Rabu, 20 Mac 2013

Halal Executive Programme (HEP) Tu Apa?

Baiklah. Untuk entry kali ni, gua nak cerita pasal kursus eksekutif Halal yang gua amek 'sejurus' gua tamat pengajian gua dari UniKL MICET.

Bila gua sebut sejurus, memang gua maksudkan sejurus. Kenapa?

Pengajian di universiti tamat apabila gua buat presentation berkenaan Latihan Industri (LI) selama 4 bulan yang gua lalui. Konvokesyen tu cuma nak mengesahkan dan 'mentauliahkan' gua sebagai graduan sahaja. Sebenarnya gua dah dikira tamat pengajian bila dah habis present LI depan lecturer gua.

Dan tarikh gua present adalah 2 Mei 2012. Dan tarikh gua kena mendaftarkan diri ke kursus eksekutif Halal @ HEP ni juga pada 2 Mei 2012.

What!? Macam mana ni???

Itu gua cerita nanti. Sekarang gua nak cerita HEP tu apa.


SIJIL HALAL EKSEKUTIF HALAL (HEP)



1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Halal bukan lagi perkataan asing di dalam industri makanan. Halal mula dikenali di kalangan mereka yang bukan islam berikutan daripada permintaan makanan halal yang tinggi di serata dunia. Halal bukan sahaja bermaksud dibenarkan di dalam konteks makanan, malah ia juga merangkumi aspek keselamatan dan kualiti makanan. Pengguna kini telah didedahkan dengan cara yang betul, bersih serta lebih berperikemanusiaan di dalam rantaian bekalan pemprosesan produk makanan halal. Mereka mengharapkan pengeluar serta pengusaha makanan mengeluarkan produk makanan berkualiti yang merangkumi elemen kebersihan dan keselamatan. Oleh sebab itu pengeluar serta pengusaha produk makanan halal mestilah memberi jaminan bahawa semua aktiviti yang terlibat di dalam persediaan, pemprosesan, pengendalian, penyimpanan dan penghantaran produk makanan adalah memenuhi piawaian serta keperluan yang ditetapkan.

Maka objektif Program Eksekutif Halal adalah melahirkan individu yang berpengetahuan yang akan membantu pengeluar poduk halal supaya menggunakan pendekatan yang betul dalam meningkatkan kualiti pengeluaran produk halal serta amalan pengilangan terbaik di mana ini akan menjadikan pengeluar lebih kompetitif di dalam pasaran halal global.

Gabungan elemen syariah dan “thoyyiba” di dalam proses pengeluaran makanan halal diharapkan dapat menjaga serta menegakkan integrity produk makanan halal. 

2. LATAR BELAKANG

Pensijilan Halal Malaysia semakin mendapat tempat di dalam industri sama ada di dalam dan luar negara. Bagi memastikan prosedur serta standard halal dipatuhi, pihak kerajaan Malaysia melalui JAKIM mewajibkan sekurang- kurangnya seorang Eksekutif Halal bagi memantau sistem dan konsep “Halalan Toyyiban” serta standard dan prosedur pensijilan halal dipatuhi.

Kenyataan tentang Eksekutif Halal ini termaktub di dalam Malaysian Standard 1500:2009 di dalam klausa berikut :
3.1.1
“Pihak pengurusan hendaklah melantik Pegawai Eksekutif Halal yang beragama islam atau mewujudkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada orang islam yang bertanggungjawab memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem kawalan halal dalaman.”

Juga termaktub di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal (MPPH) JAKIM 2011 di dalam klausa berikut :

Syarat dan keperluan tenaga kerja muslim:
i) Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada seorang muslim di peringkat pengurusan. 
ii) Eksekutif Halal Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada seorang muslim warganegara Malaysia yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam / mempunyai Sijil Eksekutif Halal atau sijil kursus berkaitan pengendalian makanan. 

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui Halal Industry Development Corporation (HDC) telah menjalankan Program Halal Eksekutif / Halal Executive Programe (HEP). 

Halal Executive Programe (HEP) telah mula ditawarkan pada Julai 2010 untuk "pilot project‟. Seramai 70 peserta daripada bidang Teknologi Makanan dan Hotel & Katering telah mengambil bahagian di dalam program tersebut yang diadakan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE). Sambutan yang diterima sama ada daripada pihak pemohon, kementerian dan juga pihak industri amatlah menggalakkan. 

3. OBJEKTIF

Melahirkan Eksekutif Halal Memenuhi keperluan Prosedur Pensijilan Malaysia dan MS 1500:2009

4. PERLAKSANAAN KURSUS

Kursus dilaksanakan secara sepenuh masa selama 6 bulan. 3 bulan pertama secara teori dan seterusnya peserta akan menjalani latihan industri selama 3 bulan terakhir. Sistem pembelajaran yang dinamik dan komprehensif ini merangkumi seluruh aspek dan konsep “Halalan Toyyiban” termasuk daripada sudut syara’, kebersihan dan keselamatan makanan, prosedur dan standard halal, ramuan halal, industri halal, kosmetik, logistik, penyediaan makanan halal, isu-isu dan sebagainya. Beberapa siri lawatan di samping Kem Pemantapan Integriti Halal serta aktiviti – aktiviti tambahan juga diadakan. 

Kelayakan / Prasyarat – Kumpulan Sasaran
Diploma/Ijazah dalam bidang Pengajian Islam (Syariah, Undang-undang, dll) Diploma/Ijazah dalam bidang Teknikal Makanan (Teknologi Makanan, Sains Makanan, Bio dll)
Diploma/Ijazah dalam bidang Penyediaan Makanan (Hotel, Katering, Kulinari dll)

Kemudahan Kursus
Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Antara kemudahan yang disediakan kepada peserta ialan elaun, tempat pembelajaran serta nota pembelajaran.

Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar terdiri daripada mereka yang berpengetahuan luas dalam aspek Shariah dan teknikal berkaitan teknologi makanan halal, GMP, HACCP dan sebagainya. Peserta juga akan dapat menambah ilmu daripada tenaga pengajar luar seperti JAKIM, pihak penyelidikan produk halal, pihak industri dan sebagainya.

Peluang kerjaya
Sektor industri Halal amat luas meliputi industri makanan, farmasi, kosmetik, logistik, perhotelan, penyediaan makanan, pelancongan dan sebagainya.  Antara peluang kerjaya Eksekutif Halal ialah :
Menjadi Eksekutif Halal Menjadi Usahawan di dalam industri halal sama ada dalam atau luar negara Menjadi konsultan atau perunding halal Ahli jawatankuasa halal syarikat Pekerja di bahagian Kawalan Kualiti / Produksi / Operasi Tenaga pengajar, jika berkelayakan 

Pengurus Program: Muhamad Elyas Harun, HDC Halal Integrity.

Link asal di sini

Gua harap korang semua dah jelas kursus ni berkaitan apa dan tujuan kursus ni untuk apa. Ok lah. Da panjang sangat ni. Gua tak suka entry gua panjang-panjang, nanti korang malas nak baca. InsyaAllah, next entry gua cerita macam mana gua boleh 'terjebak' dengan HEP ni. Huahuahua


2 ulasan:

  1. assalamualaikum...nmaaf sy nk tya?? klu sy nk cri tempat pratikal kt hep bole ka/

    BalasPadam
  2. Assalamualikum..maaf bertanya bolh x kalau saya nk mintak email @ no phone sbb saya nk praktikal under pengurusan industri halal 0111-9906183 bolh call no ni.

    BalasPadam