Sabtu, 23 Mac 2013

Skim Baru Pegawai Graduan ATM

Heso! Apa khabar semua? ^_^

Untuk entry kali ni gua nak kongsi sket berkenaan Skim Baru Pegawai Graduan ATM. Bermula tahun 2013, mana-mana individu yang berminat nak jadi Graduate Officer (atau pun disebut G.O.), mesti mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang yang ditentukan oleh ATM.

Kalau dulu, nak masuk kadet boleh guna SPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda tapi skim lama ni dah dimansuhkan sejajar dengan pendirian ATM nak meningkatkan taraf pegawai-pegawai mereka. Hal ini telah pun diumumkan oleh Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zulkifeli Bin Mohd Zin.

Macam gua apply hari tu, minimum CGPA 2.70. Kat bawah ni gua listkan Syarat-Syarat Permohonan Pegawai Kadet Graduan:

Syarat Kelayakan Umum

Fizikal

  • Jantina: Lelaki
  • Tinngi minimum: 1.62m
  • Berat minimum: 4.75kg
  • Body Mass Index (BMI): 18.0 - 23.0
  • Tahap Penglihatan: 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap
Umur: Tidak melebihi 27 Tahun pada 31 Dis

Syarat Kelayakan Kesihatan

Lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT)

Kelayakan Akademik

Lulus SPM ATAU kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam subjek BM (termasuk lulus ujian lisan), BI dan Math.

*Lulus Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan memperolehi CGPA 2.70 ke atas di dalam jurusan berikut:

Pegawai Tentera Darat Malaysia
  • Kejuruteraan
  1. Petroleum
  2. Nuklear
  3. Kimia
  4. Komputer
  5. Mekatronik
  • Senibina
  1. Ukur Bahan
  2. Sains Ukur & Geomatik
  3. Sains Seni Bina
  • Komputer/Teknologi Maklumat
  1. Sains (Matematik Pengkomputeran)
  2. Sains Komputer (Pengkomputeran Netsentrik)
  3. Sains Komputer (Artificial Intelligent)
  4. Sains Komputer ( Sistem & Rangkaian)
  • Pengurusan & Perniagaan
  1. Pengurusan Perkhidmatan Makanan
  2. Sains Makanan
  3. Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan
  4. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  5. Kewangan dan Pentadbiran
  6. Perakaunan
  7. Komunikasi Massa
  8. Pengangkutan dan Logistik
  9. Hotel dan Katering
  • Sains Sosial & Kemanusiaan
  1. Perhubungan Antarabangsa
  2. Sains Sukan
  3. Sains Politik
  4. Psikologi dan Kaunseling
  • Lain-lain
  1. TESL
  2. Sains Pendidikan (Fizik)
  3. Pengajian Islam
  4. Sains Statistik
  5. Undang-undang
  6. Sains Remote Sensing
  7. Sains (Teknologi Tekstil/Kejuruteraan Tekstil)
  8. Sains Gunaan (Teknologi Kimia)
Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia
  • Undang-undang
  • Seni Bina Kapal
Selebihnya, akan ditentukan melalui satu proses temuduga yang panjang. Yang tu gua ada cerita kat entry Temuduga Tentera Part 1

InsyaAllah, jika ada intake untuk tahun depan, korang yang berminat tu boleh lah apply ya? ^_^


59 ulasan:

  1. salam, bro tnye sikit..
    intake mmg hujung taun every year eh??
    ke cam ne??

    BalasPadam
  2. Assalam. Maaf lambat balas.

    Intake selalunya dibuka awal tahun (dalam bulan Januari camtu) sebab pemilihan akan dibuat sama ada hujung bulan Feb atau awal Mac.

    Calon yang terpilih akan melapor ke KTD pada awal April.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum bro
    kawe ni lepasan undang-undang,nk sangat join army(TD) tapi kawe nak tahu gak sama ada tentera darat ni ada tak bidang yg khusus kepada undang-undang,
    kalau ada apa jawatannya dan didalam kor apa? bukan apa,sebab nk function kan ijazah kawe ni kalau kawe masuk army.

    terima kasih.

    BalasPadam
  4. Wa'alaikumussalam.

    Saudara kena tengok keperluan kursus yang diperlukan oleh TD pada tahun tersebut. Sebagai contoh, untuk intake saya, kursus undang2 tidak diperlukan oleh TD tapi ada untuk Navy pada tahun ini.

    Untuk makluman saudara, tahun 2013 paling banyak bidang yang ditawarkan. Sebelum2 ni, bidang saya tak pernah ada dalam list TD pun.

    Dan bagi menjawab soalan saudara, kebiasaannya jurusan undang2 akan masuk Kor Polis Tentera Diraja atau Military Police (MP) :)

    BalasPadam
  5. ouh saya doh paham sekarang,terima kasih saudara.
    rupa-rupanya susah juga nak menjadi pegawai tentera ni sebab ada spesifikasi ketat yang perlu dipatuhi semasa pemilihan dan ramai yang tersungkur waktu proses tu.
    macam mana pula latihan di kolej seronok atau kena torture sepanjang masa(sepak,terajang,tomoi dan bagai oleh senior)?
    bertanya berdasarkan pengalaman saudara

    BalasPadam
  6. Perkataan torture tu saya rasa dah tak relevan untuk digunakan pada masa sekarang saya rasa.

    Saya kat sini takde apa2 masalah pun. Pagi & petang training. Dan belajar dalam kelas. Itu je. Takde pulak nak kena sepak terajang :)

    Kat sini takde senior, so takde la benda pelik2 berlaku kat kami.

    BalasPadam
  7. pemilihan awal tue cam ne eh???
    ketat tak???

    kalo tak aktif sukan tp aktif dlm koko bidang lain??
    ade peluang tak???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam, Ahmad Nafilizzakirin.

      Pemilihan berdasarkan jurusan. Contoh, saudara dari Sains Kimia. Masa pmilihan tu, ada laVi 3 calon selain saudara yang apply tapi pihak TD cuma peruntukkan kuota 2 empat sahaja.

      Maka, saudara perlu compete dengan 3 calon yang lain tu untuk setiap ujian yang dijalankan.

      Jika semua calon lepas semua ujian, temuduga akhir yang akan tentukan sama ada saudara layak atau tidak.

      Padam
    2. thanks reply..

      1 lg soalan..
      application ntok darat,airforce ngn navy serentak ke lain2??

      Padam
    3. Untuk airforce, dah takde pengambilan untuk graduan. Yang ada sekarang Darat ngan Navy je dan pengambilan kedua-dua ni adalah serentak.

      Padam
    4. la airforce da takde,baru hajat nak jadi pilot,kenapa pengambilan airforce da takde untuk skim graduan?

      Padam
    5. Sebab UPNM dah ada. Intake airforce tak ramai macam darat.

      Padam
    6. bro lagi 1 aku dgr, kalo dada ade lekuk tak leh masuk atm eh???

      Padam
    7. Dada lekuk? Haha. Tak pernah dengar lah pulak. Yang penting, ukuran dada tu lepas. Da ok da.

      Paling penting, jangan flat-footed ah. Konfem reject awal2 lagi.

      Padam
  8. salam bro malqimi.sy nk tnya kalau darat dia terima tak utk ijazah mekanikal eng. ?hrp dpt bantu.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Berkenaan course, bergantung kepada intake tahun tersebut. Kalau dorang nak pakai mech engr, dorang akan buat pengambilan. Kalau tak, takde lah.

      Padam
  9. jadi malqimi kalau nk jd pegawai airforce hanya melalui UPNM je ke?dalam erti kata lain kena jadi graduan UPNM.
    takde alternatif lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Begitulah seperti yang dimaklumkan kepada saya. Kalau tak silap, last intake pada tahun 2010 untuk graduan.

      Selepas tu, kena melalui UPNM sahaja. Untuk intake graduan, hanya Darat dan Navy sahaja masih dibuka. Navy pun dah tak banyak untuk setiap intake.

      Macam intake tahun ni, sorang je Navy.

      Padam
  10. takpela jadi pegawai tentera darat pun okay gak,lebih banyak pilihan bidang kalau nk compare with navy or airforce.sy sendiri pun plan nk masuk tentera darat pasni,join briged para plak pastu.kalau ada rezeki la kan.saya dpt info pasal satu kor dalam TD ni KPA(ajar) untuk jadi cikgu kan.Ijazah saya tak memenuhi spec yg ditetapkan untuk masuk kor tu la bro sbb dia nak pendidikan.saya nyer ijazah undang2
    bagi pandangan sikit bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah bro. Tahniah kerana anda meminati bidang tentera ni. Semoga anda berjaya menyertai TD nanti.

      Ya, seperti yang anda maklum, KPA (Ajar) adalah khusus untuk bidang pendidikan sahaja. Selalunya mereka di bidang TESL (contohnya) yang diambil. Dalam intake saya sekarang ni, ada 2 kadet yang berkelulusan Ijazah TESL.

      Bagi anda yang berkelulusan undang2, anda mungkin diserapkan ke Kor Polis Tentera Diraja a.k.a Military Police (MP) sebagai penguatkuasa dalam TD nanti.

      Padam
  11. salam bro... gua bdak commerce... akhir2 ni gua join wataniah... mcm best plak jadi askar... ada can x gua boleh join tentera darat sebagai pegawai graduan... memandangkan course gua xda dalam list yg ATM mau... Macam mana??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Matt Know Fahmi. Tahniah saya ucapkan kerana anda meminati bidang ketenteraan. Apa yang saya paparkan di entry ini adalah requirement untuk intake tahun ini (Intake 28).

      Mana tahu, untuk intake akan datang bidang anda ada dalam senarai? Nasihat saya, kalau bidang anda tidak ada dalam senarai pun, hantar sahaja permohonan.

      Insyaallah, jika rezeki anda dalam TD, anda akan dapat menyertainya suatu hari nanti ;)

      Padam
  12. Salam, Bro nk tnya klau ikut intake yg lepas tmpat utk temuduga pegawai graduan ni satu tmpat je ke atau dia ade pd setiap negeri or cmne?? and lagi satu, Bro ble tamat latihan kt KTD ?? Kt sne lifestyle kte lebih kpada tentera n student kn? so ape bntuk pelajaran yg biasanya kte study kt sne ea? that's all

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, saudara Fendy. Tempat temuduga cuma 1 je untuk pemilihan pegawai. Intake saya buat kat 2 RAMD, Sg Ara, Penang.

      Saya dijangka tamat pada 11 Jan 2014.

      lifestyle adalah army lifestyle. Kalau di UPNM, army + student lufestyle

      Bentuk pelajaran adalah subjek ketenteraan seperti baca peta, senjata, undang2 dsb

      Padam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. malqimi nk tanya la,saudara masuk training bila dan habisnya bila?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam saudara muhammad ali! :)

      Saya mula latihan pada 8 April 2013 (tarikh saya angkat sumpah) dan dijangka tamat pada 8 Februari 2014 ini.

      InsyaAllah :)

      Padam
    2. wassalam,ouh 9 bulan tempoh training dia.
      setiap tahun memang bulan april ye tarkih mula training,
      ke lain2.

      Padam
  15. Salam tuan,

    Saya dah dapat tawaran GO intake 2014 tp masalah saya BMI lebih sikit 23..
    perlu tak saya hadiri temuduga tu atau da comfirm kena reject nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm...saya pon...huhu..BMI 29.. patut ke pergi? tp sy minat gat army..haishh...isau nih campur pressure gak...tlg la balas..lepas ke x?

      Padam
  16. Assalam . Nasihat saya, pergi je. Lepas tak lepas, tawakal kepada Allah.

    Yang penting, tunjukkan minat yang mendalam dan bersungguh-sungguh masa sesi pemilihan tu.

    Mana tahu rezeki saudara dapat?

    BalasPadam
  17. tuan,sy tamat pengajian ijazah pd bulan 7 tahun ni.ada peluang ke untuk sy ke intake bg tahun ni?

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. As salam tuan, sy telah mempunyai ijazah di dlm bidang yg telah di tawarkan untuk menyertai ATM..tetapi cgpa sy hanya mendapat 2.51 saja..Sewaktu pengajian saya pernah aktif didalam bidang sukan dan kokurikulum..Saya amat berminat untuk menyertai ATM dan berkhidmat utk negara..saya mohon pencerahan dr pihak tuan yg lebih arif berkenaan dengan ini..tq.

    BalasPadam
  20. salam... degree pendidikan islam blh memohon x.. blh di masukkn x dlm kagad...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam, al waseem. Boleh sekiranya jurusan tersebut disenaraikan. Boleh rujuk entry terbaru saya :)

      Padam
  21. Balasan
    1. Wassalam, saudari Kath Dee. Maaf sebab lewat respon. ATM lebih baik sebab saudari dikategorikan sebagai angkatan tetap dan bukannya sukarela. Dan kelebihan2 yang dinikmati oleh warga ATM mungkin tidak ada bagi Wataniah. Kenaikan pangkat bagi Wataniah juga idak secepat ATM

      Padam
  22. Lebih baik sambung diploma dan degree dahulu baru join atm atau gunakan saja sijil spm????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpulang kepada saudari, Sekiranya saudari ingin memohon untuk menjadi Pegawai ATM, saudari perlu mempunyai kelulusan Degree dahulu.

      Padam
  23. Assalamualaikum..
    Nak tanye bila iklan pengambilan pegawai kadet graduan tahun 2016 dikeluarkan?

    BalasPadam
  24. Wassalam, Azwan. Saudara boleh lihat entry baru saya. Terima kasih :)

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum, saya nak tanya, sy graduan semester akhir degree, boleh ke kalau sy apply untuk kadet graduan 2016.. sy dijangka tamat pada bulan 1 dan konvo pada bulan 5

    BalasPadam
  26. Apply je naz-sa..time konvo nanti mintak lah kelepasan tp klu x dpt jgn sedih la ye..

    BalasPadam
  27. salam.. kalau lepasan ijazah electronic engineering.. apakah jawatan/pangkat lepas recruit? mohon jawapannn..

    BalasPadam
  28. Salam. Saya lepasan diploma dalam bidang pengurusan perniagaan. Saya telah menerima email daripada jommasuktentera mengatakan permohonan saya telah berjaya dan perlu menghadiri temuduga. Seperti yang kita tahu, untuk menjadi pegawai kadet sekurang kurangnya memiliki ijazah. Mohon pencerahan daripada pihak tuan.

    BalasPadam
  29. assalamualakum. nak tanya, boleh? kalau perempuan, boleh ke masuk atm? kalau saya graduan upnm, saya cuma boleh masuk airforce je ke ataupun boleh apply utk darat & navy?

    BalasPadam
  30. Assalam. Zaman sekarang ada lagi tak torture sepak terajang? Training GO boleh tk bagi thu in detail mcm mana sebenarnya

    BalasPadam
  31. Slm sjhtra. Nk tnya kalau bmi lbh dari 25 tp kurg dri 30 msih blh dtrima atau tidak ?

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum.Saya skrg umur 26 tahun. Masih boleh apply?

    BalasPadam
  33. assalamualaikum, saya ada beberapa soalan:

    1. Saya akan habis pengajian awal tahun 2019, tetapi konvo perlu tunggu sampai bulan 10. Adakah saya boleh memohon untuk masuk skim GO untuk tahun 2019? Atau perlu tunggu sehingga pengambilan 2020?

    2. Saya mempunyai masalah rabun jauh, namun jika saya melaksanakan pembedahan lasik untuk hilang rabun, adakah saya boleh diterima?

    3. Adakah perkhidmatan setelah menjadi pegawai berdasarkan jurusan ijazah sarjana muda yang diambil atau tidak?

    4. Boleh ceritakan secara ringkas latihan selama 9 bulan sebagai kadet?

    terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rabun jauh jangan jauh sangat 13 langkah je kalau ok alhamdulillah jumpa disana

      Padam
  34. Tuan klau airforce pulak kenapa susah nak naik jadi 2nd leiuftenent army dengan navy senang je

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum nak tnya..kalau kta lepasan stpm lpstu mohon utk masok.UPNM agak² diaorg memang letak.sbgai pelajar awam eh?? Ataupun sbgai pegawai kadet graduan...sbb nk msok upnm tpi xnk jdi pelajar awam..nak jdi jalani latihan sbgai Pegawai kadet graduan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klo lepas stpm mmey akan dpt awam je n kalau rajin jadi la palapes ..

      Padam
  36. Nak smbung ijazah sarjana muda dkt UPNM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambong sahaja.. sama seperti uni awam yg lain

      Padam
  37. Kalau dah lapor unit boleh lagi ke nak smbung belajar

    BalasPadam
  38. Salam, saya baru tamat pengajian dalam bidang perubatan. Saya berminat untuk memasuki tentera. Tapi utk tahun 2020 ni boleh lagi ke nak apply? Ada ke buka application? Mcmmne nak check

    BalasPadam