Khamis, 4 April 2013

Temuduga Tentera: Part V

Penyingkiran


7 Mac (Khamis). Dah masuk hari ketiga kat sini. Gua meneruskan rutin biasa. Bangun jam 0530. Mandi dan bersiap untuk solat Subuh berjemaah. Jam 0630 kami akan berkumpul dalam satu skuad, seterusnya bergerak ke Cook House untuk sarapan pagi.

Pagi tu gua berdebar-debar. Gua takut dengan result untuk medical semalam. Macam-macam bermain dalam fikiran gua.

"Kalau tak lepas macam mana? Rugi la jugak buat fitness tapi tak sempat nak test power"

Gua berdoa pada Allah supaya gua dapat bertahan sampai temuduga akhir. Kalau tak lepas medical, takleh buat ujian seterusnya yang masih banyak lagi menanti.

Gua sarapan. Jam 0730 akan berkumpul di Dewan Congo untuk Ujian Bertulis.

0730. Kitorang berkumpul di hadapan Dewan Congo. Arahan buka barisan diberikan oleh IC Skot. Bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku dijalankan. 

Selesai semua, kitorang diarahkan masuk ke dewan dan tunggu arahan selanjutnya. Kitorang diminta untuk tunggu result perubatan semalam. 

Setelah hampir 1 jam menunggu, nama-nama calon yang gagal dipanggil. Alhamdulillah. Gua lepas. Jam 0930, ujian bertulis dimulakan.


Ujian Bertulis

Ujian bertulis merangkumi 4 kertas soalan iaitu:
  1. Ujian Pengetahuan Am
  2. Ujian Kecerdasan Akal (IQ)
  3. Ujian Perancangan
  4. Ujian Personaliti

Ujian Pengetahuan Am

Jam 0930, kertas Pengetahuan Am dimulakan. Masa diberi cuma 45 minit. Kertas soalan dibahagikan kepada 4 bahagian:

  • Bahagian A: Pengetahuan Am ATM
  • Bahagian B: Pengetahuan Am Malaysia
  • Bahagian C: Pengetahuan Am Dunia dan Serantau
  • Bahagian D: Pengetahuan Am Sukan, Sains & Teknologi
Tamat ujian, kitorang berhenti untuk minum pagi pada jam 1015.


Ujian Kecerdasan Akal (IQ)

Jam 1050, Ujian IQ dimulakan. Serius gua cakap. Gua memang terkial-kial nak jawab soalan-soalan IQ ni sebab soalan semua berkenaan logik akal. Masa yang diberi satu jam. Gua tengok ada sorang dua abes awal.

Abes ujian, terus masuk ujian seterusnya: Ujian Perancangan. Ujian ni akan dijalankan selepas lunch dan solat Zohor.

Ujian Perancangan

Jam 1430, ujian dimulakan. Ujian Perancangan ni memerlukan calon untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Macam KBKK jugak la. Calon perlu membayangkan diri calon sudah pun bergelar Lt Muda dan perlu melaksanakan tugasan yang diberikan oleh CO (Commanding Officer).

Soalan yang gua dapat masa tu, gua kena conduct latihan menembak dan perkhemahan hutan untuk budak-budak PKBM. Pastu, gua kena plan berapa banyak peluru nak kena guna, berapa lama masa latihan tu, berapa banyak makanan kena bawak untuk camping 3 hari 2 malam, berapa trak nak kena guna untuk angkut budak-budak tu.

Gua orang 2nd last keluar dewan sebab gua tak faham soalan T_T

Ujian Personaliti

Yang ni takde apa sangat, cuma nak tengok kecenderungan personaliti calon sahaja. Abes ujian, kitorang gi solat Asat, salin baju sukan. Petang tu ada latihan untuk larian 3.2 km nanti.

Malam, tidak ada aktiviti. Bebas. Gua amek peluang untuk call abah gua, member-member yang tau gua gi pemilihan ni. Update kat dorang. Esok tu kitorang akan ada ujian larian 3.2 km bawah 18 minit.

Next entry: Larian 3.2 km

18 ulasan:

  1. assalamualaikum.. sy dh bce semua entry tntg pgawai graduan dan step2 pemilihan yg awk lalui. tp entry utk larian 3.2km sy x jumpe la pulak. thanks utk semua latest info tu. hehe.. kite ade minat yg sama. :) sy mmg bercita2 nk apply pegawai graduan. tp blm berkesempatan lg wt mase ni. since baru grad bln 5 aritu. dan sy pon x pasti akan berjaya atau tidak. tp xpe. selagi umur blm melebihi 27.. sy akan cuba. doakan sy k? and all the best to u. sorry terstalk. hahahah.. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam, cik Fizah. Tahniah kerana cik meminati bidang ketenteraan. Berkenaan entry Larian 3.2 km tu, saya tidak berkesempatan untuk post kerana pada 7 April yang lalu saya telah pun melapor masuk ke KTD.

      Sekarang ni pun, saya cuma curi-curi masa untuk update info... kebanyakannya di FB saya.

      Apa-apa persoalan, saya akan cuba jawab setakat mana pengetahuan yang saya ada. Saya doakan cik berjaya untuk pemilihan akan datang :)

      Padam
    2. salam..dah tauliah ke tuan?..jurulatih palapes bgtau..skrg ada buka pegawai graduan 2014..kena check cawangan kerja mindef..sy habis belajar hujung jan 2014..harap dapat mohon..kalau kita belum convo,boleh apply ke?

      Padam
    3. Wassalam. Saya belum tauliah lagi. Dijangka 11 Jan depan.

      Iklan untuk intake 2014 dah ada cuma saya tak pasti kesahihan iklan tu, dari mana sumbernya.

      Berdasarkan soalan saudara, skot saya tak convo pun boleh apply. Yang penting, ada pengesahan result/transkrip dari universiti saudara

      Padam
    4. Terima kasih tuan..baru habis final exam..susun dokumen dulu,sebelum hantar ke mindef..nak tunggu sijil palapes..mmg lambat nak sampai..hehe

      Padam
    5. Tahniah :)

      Saya doakan saudara lulus dalam temuduga nanti.

      Saudara boleh add saya kat FB: Malqimi Al-Fateh kalau nak tanya apa2.

      Padam
  2. Assalamualaikum..sy berminat masuk tentera... apa syarat akademik nk masuk jd pegawai tentera...adakah syarat2 2 sama bg pengambilan tentera darat, udara and laut??? Sy berminat nk masuk airforce tp sy jurusan perkaunan... bln 5 ni insyaallah sy grad.. tuan pegawai td or tu or tl??? Berapa lama pemilihan dijalankan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam, Nur Ain. Boleh lihat entry terbaru saya. terima kasih :)

      Padam
  3. Berapa.lama training pegawai kadet graduan

    BalasPadam
  4. doakan la yan... aku tepilih masuk.... tapi baru saringan kedua

    BalasPadam
  5. doakan la yan... aku tepilih masuk.... tapi baru saringan kedua

    BalasPadam
  6. salam...tentang pengucapan awam tu kena berucap dalam crowd ke, berapa lama masa berucap..random tajuk atau sendiri...saya ni x pandai berucap

    BalasPadam
  7. salam bro, saya kene lapor diri utk pemilihan kadet graduan khamis ni dkt sg udang melaka..tp sye tgk dlm iklan kadet graduan yg siri sye ni xde kos marketing(kos sye blaja)..cmne ye bleh ke sye lepas pemilihan tu sbb sye betul2 minat nk msuk askar ni..

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Hi , nama saya izzati . Saya akan hadir pd pemilihan akhir tentera darat . Saya nak tanya berkenaan ujian IQ tu apa yer ? Maksud saya dia suruh terangkan nama2 pegawai yang bertugas ke camne??

    BalasPadam
  10. Nak tanya klu tak lepas sebarang ujian skali ujian bertulis dgn ujian iq tu disingkirkan teros eh ke mcm mna?stu lagi kalau ade parut tak lepas ke?

    BalasPadam