Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Februari 2014

Menanti hari bersejarah...

Esok, 8 Februari 2014 bakal menjadi hari bersejarah bagi gua dan juga KTD.

Untuk pertama kalinya, Istiadat Perbarisan Diraja Pentauliahan Pegawai Kadet dilaksanakan secara besar-besaran.

Hampir 300 pegawai TD akan bersama-sama kami sempena penutupan Kolej Tentera Darat. Tiada lagi intake selepas kami untuk KTD kerana selepas ini KTD akan berwajah baru dan diberi nafas baru, iaitu Akademi Tentera Darat.

Insyaallah, perbarisan pada esok hari juga mungkin atau bakal disiarkan secara langsung di kaca TV menerusi saluran RTM1.

Kepada sahabat-sahabat yang follow blog gua, boleh lah bukak channel TV1 esok.

Sabtu, 25 Januari 2014

Mess Night!

Assalam semua!

Entry kali ni gua nak share aktiviti yang gua semasa menghadiri Mess Night pertama sebagai seorang kadet.

Ini boleh dikatakan sebagai pra-Mess Night kerana ia lebih kepada pembelajaran berkenaan etika dan protokol semasa berada dalam majlis makan malam tentera ni. Majlis ini juga dinamakan majlis makan malam rejimental kerana ia penuh dengan adat dan tradisi yang diwarisi dari zaman pemerintahan British dahulu.

Untuk Mess Night sebenar, setiap pegawai diwajibkan membawa pasangan masing-masing tetapi untuk pra ni, tidak ada pasangan yang dibawa.

Mess Night ini berlangsung pada 20 Disember 2013 yang lepas, bertempat di Port Dickson Golf & Country Club (PDGCC).

Majlis Makan Malam Rejimental Pegawai Kadet Siri 28/2013





Khamis, 14 November 2013

Arabian Nite!

Heso! ^.^

Seperti yang gua maklumkan kat entry yang lalu, gua akan paparkan aktiviti Kadet KTD bersama Kadet PTD iaitu makan malam yang bertemakan Arab. Bagi yang takde pakaian bertemakan Arab, dibolehkan untuk pakai lounge suit (nak buat cane, kami dapat tau pun last minute. Yang ada jubah tu, senang lah)

Majlis ni berlangsung pada 24 Oktober di Wisma Kadet KTD. Dalam majlis ni, hanya Kompeni Ismail Nasiruddin (Komp IN) dan Kadet PTD sahaja yang terlibat (kalau Cowboy Nite tu, melibatkan semua Komp).

Bersama PK Khairrull Niszam (kiri) dan PK Firdaus Hasnol (tengah)



Rabu, 13 November 2013

Cowboy Nite!

Pada hari Ahad yang lepas iaitu pada 10 November, telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Kadet KTD dengan Kadet PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik).

Uniknya, makan malam kali ini bertemakan Cowboy selepas Arabian Night sebelum ini.

Ini merupakan majlis makan malam kedua kami dalam bulan ini bagi meraikan kedatangan Kadet PTD yang menjalani latihan intensif di KTD.

Berikut adalah gambar2 yang sempat gua 'curi' dari skot gua ;p








Next entry, gua akan paprkan gambar2 makan malam yang bertemakan Arabian Night pulak (patutnya post yang tu dulu. Ah, lantaklah)

Selasa, 12 November 2013

Bermulanya Kejohanan Tinju KTD...

Assalam dan apa khabar semua pembaca blog ini. Hari ni gua nak kongsi berkenaan aktiviti tahunan yang paling dinanti-nantikan di KTD ni - Tinju!

Tinju atau Kick Boxing ni merupakan sukan teras dalam Tentera Darat (TD). Maknanya, semua Pegawai Kadet (PK) adalah WAJIB untuk menyertainya kecuali yang disahkan Unfit oleh doktor.

So, apa yang gua nak citer kat sini, kejohanan tinju untuk intake gua dah pun bermula secara rasminya pada hari ini. Kejohanan Tinju Novis Antara Platun Kompeni Ismail Nasiruddin Kursus Pegawai Kadet Graduan Siri 28/2013 telah pun dirasmikan oleh Yang Berbahagia Lt Kol Mohd Nor Bin Kechut, selaku Timbalan Komandan KTD dengan disaksikan oleh Ketua Jurulatih, Lt Kol Marzuki Bin Mokhtar pada jam 1430 tadi.

Majlis perasmian diketuai oleh Pegawai Graduan, Kapt (Ust) Shafarif Bin Ghani selaku Pengerusi Kejohanan Tinju.

Kejohanan ini telah disertai oleh 62 PK yang mewakili platun masing-masing iaitu:

  1. Platun 1 seramai 19/23 PK
  2. Platun 2 seramai 22/24 PK
  3. Platun 3 seramai 21/23 PK 
dengan keseluruhan jumlah perlawanan adalah sebanyak 55 bouts yang dilangsungkan pada petang dan malam. Jumlah bouts pada hari ini dijangka sebanyak 16 bouts.

Sebanyak 7 kategori dipertandingkan iaitu:
  1. Fly Weight (49 kg - 52 kg)
  2. Bantam Weight (53 kg - 56 kg)
  3. Light Weight (57 kg - 60 kg)
  4. Light Welter Weight (61 kg - 64 kg)
  5. Welter Weight (65 kg - 70 kg)
  6. Light Middle Weight (71 kg - 75 kg)
  7. Middle Weight (76 kg - 81 kg)
Kejohanan ini dijangka berlangsung selama 3 hari. Untuk gambar2 kejohanan, akan gua update kemudian sebab gua masih tak dapat lagi gambar untuk kejohanan ni.