
Jadi, saya ucapkan semoga berjaya untuk sesi pemilihan kali ni. Buatlah yang terbaik untuk diri anda sendiri. Bukan semua dapat pergi temuduga tentera ni", kata Mejar Hamid mengakhiri taklimatnya.
Next entry: Medical & Dental Test