Rabu, 3 April 2013

Temuduga Tentera: Part IV

Medical & Dental Test


Hari kedua (6 Mac) kat sana, kami diarahkan untuk berkumpul di hadapan Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) untuk diperiksa tahap kesihatan kami, adakah menepati kehendak tentera atau tidak.

Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan sebab ramai sangat. Satu kumpulan buat medical dulu, satu lagi buat dental check. Gua kena buat dental check dulu. Doktor cakap gigi gua berlubang, dia suruh gua cabut kalau terpilih nanti. Gua cuma angguk je. Dalam hati, "Fuh, nasib baik bukan benda serius"

Cuak weh. Medical ni kalau tak lepas, takleh buat apa dah.

Dalam PGAT, tengah tunggu giliran

Lepas tu, gua buat medical check-up. Antara test dorang buat:
  1. Urine test
  2. Blood test
  3. Jantung (selepas buat physical training)
  4. Telinga (untuk tengok gegendang telinga, ok ke tak)
  5. Dada
  6. Tangan (bengkok ke tak)
  7. Organ kejantanan (hehe, nak tengok ada penyakit angin pasang ke tak)
  8. Tapak kaki (kalau flat, kena reject)
Peh. Memang complete dorang check, atas bawah. Dah macam nak masuk tentera ni kena sesempurna mungkin. Nasib baik tak check tahap kehenseman. Memang gua kena reject awal-awal lagi. Kehkehkeh.

Ujian hari tu memang lama, ada yang kena stay sampai petang. Nasib baik gua sampai tengahari je. Pas Zohor tu, boleh rilek, tido dalam bilik.

Mejar Abdul Hamid Bin Maarus (Pegawai Kanan *CTK-BPA) umumkan yang result untuk perubatan akan tahu pada pagi esok. Mana-mana calon yang gagal akan dihantar pulang pada esok hari. Jadi, kitorang ada masa untuk stay satu malam lagi. 

Gua berdoa supaya gua lepas.

*Cawangan Tenaga Kerja Bahagian Pemilihan Anggota

Next Entry: Ujian Bertulis

7 ulasan:

  1. Salam bro.. nak tanya, mmg kalu kaki flat automatik kena reject ke ?? Xde kompromi ?

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Bro tangan bengkok tu maksud mcam mna? Bengkok yg mcm mna?

      Padam
    2. Bro kalau wa isap suria bnyk mcmana ??

      Padam
  3. Bro. Klau gigi belubang..lps tu doktor nasihatkn cabut sbb tak ble tampal..ronggok bole masuk tak?

    BalasPadam