Selasa, 19 Mac 2013

Kau Belajar Kat UniKL? Tapi Kenapa Kat Melaka?

"Kau belajar kat mana?

Soalan biasa gua dapat bila jumpa member-member dari Universiti lain.

"Belajar kat UniKL MICET"

"Oo, kat KL ni je la? Kau amek course apa weh?"

"Tak, bukan kat KL. Melaka. Aku amek Chemical Engineering Technology in Food"

"Eh, kata UniKL? Asal kat Melaka pulak? Kau amek Chemical ke Food ni?"

Adoilaa... Tensen gak gua bila soalan bertubi-tubi camni. Semuanya sebab ramai yang tak faham konsep Universiti Kuala Lumpur ni dan juga berkenaan course yang ada kat UniKL MICET.

Meh gua terangkan serba ringkas tentang UniKL. Kat bawah ni list UniKL yang ada di Malaysia:

1. Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) - Mekatronik, Robotik, Pengimpalan
2. Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) - Elektronik
3. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) - Aviation
4. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) - Automotif
5. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology,  (MIIT, UniKL City Campus) - IT, Multimedia, Animasi
6. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical and Bio-Engineering Technology (UniKL MICET) - Kimia
7. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) - Maritim
8. Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) - Perubatan, Radiografi, Jururawat
9. Universiti Kuala Lumpur Institute of Product Design And Manufacturing (UniKL IPROM) - Rekabentuk produk, Acuan 
10. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC) - Logistik
11. Universiti Kuala Lumpur Institute of Medical Science Technology (UniKL MESTECH) - Sains Makmal
12. Universiti Kuala Lumpur Business School - Akaun, Kewangan
13. Institute for Research and Postgraduate Studies, Universiti Kuala Lumpur City Campus (IRPS, UniKL City Campus)
14. Universiti Kuala Lumpur ICOLE

Logo Universiti Kuala Lumpur

Dah nampak serba sedikit? UniKL ni sama je macam Uni lain cuma kampusnya bertebaran di atas muka bumi Semenanjung ni dan diletakkan pengkhususan bidang. Macam tempat gua, UniKL MICET adalah untuk bidang Teknologi Kimia. Kat MICET pulak dipecahkan kepada 5 major yang lain pulak. Gua pilih major dalam Food Technology.
Logo MICET 

Boleh rujuk link ni untuk maklumat lanjut: http://www.unikl.edu.my/index.php/programmes/programmes-by-level/744-degree-programmes

Pasni, jangan tanya gua lagi kenapa UniKL kat Melaka. Arhh!

11 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Nk tnye, sblom ni sye ambik asasi. Mase nak pos borang penerimaan tawaran tu, kene hntr keputusan or transcript x? Sbb kat borang tu, dy cuma nak keputusan setiap semester bg pngajian di pringkat sijil/diploma shj...

    BalasPadam
  4. tumpang tanya memang nak masuk situ kena interview ka ? sbb saya dapat situ kos yg sama dan kena interview

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pon dpt kos yg sama...amacam nk pergi ke....slalunya in english lah....

      Padam
    2. kalau intake tahun lepas tak ada interview. dengar cerita intake tahun ni kena interview. cer call unikl micet.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  5. Rambut boleh panjang ke kalo miit unikl panjang rambut macam faizal tahir

    BalasPadam
  6. Hi korang! SR dah habis belajar dekat UniKL Business School taw! Alhamdulillah. Bulan Oktober ni akak convo! Hehe. Nak tahu kisah perjalanan sepanjang belajar dekat UniKL Business School? Meh baca blog akak. Bonus: Pengalaman program pertukaran pelajar di Kozminski University, Poland (ERASMUS+/ISEM UNIKL)

    PENGALAMAN PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR UNIKL BUSINESS SCHOOL (KLIK DI SINI)

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. tumpang tanya, saya farah dijangka tamat belajar jun 2021 (UnikL Micet) sy berminat meyertai tentera. permohonan kemasukkan tentera lepasan ijazah limit umur 27. masalah saya, sy start praktikal januari 2021 tahun hadapan dengan umur 28 tahun. apa patut sy buat ya? masih ada peluang ke untuk saya join tentera?

    BalasPadam