Selasa, 12 November 2013

12 Nov 2013 - Hari Ulang Tahun Kor Polis Tentera Diraja Ke-60

Hari ini merupakan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-60 bagi Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) atau lebih popular dengan panggilan MP (Military Police).

Di kesempatan ini, gua ingin mengucapkan selamat menyambut HUT KPTD kepada ayah gua. Semoga berjaya di dalam kerjaya sebagai Pegawai MP dan terus memartabatkan undang2 ketenteraan.

Logo KPTD

Sedikit info berkenaan KPTD:

Peranan KPTD dilakukan oleh tiga pecahan cabang kemahiran melalui pelaksanaan tugas provos iaitu:
  1. Trafik dan istiadat, 
  2. Kawalan keselamatan fizikal dan 
  3. Cawangan siasatan.


Umumnya, tugas provos adalah untuk menguatkuasakan peraturan am termasuk tugas istiadat seperti pengiring orang kenamaan serta pergerakan konvoi-konvoi tentera.

Bagi kawalan kedudukan penting seperti kem-kem tentera pula, ia dilaksanakan di bawah kawalan keselamatan fizikal.

Siasatan terhadap kes-kes jenayah termasuk aktiviti penyalahgunaan dadah pula dipertanggungjawabkan kepada Cawangan Siasatan Jenayah (CSJ). Siasatan ini berkaitan kes-kes yang membabitkan anggota dan pegawai TD termasuk kes-kes syariah, rasuah, kemalangan, penipuan dan sebagainya.

Sebelum ini, siasatan terhadap kes-kes jenayah termasuk dadah melibatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TD dilaksanakan oleh 91 Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) KPTD.

Selepas 1 Ogos 1993, 91 CPK telah diserap dan diletakkan di bawah Cawangan Provos Marsyal ATM .

Sehubungan itu, staf dan keanggotaan pasukan itu terus diserapkan ke cawangan tersebut dan KPTD terpaksa menubuhkan perjawatan ad hoc dan melatih semula keanggotaannya bagi membantu TD melaksanakan tugas-tugas siasatan kes jenayah.

Sejajar dengan Pelan Pembangunan Strategik TD 'Army 2 10 Plus 10, penubuhan pasukan khas penyiasat yang dinamakan 48 CSJ KPTD telah direalisasikan bagi memenuhi keupayaan dan keperluan tugas-tugas penyiasatan.

Secara rasmi Cawangan itu telah ditubuhkan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2007.

Diolah dan diambil dari:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan