Khamis, 16 September 2021

HUT ATM Ke-88

 


Alhamdulillah. 88 tahun ATM telah menjaga kedaulatan negara. Marilah sama-sama kita mendoakan para perwira dan perajurit yang telah pergi meninggalkan kita sebelum ini. Al-Fatihah (dibaca).

Marilah kita juga mendoakan agar kedaulatan dan keamananan negara ini serta rantaunya sentiasa dalam keadaan aman tanpa sebarang konflik. Takkan kita nak jadi macam negara-negara kat Timur Tengah tu pulak kan?

.

.

.

Salute! 💂

Rabu, 15 September 2021

KOR/REJIMEN DALAM TENTERA DARAT

Assalamualaikum & salam ukhuwah.


Entry kali ni berkenaan kor dan rejimen yang ada dalam Tentera Darat (TD). Pasti ramai pernah tengok lencana, cap badge di beret atau tag nama kat loreng yang dipakai oleh geng2 Askar tapi tak tau dorang ni kor apa? 

Hijau Merah ni kor apa? Biru Kuning ni kor apa pulak? 😵

Apa maksud RSD? KJLJD ni short form untuk apa? 😫

Untuk makluman semua, dalam TD ni ada 16 kor/rejimen yang dibahagi kepada 3 elemen yang membentuk Elemen Tempur (Combat Element), Elemen Bantuan Tempur (Combat Support Element) dan Elemen Bantuan Khidmat Tempur (Combat Service Support Element).


Elemen Tempur


Elemen Tempur dibarisi oleh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Rejimen Sempadan (RS) dan Kor Armor Diraja (KAD).

Kenapa dipanggil Elemen Tempur? Sebab geng2 ni lah yang akan duduk kat barisan hadapan kalau diaturgerakkan dalam operasi atau pun situasi perang. RAMD, RRD dan RS juga dikenali sebagai Tentera Infantri.


Elemen Bantuan Tempur


Elemen ini terdiri daripada 5 kor/rejimen iaitu Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) dan Kor Risik Diraja (KRD).

Elemen ni akan bantu geng2 barisan hadapan tadi jika berlakunya peperangan. RSD akan setup perhubungan dan komunikasi, RAJD akan bantu membuat pembinaan contohnya jambatan dan RAD pulak akan memberi bantuan tembakan jarak jauh. 

KPTD atau lebih dikenali sebagai MP (Military Police) akan mengawal laluan dan mengosongkan penduduk sekiranya kawasan tu terlibat dengan perang manakala KRD akan membuat risikan dan memberi info2 yang diperlukan dalam peperangan.


Elemen Bantuan Khidmat Tempur

Elemen ini juga dikenali sebagai barisan belakang atau elemen logistik. Terdiri daripada Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Kor Perkhidmatan Am (KPA), Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnan Diraja (KOD), Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Elemen logistik yang utama adalah KPD, KOD dan KJLJD. Geng 3 serangkai ni lah yang sediakan makanan, pengangkutan, pakaian, peluru, alat ganti dan senggaraan untuk membantu barisan hadapan bertahan dalam perang.

KPA pulak ada pecahan lagi dalam tu. Ada KPA-AJAR (hal ehwal pendidikan), KPA-GAJI (mestilah bab2 gaji), KPA-BK (hal2 pengkeranian) dan KPA-PR (media). Lain entry aku cerita lebih detail pasal kor ni.


Askar Wataniah (AW)

Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang diangotai oleh para sukarelawan. Dorang ni adalah barisan kedua di dalam mempertahankan Negara. Kemahiran anggota adalah setanding dengan anggota tetap, malah ada memiliki kepakaran tertentu seperti telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian pelabuhan dan pengendalian keretapi.


So, korang dah nampak kan? Setiap kor/rejimen ni ada fungsi2 tertentu dan khusus yang saling berkait dan membantu antara satu sama lain. Sebab tu askar dilatih 1 kepala, 1 hati. Esprit de corps 💪

Dan dilatih untuk mengikut arahan. Kalau arahan kata A, A lah. B, B lah. Jangan tiba2 nak C. Ikut arahan selagi mana tak melanggar syariat dan hak asasi.
.
.
.
Salute! 💂

Sumber: http://army.mod.gov.my/index.php/ms/about-us/profile/fungsi


Sabtu, 11 September 2021

Back for Good

 Assalamu'alaikum & salam ukhuwah, semua!

Akhirnya aku berjaya log in Blog ni selepas sekian lama. Hahah.

Sempena CR7 debut untuk Man Utd malam ni, aku pun nak debut lah sekali lagi kat blog ni 👻

***

Sebenarnya aku terlupa emel apa aku guna dan bila aku dah tau emel yang aku guna, password pulak aku tak ingat.

Ada lah jugak beberapa sahabat yang contact kat FB Messenger. Terima kasih sebab baca blog yang tak seberapa ni. 

Cuma yang menjadi masalah bila dorang chat kat FB Messenger tu, chat dorang masuk kat tempat lain. Bila aku log in FB guna HP, aku tak nampak chat dorang ni. Sampai ada chat 2 tahun sebelum tu. 

Aduh, sorry2. Aku serius rasa bersalah 🙏

***

InshaAllah lepas ni aku cuba untuk online dengan lebih kerap dan akan cuba menjawab soalan2 korang yang minat nak join Tentera ni 😁

.

.

.

Salute! 💂