Khamis, 14 November 2013

Arabian Nite!

Heso! ^.^

Seperti yang gua maklumkan kat entry yang lalu, gua akan paparkan aktiviti Kadet KTD bersama Kadet PTD iaitu makan malam yang bertemakan Arab. Bagi yang takde pakaian bertemakan Arab, dibolehkan untuk pakai lounge suit (nak buat cane, kami dapat tau pun last minute. Yang ada jubah tu, senang lah)

Majlis ni berlangsung pada 24 Oktober di Wisma Kadet KTD. Dalam majlis ni, hanya Kompeni Ismail Nasiruddin (Komp IN) dan Kadet PTD sahaja yang terlibat (kalau Cowboy Nite tu, melibatkan semua Komp).

Bersama PK Khairrull Niszam (kiri) dan PK Firdaus Hasnol (tengah)



Rabu, 13 November 2013

Cowboy Nite!

Pada hari Ahad yang lepas iaitu pada 10 November, telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Kadet KTD dengan Kadet PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik).

Uniknya, makan malam kali ini bertemakan Cowboy selepas Arabian Night sebelum ini.

Ini merupakan majlis makan malam kedua kami dalam bulan ini bagi meraikan kedatangan Kadet PTD yang menjalani latihan intensif di KTD.

Berikut adalah gambar2 yang sempat gua 'curi' dari skot gua ;p








Next entry, gua akan paprkan gambar2 makan malam yang bertemakan Arabian Night pulak (patutnya post yang tu dulu. Ah, lantaklah)

Selasa, 12 November 2013

Hari Keputeraan Sultan Kelantan Ke-44

Belum terlambat rasanya untuk gua mengucapkan tahniah untuk keputeraan baginda Sultan Kelantan yang disambut semalam.

TAHNIAH TUANKU !!! 
Kehadapan : KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI KELANTAN DARULNAIM DAN JAJAHAN TAKLUKNYA
Sempena : PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE EMPAT PULUH EMPAT, TAHUN 2013
Pada : ISNIN, 7 Muharram 1435H, 11 NOVEMBER 2013

Semoga Allah akan terus memanjangkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra)

Allahuakbar!


Bermulanya Kejohanan Tinju KTD...

Assalam dan apa khabar semua pembaca blog ini. Hari ni gua nak kongsi berkenaan aktiviti tahunan yang paling dinanti-nantikan di KTD ni - Tinju!

Tinju atau Kick Boxing ni merupakan sukan teras dalam Tentera Darat (TD). Maknanya, semua Pegawai Kadet (PK) adalah WAJIB untuk menyertainya kecuali yang disahkan Unfit oleh doktor.

So, apa yang gua nak citer kat sini, kejohanan tinju untuk intake gua dah pun bermula secara rasminya pada hari ini. Kejohanan Tinju Novis Antara Platun Kompeni Ismail Nasiruddin Kursus Pegawai Kadet Graduan Siri 28/2013 telah pun dirasmikan oleh Yang Berbahagia Lt Kol Mohd Nor Bin Kechut, selaku Timbalan Komandan KTD dengan disaksikan oleh Ketua Jurulatih, Lt Kol Marzuki Bin Mokhtar pada jam 1430 tadi.

Majlis perasmian diketuai oleh Pegawai Graduan, Kapt (Ust) Shafarif Bin Ghani selaku Pengerusi Kejohanan Tinju.

Kejohanan ini telah disertai oleh 62 PK yang mewakili platun masing-masing iaitu:

  1. Platun 1 seramai 19/23 PK
  2. Platun 2 seramai 22/24 PK
  3. Platun 3 seramai 21/23 PK 
dengan keseluruhan jumlah perlawanan adalah sebanyak 55 bouts yang dilangsungkan pada petang dan malam. Jumlah bouts pada hari ini dijangka sebanyak 16 bouts.

Sebanyak 7 kategori dipertandingkan iaitu:
  1. Fly Weight (49 kg - 52 kg)
  2. Bantam Weight (53 kg - 56 kg)
  3. Light Weight (57 kg - 60 kg)
  4. Light Welter Weight (61 kg - 64 kg)
  5. Welter Weight (65 kg - 70 kg)
  6. Light Middle Weight (71 kg - 75 kg)
  7. Middle Weight (76 kg - 81 kg)
Kejohanan ini dijangka berlangsung selama 3 hari. Untuk gambar2 kejohanan, akan gua update kemudian sebab gua masih tak dapat lagi gambar untuk kejohanan ni.




12 Nov 2013 - Hari Ulang Tahun Kor Polis Tentera Diraja Ke-60

Hari ini merupakan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-60 bagi Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) atau lebih popular dengan panggilan MP (Military Police).

Di kesempatan ini, gua ingin mengucapkan selamat menyambut HUT KPTD kepada ayah gua. Semoga berjaya di dalam kerjaya sebagai Pegawai MP dan terus memartabatkan undang2 ketenteraan.

Logo KPTD

Sedikit info berkenaan KPTD:

Peranan KPTD dilakukan oleh tiga pecahan cabang kemahiran melalui pelaksanaan tugas provos iaitu:
  1. Trafik dan istiadat, 
  2. Kawalan keselamatan fizikal dan 
  3. Cawangan siasatan.


Umumnya, tugas provos adalah untuk menguatkuasakan peraturan am termasuk tugas istiadat seperti pengiring orang kenamaan serta pergerakan konvoi-konvoi tentera.

Bagi kawalan kedudukan penting seperti kem-kem tentera pula, ia dilaksanakan di bawah kawalan keselamatan fizikal.

Siasatan terhadap kes-kes jenayah termasuk aktiviti penyalahgunaan dadah pula dipertanggungjawabkan kepada Cawangan Siasatan Jenayah (CSJ). Siasatan ini berkaitan kes-kes yang membabitkan anggota dan pegawai TD termasuk kes-kes syariah, rasuah, kemalangan, penipuan dan sebagainya.

Sebelum ini, siasatan terhadap kes-kes jenayah termasuk dadah melibatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TD dilaksanakan oleh 91 Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) KPTD.

Selepas 1 Ogos 1993, 91 CPK telah diserap dan diletakkan di bawah Cawangan Provos Marsyal ATM .

Sehubungan itu, staf dan keanggotaan pasukan itu terus diserapkan ke cawangan tersebut dan KPTD terpaksa menubuhkan perjawatan ad hoc dan melatih semula keanggotaannya bagi membantu TD melaksanakan tugas-tugas siasatan kes jenayah.

Sejajar dengan Pelan Pembangunan Strategik TD 'Army 2 10 Plus 10, penubuhan pasukan khas penyiasat yang dinamakan 48 CSJ KPTD telah direalisasikan bagi memenuhi keupayaan dan keperluan tugas-tugas penyiasatan.

Secara rasmi Cawangan itu telah ditubuhkan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2007.

Diolah dan diambil dari:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Selasa, 5 November 2013

5.11 - Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah kerana gua dan kita semua diberi kesempatan masa dan nyawa untuk sampai ke tahun baru Islam yang seterusnya, 1 Muharam 1435H.

Nampaknya kali ni Awal Muharam jatuh pada tarikh yang penuh nostalgia dan memori kepada gua - 5 Nov

Menyingkap kembali tarikh ni pada 9 tahun yang lalu, ia adalah hari di mana gua meluahkan perasaan gua kepada si dia. Ia adalah hari di mana gua bercinta buat pertama kalinya dengan seorang gadis (mestilah... takkan dengan jejaka pulak kan).

Sehingga ke hari ni, gua tak masih mencintai si dia. Ada yang kata gua bodoh dan bagai2 lagi tetapi gua cuma tak pandai dan tak reti nak mencintai yang lain. Itu je.

Walaupun sekarang ni kami berdua dah takde apa-apa ikatan lagi tapi kami masih berhubung seperti biasa. Tidaklah kerap sebab gua pun under military training sekarang, setakat chat kat FB je lah.

Di kesempatan ini, gua nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada korang semua dan juga kepada si dia.


Gua juga mendoakan dia bahagia dengan jejaka pilihannya sekarang. Semoga naik pelamin nanti ;)

Gua rasa ini boleh jadi tarikh penghijrahan terbaik bagi gua untuk melupakan si dia. Cukuplah dalam 2 tahun ni gua mencuba. Dengan kerjaya gua sebagai seorang Tentera sekarang, dah tentu si dia tak dapat menerima diri gua lagi.

Akhir kata,


End.