Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Selasa, 14 Januari 2014

Salam Maulidur Rasul...

Assalam semua ^0^

dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Banyakkan berselawat. Bukan saja pada hari ni dan pada bulan ni saja tapi biarlah berpanjangan. Semoga kita semua beroleh syafaat di akhirat kelak. Insyaallah.

Semalam, gua ngan skot2 gua bersolat Maghrib di Masjid PUSARTI. Masjid ni sebelah dengan KTD je. Ada la dalam 15 minit bila berjalan kaki tu.

Selepas solat Maghrib, ada slot ceramah sempena Maulidur Rasul oleh seorang ustaz yang gua tak ingat namanya. Orang nogori yang gua tau.

Pada awalnya, gua rasa ceramah kali ni mesti sama macam ceramah2 maulidur rasul yang gua pernah dengar. Content ceramah mesti pasal biodata Rasulullah, perjuangan baginda dan detik2 kewafatan baginda.

Tapi, sangkaan gua meleset. Apa yang ustaz tu sampaikan semalam tak fokus langsung pasal Rasulullah tapi lebih kepada peribadi dan sikap umat akhir zaman ni.

"Hadirin2 sekalian, bila datangnya hari untuk menyambut Maulidur Rasul... masjid2 semua penuh. Kambing, lembu ditumbangkan... semata-mata untuk menyambut hari kelahiran pemimpin agung kita.

Tetapi, bila menjelang Subuh keesokkannya... apa yang berlaku tuan2? Masjid kembali kosong. Yang tinggal tok imam, tok bilal ngan tok siak. Mengapa jadi begini tuan2?

Apa yang kita harapkan dari sambutan ni sebenarnya? Adakah selepas kita sambut ni, semua orang akan mula mengamalkan sunnah2 Nabi? adakah selepas malam ni, masjid2, surau2 akan mula penuh?"

Kata2 ustaz tu dibiarkan dengan persoalan yang perlu dijawab sendiri oleh para jemaah. Ada benar jugak kata2 ustaz tu. Kita dah makin jauh dari Nabi sebenarnya. Kita sambut maulidur rasul pun dah jadi seperti satu adat dan tradisi orang2 dulu buat. Kita bukan nak menghayati atau nak menghidupkan kembali sunnah2 Rasulullah.

Adakah dengan menyambut dengan selawat setahun sekali, berarak setahun sekali dapat menjamin kita beroleh syafaat Rasulullah?


Rabu, 7 Ogos 2013

Dengan Siapa Saya Boleh Bersalam?

Salam, salam jugak. Tengok dulu sape yang menghulur tangan tu.

Sebulan Ramadhan dah buat amal, jangan pula 1 Syawal nanti, kita buat dosa hanya disebabkan salam.

^_^





Jumaat, 19 Julai 2013

Peristiwa penting yang berlaku di bulan Ramadhan

Selain turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat beberapa peristiwa besar yang juga berlaku dibulan yang penuh dengan barakah ini. Ketika dahulu, umat Islam yang merupakan umat yang disanjung tinggi dari timur ke barat, kerana terlimpahnya rahmat Allah kesan dari penerapan Islam dalam kehidupan mereka. 

Namun begitu, pada masa sekarang, setelah runtuhnya entiti penyatuan umat Islam, iaitu Khilafah pada 27 Rejab 1342H (3 Mac 1924), umat Islam dirundung penyakit yang semakin parah. 

Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa Khilafah.



Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:

17 Ramadhan 2H
 Perang Badar Al-Kubra

Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang  tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

Ramadhan 5H
Persiapan Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh. 

20 Ramadhan 8H
Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala

Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat. 

Ramadhan 9H 
Perang Tabuk

Rasulullah SAW tidak mendapati tentera Rom lalu kembali ke Madinah.

Utusan Thaif

Utusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada ketika itu juga mereka terus melaksanakan kewajiban-kewajiban dan melaksanakan puasa disana.

Utusan Raja Himyar

Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Beliau kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis. 

Ramadhan 10H 

Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

Ramadhan 53H 

Kemenangan tentera Islam di Rhodesia.

Ramadhan 92H 

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair,  Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

Ramadhan 129H 

Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.

Ramadhan 584H

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

Ramadhan 658H 

Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.

Rabu, 3 April 2013

Jom Potong Kuku Ikut Sunnah!

Sunnah memotong kuku kerana memotong kuku itu sendiri adalah sunnah, dan memotongnya dimulai dengan yang kanan, dikiaskan kepada sunnah Nabi SAW yang memulakan sesuatu perbuatan dimulai dengan kanan.


Menurut pendapat Imam Nawawi:

Mulakan dengan tangan kanan, kemudian dahulukan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking, kemudian memotong kuku ibu jari; habis potong kesemua kuku di tangan kanan. 

Kemudian potonglah kuku tangan kiri, dimulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - seterusnya ibu jari tangan kiri - complete. 

Menurut pendapat Imam Ghazali:

Mulakan dengan tangan kanan. 
Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking. Kemudian terus berpindah ke tangan kiri, mulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - ibu jari tangan kiri - kemudian balik semula ke tangan kanan dan potong kuku ibu jari kanan.


Pendapat Imam Ahmad pula (tiada dalam gambar) agak rumit sedikit untuk diikuti tapi sangat mujarab kerana sabit kepada satu hadith Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yg memotong kukunya secara 'mukholifan' tidak akan diserang penyakit mata." (Boleh rujuk dalam kitab Kitab Al-Mughni)

'Mukholifan' bermakna tertib-tertib seperti yang ditunjukkan..

Menurut Imam Ahmad:

Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk. 

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga. 

Ini bermakna kaedah ini perlu dilakukan secara berselang-seli. Bacalah dua tiga kali supaya faham sambil amalkan.

Wallahualam..
Mudah-mudahan bermanfaat... :) 

Dipetik dari FB Ustaz Don Daniyal

Selasa, 2 April 2013

Apa Itu Nikah Gantung?


Hari ni gua jumpa satu artikel menarik kat FB. Ianya berkenaan nikah gantung. "NIKAH GANTUNG: PAS lancar kempen, minta kerajaan laksana 4 perkara elak buang bayi"
  1. Beri Peruntukan kepada pasangan muda yang ingin kahwin
  2. Beri insentif sebagai galakan kahwin
  3. Kurangkan karenah birokrasi
  4. Kursus kahwin percuma
Sejujurnya, gua sangat setuju dengan cadangan untuk dilaksanakan nikah gantung ni. Daripada anak-anak muda keluar dating tanpa apa-apa ikatan, lebih baik kahwin. Atleast, bila dorang dating tu dapat pahala, pegang tangan dapat pahala, cakap sayang-sayang pun dapat pahala.

Kat bawah ni gua copy dari wall seorang hamba Allah di FB. Semoga bermanfaat.


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar. Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Rabu, 20 Mac 2013

Sunnah Bersiwak


Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Mac 2013


20/3-Rabu-Masjid Pengadang Baru,K.Trg

21/3-Khamis, 8mlm-Stadium Kota Bharu,Kelantan

22/3-Jumaat-(Tiada Kuliyah)

23/3-Sabtu- 8-10 mlm, Masjid Negeri Shah Alam,Selangor.

24/3-Ahad- 8-10 mlm mlm, Masjid Nurul Iman, Ijok, Selangor. Jalan Sg. Buluh - Kuala Selangor. (Untuk mudah jika dari KL, sila keluar ikut Tol PLUS Rawang Selatan > Masuk ikut Lebuh Raya KL - Kuala Selangor (LATAR) > Ikut anak panah ke Pekan Ijok atau Kuala Selangor. Habis Tol LATAR ambil Kanan. Masjid ini di dekat Pekan Ijok).


25/3-Isnin-(Tiada Kuliyah)

26/3-Selasa-Masjid Pulau Ketam,K.Trg

27/3-Rabu-Masjid Batu Burok,K.Trg

28/3-Khamis-Masjid Batu 6,K.Trg

29/3-Jumaat-Masjid Titian Baru,K.Trg

30/3-Sabtu-(Tiada Kuliyah)

31/3-Ahad-Surau Taman Rakyat Gong Pasir,Dungun

Bangun Tidur Ikut Sunnah


10 Golongan Yang Dilaknat



Ustaz Azhar Idrus - Kerja Berkait Arak

Mana-mana yang kerjanya ada kaitan dengan arak tu, eloklah berhenti dan cari kerja lain. Mungkin kita tak minum tapi kita membantu dari segi lain. Seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam video tu:

"Walaupun dia tu ulama besar, kalau dia tolong angkat, masuk neraka jugak"

"Maksud kena laknat ni, dia jauh dari rahmat Allah"

"Jadi, janganlah terlibat. Islam ni ringan je. Banyak yang boleh dari tak boleh"


Selasa, 19 Mac 2013

Review Buku: Sultan Muhammad Al-Fateh

Gua boleh kata, ini antara novel sejarah TERBAIK pernah gua baca dan antara yang menjadi faveret gua. Gua da ulang banyak kali, still tak bosan. Gua syorkan novel ini antara yang WAJIB BELI/BACA dan ada dalam koleksi korang semua.


Sinopsis dipetik dari Bookcafe.com.my:
“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.



Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.


Pendahuluan

Bab 1: Firasat Seorang Ulama

Bab 2: Lahirnya Seorang Pahlawan

Bab 3: Umpan Tidak Mengena

Bab 4: Suatu Pengajaran

Bab 5: Teruskan Perjuangan

Bab 6: Perangkap

Bab 7: Hidayah

Bab 8: Yang Benar dan yang Palsu

Bab 9: Antara Kasih dan Benci

Bab 10: Helah Sultan Murad

Bab 11: Pengintip

Bab 12: Wasiat

Bab 13: Abu Ayub al-Ansari

Bab 14: Retak Menanti Belah

Bab 15: Yang Zalim dan yang Adil

Bab 16: Helah Sultan Muhammad

Bab 17: Bukan Mungkir Janji

Bab 18: Rumeli Hisarri

Bab 19: Kota Konstantinopel

Bab 20: Sabotaj

Bab 21: Terowong Rahsia

Bab 22: Meriam Urban

Bab 23: Tentera yang Baik

Bab 24: Rakyat yang Baik

Bab 25: Siapa yang Lebih Cerdik

Bab 26: Munafik

Bab 27: Berangkat ke Medan Jihad

Bab 28: Antara Dua Pilihan

Bab 29: Serangan Demu Serangan

Bab 30: Pertempuran di Laut Marmara

Bab 31: Tanduk Emas

Bab 32: Pantai Semenanjung Fera

Bab 33: Pertemuan Sulit

Bab 34: Petunjuk

Bab 35: Kapal Belayar di Daratan

Bab 36: Di Ambang Kekalahan

Bab 37: Api Perang Terus Dinyalakan

Bab 38: Menang ataupun Syahid

Bab 39: Kota Konstantinopel Berjaya Ditawan

Bab 40: Masjid Aya Sophia

Bab 41: Mencari Makam Syuhada

Bab 42: Disambut dengan Gembira

Bab 43: Tanduk Emas Istana Topkapi

Bab 44: Pulau Khabus

Bab 45: Wasiat Seorang Penakluk

Glosari

Bibliografi