Sabtu, 6 April 2013

Tentera Naik Gaji

Waktu  PM Najib umum pasal kenaikan gaji ni, gua masa tu still dalam sesi pemilihan. Kalau tak silap, masa tu hari ketiga gua kat sana.

Gua takleh online kat sana. Ada member-member kat sana yang online guna fon, bagitau la pasal gaji tentera naik. Kata dorang, naik mendadak. Gaji Lt Muda jadi gaji Kapten.

Gua tak rasa teruja sangat dengan sistem gaji baru ni sebab masa tu gua tak terpilih pun lagi. Untuk apa gua nak rasa seronok? Untuk dijadikan motivasi dan dorongan untuk pemilihan nanti, boleh lah.

Gua akui, memang banyak kenaikan tu sebab bapak gua tentera. So, gua memang tau berapa gaji-gaji setiap pangkat tu. 

Pape pun, syukur pada Allah kerana orang awam mula membuka mata dengan pekerjaan Tentera ni dan profesion ni bukan lagi menjadi pilihan kedua sebaliknya pilihan pertama.


Cuma yang tak bestnya, bila gua da terpilih untuk ke latihan, orang cakap kat gua:

"Kau masuk Tentera ni mesti sebab hari tu naik gaji kan?"

-_-"

Khamis, 4 April 2013

Temuduga Tentera: Part V

Penyingkiran


7 Mac (Khamis). Dah masuk hari ketiga kat sini. Gua meneruskan rutin biasa. Bangun jam 0530. Mandi dan bersiap untuk solat Subuh berjemaah. Jam 0630 kami akan berkumpul dalam satu skuad, seterusnya bergerak ke Cook House untuk sarapan pagi.

Pagi tu gua berdebar-debar. Gua takut dengan result untuk medical semalam. Macam-macam bermain dalam fikiran gua.

"Kalau tak lepas macam mana? Rugi la jugak buat fitness tapi tak sempat nak test power"

Gua berdoa pada Allah supaya gua dapat bertahan sampai temuduga akhir. Kalau tak lepas medical, takleh buat ujian seterusnya yang masih banyak lagi menanti.

Gua sarapan. Jam 0730 akan berkumpul di Dewan Congo untuk Ujian Bertulis.

0730. Kitorang berkumpul di hadapan Dewan Congo. Arahan buka barisan diberikan oleh IC Skot. Bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku dijalankan. 

Selesai semua, kitorang diarahkan masuk ke dewan dan tunggu arahan selanjutnya. Kitorang diminta untuk tunggu result perubatan semalam. 

Setelah hampir 1 jam menunggu, nama-nama calon yang gagal dipanggil. Alhamdulillah. Gua lepas. Jam 0930, ujian bertulis dimulakan.


Ujian Bertulis

Ujian bertulis merangkumi 4 kertas soalan iaitu:
  1. Ujian Pengetahuan Am
  2. Ujian Kecerdasan Akal (IQ)
  3. Ujian Perancangan
  4. Ujian Personaliti

Ujian Pengetahuan Am

Jam 0930, kertas Pengetahuan Am dimulakan. Masa diberi cuma 45 minit. Kertas soalan dibahagikan kepada 4 bahagian:

  • Bahagian A: Pengetahuan Am ATM
  • Bahagian B: Pengetahuan Am Malaysia
  • Bahagian C: Pengetahuan Am Dunia dan Serantau
  • Bahagian D: Pengetahuan Am Sukan, Sains & Teknologi
Tamat ujian, kitorang berhenti untuk minum pagi pada jam 1015.


Ujian Kecerdasan Akal (IQ)

Jam 1050, Ujian IQ dimulakan. Serius gua cakap. Gua memang terkial-kial nak jawab soalan-soalan IQ ni sebab soalan semua berkenaan logik akal. Masa yang diberi satu jam. Gua tengok ada sorang dua abes awal.

Abes ujian, terus masuk ujian seterusnya: Ujian Perancangan. Ujian ni akan dijalankan selepas lunch dan solat Zohor.

Ujian Perancangan

Jam 1430, ujian dimulakan. Ujian Perancangan ni memerlukan calon untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Macam KBKK jugak la. Calon perlu membayangkan diri calon sudah pun bergelar Lt Muda dan perlu melaksanakan tugasan yang diberikan oleh CO (Commanding Officer).

Soalan yang gua dapat masa tu, gua kena conduct latihan menembak dan perkhemahan hutan untuk budak-budak PKBM. Pastu, gua kena plan berapa banyak peluru nak kena guna, berapa lama masa latihan tu, berapa banyak makanan kena bawak untuk camping 3 hari 2 malam, berapa trak nak kena guna untuk angkut budak-budak tu.

Gua orang 2nd last keluar dewan sebab gua tak faham soalan T_T

Ujian Personaliti

Yang ni takde apa sangat, cuma nak tengok kecenderungan personaliti calon sahaja. Abes ujian, kitorang gi solat Asat, salin baju sukan. Petang tu ada latihan untuk larian 3.2 km nanti.

Malam, tidak ada aktiviti. Bebas. Gua amek peluang untuk call abah gua, member-member yang tau gua gi pemilihan ni. Update kat dorang. Esok tu kitorang akan ada ujian larian 3.2 km bawah 18 minit.

Next entry: Larian 3.2 km

Rabu, 3 April 2013

Iklan Pengambilan Perajurit Muda 2013

Sekarang ni ada iklan dibuka untuk pengambilan Perajurit Muda. Korang rasa korang berani dan layak? Cepatlah mohon!

1. Perajurit Muda Tentera Darat (Lelaki/Wanita)
Tarikh Tutup : 27/05/2013

Klik sini


Temuduga Tentera: Part IV

Medical & Dental Test


Hari kedua (6 Mac) kat sana, kami diarahkan untuk berkumpul di hadapan Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) untuk diperiksa tahap kesihatan kami, adakah menepati kehendak tentera atau tidak.

Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan sebab ramai sangat. Satu kumpulan buat medical dulu, satu lagi buat dental check. Gua kena buat dental check dulu. Doktor cakap gigi gua berlubang, dia suruh gua cabut kalau terpilih nanti. Gua cuma angguk je. Dalam hati, "Fuh, nasib baik bukan benda serius"

Cuak weh. Medical ni kalau tak lepas, takleh buat apa dah.

Dalam PGAT, tengah tunggu giliran

Lepas tu, gua buat medical check-up. Antara test dorang buat:
  1. Urine test
  2. Blood test
  3. Jantung (selepas buat physical training)
  4. Telinga (untuk tengok gegendang telinga, ok ke tak)
  5. Dada
  6. Tangan (bengkok ke tak)
  7. Organ kejantanan (hehe, nak tengok ada penyakit angin pasang ke tak)
  8. Tapak kaki (kalau flat, kena reject)
Peh. Memang complete dorang check, atas bawah. Dah macam nak masuk tentera ni kena sesempurna mungkin. Nasib baik tak check tahap kehenseman. Memang gua kena reject awal-awal lagi. Kehkehkeh.

Ujian hari tu memang lama, ada yang kena stay sampai petang. Nasib baik gua sampai tengahari je. Pas Zohor tu, boleh rilek, tido dalam bilik.

Mejar Abdul Hamid Bin Maarus (Pegawai Kanan *CTK-BPA) umumkan yang result untuk perubatan akan tahu pada pagi esok. Mana-mana calon yang gagal akan dihantar pulang pada esok hari. Jadi, kitorang ada masa untuk stay satu malam lagi. 

Gua berdoa supaya gua lepas.

*Cawangan Tenaga Kerja Bahagian Pemilihan Anggota

Next Entry: Ujian Bertulis

Jom Potong Kuku Ikut Sunnah!

Sunnah memotong kuku kerana memotong kuku itu sendiri adalah sunnah, dan memotongnya dimulai dengan yang kanan, dikiaskan kepada sunnah Nabi SAW yang memulakan sesuatu perbuatan dimulai dengan kanan.


Menurut pendapat Imam Nawawi:

Mulakan dengan tangan kanan, kemudian dahulukan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking, kemudian memotong kuku ibu jari; habis potong kesemua kuku di tangan kanan. 

Kemudian potonglah kuku tangan kiri, dimulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - seterusnya ibu jari tangan kiri - complete. 

Menurut pendapat Imam Ghazali:

Mulakan dengan tangan kanan. 
Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking. Kemudian terus berpindah ke tangan kiri, mulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - ibu jari tangan kiri - kemudian balik semula ke tangan kanan dan potong kuku ibu jari kanan.


Pendapat Imam Ahmad pula (tiada dalam gambar) agak rumit sedikit untuk diikuti tapi sangat mujarab kerana sabit kepada satu hadith Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yg memotong kukunya secara 'mukholifan' tidak akan diserang penyakit mata." (Boleh rujuk dalam kitab Kitab Al-Mughni)

'Mukholifan' bermakna tertib-tertib seperti yang ditunjukkan..

Menurut Imam Ahmad:

Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk. 

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga. 

Ini bermakna kaedah ini perlu dilakukan secara berselang-seli. Bacalah dua tiga kali supaya faham sambil amalkan.

Wallahualam..
Mudah-mudahan bermanfaat... :) 

Dipetik dari FB Ustaz Don Daniyal

Selasa, 2 April 2013

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan April 2013


Apa Itu Nikah Gantung?


Hari ni gua jumpa satu artikel menarik kat FB. Ianya berkenaan nikah gantung. "NIKAH GANTUNG: PAS lancar kempen, minta kerajaan laksana 4 perkara elak buang bayi"
  1. Beri Peruntukan kepada pasangan muda yang ingin kahwin
  2. Beri insentif sebagai galakan kahwin
  3. Kurangkan karenah birokrasi
  4. Kursus kahwin percuma
Sejujurnya, gua sangat setuju dengan cadangan untuk dilaksanakan nikah gantung ni. Daripada anak-anak muda keluar dating tanpa apa-apa ikatan, lebih baik kahwin. Atleast, bila dorang dating tu dapat pahala, pegang tangan dapat pahala, cakap sayang-sayang pun dapat pahala.

Kat bawah ni gua copy dari wall seorang hamba Allah di FB. Semoga bermanfaat.


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar. Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Warkah Kehidupan (IV): A New Hope

Da macam tajuk Star Wars da. Tapi, memang ada kaitan pun dengan entry gua kali ni.

Form 5

Sejak gua berpisah dengan buah hati kesayangan gua tu, gua dah tak bergaul sangat dengan orang. Gua jadi serius dan dingin. Gua cuma study je tapi result tetap tak berubah. 3E (Bio, Fizik, Kimia) 1G (Add Maths) masih menghantui gua terutamanya Add Maths. Gua cam dah putus asa nak naikkan gred untuk subjek 'puaka' tu. Tambahan pula, adik lelaki gua dapat masuk SBP jugak. Sama cam gua, all-boys school tapi dia kat sana cemerlang. 1st Test da dapat straight A's. Gua seolah-olah terpukul.

Oh, teruknya gua!

Masuk bulan Ramadhan, gua teruskan rutin gua cam biasa. Cuma, ada 1 malam tu gua join budak-budak surau buat qiam. Kebetulan, member sekelas gua masa Form 4 tu ada sekali. Nama dia Arif Mustapha. Memang gua takkan lupa sampai bila-bila budak ni. Form 5 dia dapat masuk kelas Elit. 

"Kau cane belajar?"

"Em, aku camtu je lah. Result biasa-biasa je", jawab gua dengan rasa segan.

"Subjek apa kau tak boleh bawak?"

Gua jawab, "Add Maths, Bio, Fizik, Chem"

"Camnilah, aku ajar kau Add Maths ngan Fizik. Yang lain tu kau kena tanya orang lain"

Gua terdiam. "Betul ke ni?" Getus hati kecil gua. Gua tanya, "Takpe ke? Aku takut aku ganggu persiapan kau nak SPM je"

"Aku takde hal. Aku boleh ulangkaji jugak sambil-sambil tu. Tapi, kau kena ikut masa aku lah. Cane?"

Gua setuju. Bermula saat tu, boleh dikatakan kehidupan gua berubah. Seolah-olah gua dapat semangat baru.  Gua yakin pertolongan Allah da sampai masa tu. Da la bulan Ramadhan, bulan penuh barakah. Doa orang berpuasa ni dimakbulkan.

Rutin harian gua berubah.

1700: Riadhah (Gua pergi kelas, study)
1930: Buka Puasa, Solat Maghrib, Tarawih, Solat Isyak
2100: Prep Malam
2300: Supper (Habis supper, gua sambung gi kelas, study lagi dengan member gua tu)
0100: Tido Surau
0400: Bangun Sahur
0530: Bersiap
0545: Subuh

Boleh dikatakan, gua cuma tidur 3-4 jam je sehari masa bulan Ramadhan tu. Time zaman gua amek SPM tu, bulan Ramadhan ni cuma tinggal sebulan lebih je nak SPM. Lepas cuti raya seminggu, terus amek SPM.

Untuk subjek Kimia, gua belajar dengan budak kelas Elit gak, Luqman Roslan namanya. Untuk Bio, gua banyak tanya cikgu dan melalui pembacaan sendiri serta gua spot sendiri soalan. Hehe.

Dipendekkan cerita, SPM tiba. Gua jawab dan tawakal. Seperti biasa, gua syorkan untuk buat solat hajat hari-hari sampailah da dapat result (kalau boleh, istiqamah lah. Jangan bila da dapat result, terus tinggal).

Gua masih ingat, dalam bulan Mac tahun depan tu result keluar. Alhamdulillah, gua berjaya menggembirakan parents gua buat kali kedua. Memang miracle sebab gred E tu boleh jadi A.

Jadi, apa yang gua nak sampaikan kat sini... antara rahsia kejayaan dalam pelajaran adalah menjaga hubungan dengan Allah. Kat sekolah gua dulu, kitorang mengamalkan solat fardhu berjemaah. Wajib. Kalau belajar je tapi tak solat, tak hormat guru, solat pun ala kadar je, susah nak berjaya melainkan Allah nak bagi.

Sampai sekarang pun, gua masih terhutang budi dengan kawan gua tu. Sekarang ni dia di tahun akhir untuk jurusan Perubatan. Semoga dia berjaya jadi doktor.

Why Tentera, Mal? Why?

"Apsal kau masuk army?"

"Lari bidang kot ngan kau belajar. Aku takleh nak relate Food dengan Army"

"Rugi kau belajar 4 tahun, last-last masuk askar. Baik kau tak yah masuk U"

"Benda Halal kau belajar tu, cane? Kira da takde la pasni?"

Gua cukup muak dengan soalan-soalan macam ni. Time gua takde keja, asyik tanya "Bila kau nak kerja ni?" "Kau ni pemalas gile, duk umah je", "Kau bukan da lama ke grad? Bila nak kerja?"

Dan sekarang, bila gua terpilih untuk masuk latihan Tentera. Macam-macam soalan yang menyusul.

"Why Tentera, Mal? Why?"

Ok. Biarlah gua explain kat sini supaya semua tak tertanya-tanya kenapa tiba-tiba gua nak masuk army. Ceritanya macam ni...

Untuk makluman korang, menjadi tentera adalah cita-cita gua sejak kecik lagi. Sebab kehidupan gua seharian adalah dengan tentera, iaitu bapak gua. Dari kecik, memang hari-hari gua tengok bapak gua dengan uniform tenteranya gi kerja setiap pagi. Dari situ, gua macam adore dengan pekerjaan tentera ni sebab gua nampak pakai uniform gi kerja sangat smart.

Tambahan pula, gua memang tinggal dalam kem sejak kecik. Kirenya environment tentera tu macam da sebati dengan gua. Kejiranan gua pun tentera. Kawan-kawan gua masa kecik pun anak-anak tentera. Gua gi sekolah pun naik trak tentera. 

Selain tu, gua juga dilatih untuk mengamalkan disiplin ala-ala tentera yang bapak gua terap sket-sket kat gua ngan adik-adik gua. Tak banyak pun. Antaranya potongan rambut no 4. Kire botak, ada rambut sket. Memang gua tak suka. Dari kecik sampai Tingkatan 2 gua dengan gaya rambut camtu. Masuk Tingkatan 3, gua mintak pengecualian. Memang bapak gua tak bagi tapi masa tu gua kira anak yang degil. Last-last bapak gua terpaksa benarkan gua simpan rambut dan buat potongan sendiri.

Walaupun mintak pengecualian, gua bukan nak simpan rambut panjang pun sebab gua tak minat. Gua minat potongan rambut ala-ala spiky macam tu je.

Habis SPM, gua mula mencari IPT untuk gua sambung belajar. Masa ni gua minat medic. Tapi result gua tak layak untuk mohon oversea sebab Kimia gua dapat B, cuma boleh apply Diploma Kejuruteraan di Korea dan Jepun. Bapak gua tak bagi gua apply diploma. Dia nak gua amek asasi atau matrikulasi. 

Masa tu, gua ada cakap gua nak masuk tentera tapi bapak gua tak galakkan. Dia cakap, "Keja tentera ni berat, gaji pun sikit. Lagipun, abah ngan pakcik kau ni dah keja tentera. Kau tak bosan ke kalau masuk tentera jugak? Kau sambunglah degree. Tak kisah lah apa-apa, yang penting kau minat"

Gua masih minat nak jadi tentera dan gua nak try ATMA (Akademi Tentera Malaysia, sekarang ni UPNM) tapi takde bidang Sains masa tu. Semua engineering. Gua tak minat engineering. Kalau boleh, gua nak elak subjek mengira.

Last-last, gua masuk matrikulasi. Then, sambung MICET. Masa 1st year tu, gua masih lagi ada minat dengan badan uniform ni. Gua masuk Kadet Bomba untuk subjek ko-kurikulum. Dan gua dapat tau IPTS takde PALAPES, tapi ada Wataniah. Gua try nak masuk tapi entah ada masalah apa, gua takleh nak join.

Sehinggalah dah masuk tahun 2 sampai tahun akhir, cita-cita gua tu macam hilang macam tu. Gua pun seolah-olah dah lupa pasal tentera ni sebab gua rasa cita-cita tu macam dah berakhir. Keinginan tu macam dah takde. Gua pun dah kurang sket disiplin. Simpan rambut panjang, pakai aksesori entah pape kat seluar la... macam-macam lagi lah benda lagha gua buat. 

Lagipun masa tu gua pun dah rasa selesa dengan bidang Food Tech ni. Kalau ada orang ajak masuk Tentera masa tu, konfem gua tolak. Gua dah jadi takut dengan disiplin ketat, latihan keras, nak kena botakkan kepala la, pastu gua tak nak kulit jadi gelap (poyo je, padahal kulit memang dah gelap pun). Sampai dah habis belajar pun, gua amek kursus Halal menunjukkan yang gua memang minat bidang makanan ni.

Selepas hampir 9 bulan lepas tamat belajar hari tu , bulan Januari 2013 hari tu gua nampak iklan Skim Pegawai Graduan ni. Masa tu gua takde rasa apa-apa minat sebab keinginan tu macam dah takde. Tapi lepas gua tengok kawan gua dari UPNM ditauliahkan sebagai pegawai Tentera Laut dan kawan masa sekolah gua jadi Tentera Paratroopers, tiba-tiba macam ada suatu perasaan dalam diri gua. Rasa berkobar-kobar semacam je dan gua cakap dalam hati, "Kalau dorang boleh lepas training macam hell tu, nape aku tak boleh?"

Antara sebab lain gua tak apply tentera dulu sebab Buah Hati Kesayangan (BHK) gua masa tu tak suka gua masuk Tentera. Sekarang ni, gua dah takde pape ngan dia. Solo je. Boleh la gua masuk training dengan senang hari. Hoho. Dan sekarang ni pun, bila dia tau gua masuk Tentera pun... still tak suka. Lantaklah. Life gua. Kalau gua mati masa perang pun, tak susahkan dia pun.

Sebab tu lah gua apply. So, harap korang faham. Cita-cita ni dah lama. Cuma hilang sementara waktu disebabkan benda-benda kat atas tu sampai la ada benda yang tarik keluar cita-cita yang dah terpendam lama dalam diri gua tu. Hehe.

Dan gua yakin, Allah takkan sia-siakan apa yang gua dah buat selama ni. Mungkin bukan sekarang gua dapat apply ilmu makanan dan Halal yang gua belajar tapi gua yakin suatu masa nanti, ilmu-ilmu tu akan berguna kalau gua da ditauliah sebagai pegawai Tentera nanti.

Doakan gua berjaya kat sana.

Poyo je pakai baju pinjam. Haha...

Temuduga Tentera: Part III

Tamat sudah physical fitness yang gua buat. Janggut gua yang gua simpan dekat setahun pun kena buang gak. Gua rasa dah buat yang terbaik. Selebihnya, Allah akan tentukan. 

4 Mac 2013, lebih kurang jam 1430, gua bertolak ke Penang dengan bapak gua berserta 2 orang kawan dia.

Lebih kurang jam 1830, kitorang sampai Penang. Gua ngan bapak gua stay kat satu hotel ni. Tak ingat hotel apa. Malam tu gua rehat cukup-cukup, gosok balik baju yang dah digosok. Then, gua tido awal. Dalam hati, berdebar-debar pun ada. Gila weh, first time nak gi pemilihan Tentera.

Hari Pertama (5 Mac)

Gua bertolak dari hotel gua menginap dalam jam 0930. Sebelum tu, gua ngan bapak gua berserta 2 orang kawan bapak gua gi makan dulu pagi tu. Gua nak makan pun takde selera masa tu, kecut perut. 

Dalam jam 1030, gua sampai ke Kem 2 RAMD Sungai Ara. Masa tu gua kat padang kawad, park keta kat situ. Gua tengok dah ada orang dah sampai. Gua nampak ada satu khemah putih depan gua dan gua terus ke arah tu, salam dengan tentera yang ada kat situ.



"Kat mana saya perlu melapor ya?", gua buat badan tough, suara ala-ala macho. Nak bagi nampak konfiden. Padahal gua da nervous gile time tu.

"Awak naik tangga kat sana, naik ke Dewan Congo. Kat sana nanti, awak ikut arahan staf kat sana", Tentera tu tunjuk ke arah bukit sebelah kanan khemah tu. 

Gua naik tangga tu. Bapak gua tunggu gua kat khemah tu. Gua sampai je kat atas tu, gua nampak dah ramai tengah beratur kat depan dewan. Kat dalam dewan, gua tengok dah ada lebih kurang 40-50 orang. Badan semua tegap-tegap je. Peh. Lagi la gua nervous. Semua calon nampak hebat-hebat je.

Gua amek semua dokumen-dokumen yang diperlukan. Kat tepi dewan tu, dorang da letak senarai dokumen yang perlu disusun ikut turutan. Gua tengok ramai gak la duk mencangkung kat tepi dewan tu, kena susun balik. Gua pun sama.

Lepas da susun, gua daftar kat meja pendaftaran. Ada 3 orang kat meja tu. Mula-mula kena bagi dokumen kat Kapten Ridzwan. Lepas dia da semak, staf perempuan sebelah dia akan bagi borang untuk diisi dan gua dapat satu pas yang akan gua pakai sepanjang sesi pemilihan tu. Gua kena isi nama, i/c, no pas dan course yang gua amek dalam borang tu.

Lepas tu, gua check tinggi dan berat. Ada seorang staf akan kira BMI. Gua tengok BMI gua 18.9. Peh. Nasib baik lepas. Seterusnya, check tekanan darah dan ukur lilit dada. Yang ni pun gua lepas. Da lulus yang ni, check mata lak. Mata ni dorang check untuk rabun warna ngan rabun jauh. Alhamdulillah, ni pun gua lepas. Eyesight gua 6/6.

Calon-calon yang da lepas buat ujian basic ni, diarahkan untuk duduk kat dalam dewan sementara tunggu calon-calon lain abes melapor dan buat ujian basic. Calon-calon yang gagal ujian basic ni akan dihantar balik hari tu jugak.

Untuk hari pertama ni, gua cerita sampai sini je lah. Yang lain tu tak penting sangat. Lepas Zohor tu, kitorang diberikan tempat penginapan dan sedikit taklimat apa akan dilakukan untuk hari tersebut.

Tempat penginapan masa kat sana

Taklimat telah disampaikan oleh Mejar Abdul Hamid Bin Maarus (Pegawai Kanan CTK-BPA). Dia bagitahu, calon yang berjaya akan pergi ke ujian seterusnya; Ujian Perubatan dan Pergigian iaitu pada hari keesokkannya. Keseluruhan calon yang berjaya adalah 101 orang + 7 orang budak medic.

Mejar juga bagitau, yang apply tahun ni 4000 orang. Yang LULUS untuk dipanggil 345 orang tapi yang SETUJU hadir cuma 166 orang. Tapi yang datang masa hari tu cuma 101 orang je (tak termasuk calon doktor).

Mejar Hamid cakap, "Anda semua tahu tak anda mintak apa ni? Anda sekarang ni dalam pemilihan untuk menjadi Pegawai Kadet Graduan. Apa benda Pegawai Graduan ni? Kamu dipanggil graduan kerana kamu mohon selepas kamu tamat ijazah kamu. Untuk pengetahuan, kamu semua dipilih berdasarkan course yang tidak ada ditawarkan di UPNM.

Untuk pemilihan kali ini juga, anda dipilih berdasarkan course anda. Maknanya, anda tak perlu bersaing dengan semua yang ada ni tapi bersaing dalam course anda sahaja. Sebagai contoh, kita ada 9 calon Finance. Kita mungkin nak 4 je. Itu contoh. Saya takkan bagitahu berapa orang saya nak.

Jika anda berjaya terpilih, anda akan melapor diri ke Kolej Tentera Darat pada awal bulan April nanti. Selepas 9 bulan, anda akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda.

Jadi, saya ucapkan semoga berjaya untuk sesi pemilihan kali ni. Buatlah yang terbaik untuk diri anda sendiri. Bukan semua dapat pergi temuduga tentera ni", kata Mejar Hamid mengakhiri taklimatnya.


Next entry: Medical & Dental Test






Isnin, 1 April 2013

Majlis Doa Selamat

Assalam semua. Bertemu kembali. 

Adehai. Da dekat seminggu gua tak update blog. Cerita tak abes lagi ni. Masa lak dah takde sangat.

Semuanya disebabkan gua kena pulang ke kampung pada 24 Mac sampai 28 Mac. Kat sana gua takde PC. Susah sket nak update pape.

Tapi gua balik pun, bukan saje2. Gua balik sebab buat Majlis Doa Selamat & Solat Hajat sempena gua dapat masuk Kolej Tentera Darat. Gua akan melapor diri pada 7 April 2013 (Ahad).

Pintu hadapan KTD

Sudah menjadi tradisi dan adat keluarga gua untuk buat majlis-majlis macam ni kalau dapat masuk U ke, dapat keja ke, dapat masuk asrama ke... apa-apa je lah. Mesti buat makan-makan, ajak orang-orang kampung datang. Ia sebagai tanda kesyukuran dan memohon supaya Allah memudahkan segala urusan apabila berada di tempat baru nanti.

 Majlis Doa Selamat & Solat Hajat di kampung

Lepas tu, 28 Mac (Khamis) gua balik KL dan family gua conduct majlis kat sini pulak untuk rakan-rakan gua dan jiran-jiran yang ada pada hari Sabtu.

Menu pada jamuan di KL

Rakan-rakan dari ASiS 

Rakan-rakan dari UniKL MICET 

 Ex-housemate masa kat UniKL MICET dulu

Tetamu terakhir yang datang. Dah dekat jam 9 malam masa ni

Sejujurnya, gua sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada yang sudi hadir. Gua mintak maaf sebab tak dapat nak ajak ramai sebab bajet pun terhad. Hoho. Majlis pun simple-simple sahaja.

InsyaAllah, kalau gua da passing out nanti... gua plan nak buat kenduri terus. Doa-doakanlah gua lulus kat sana nanti ya?

:)