Rabu, 20 Mac 2013

J-Drama Review: Nankyoku Tairiku [2011]

Konnichiwa! Kali ni gua nak kongsi satu drama hebat dari Jepun, Nankyoku Tairiku ~Kami no Ryouiki ni Idomunda Otoko to Inu no Monogatari~ a.k.a Antarctica ~The Story of Dogs and Men Who Challenged the Field of God~  Dibarisi pelakon hebat seperti Kimura Takuya, Ayase Haruka dan lain-lain lagi.

Drama ini diangkat dari kisah yang benar-benar berlaku

Apa yang best citer ni? Bagi korang yang minat citer bertemakan kemanusiaan, memang patut korang tengok citer ni. Memang boleh buat korang mengalir air mata. Gua pernah bagi member gua tengok, episod 1 da menangis. Kuikuikui.

Sinopsis: Kisah menyentuh perasaan ini berlaku pada tahun 1956 selepas Jepun cuba bangkit dari kekalahan Perang Dunia Kedua. Rakyat Jepun dalam keadaan serba daif dan tidak bermotivasi selepas dibom oleh Amerika Syarikat dan dipandang rendah oleh dunia. Kuramochi Takeshi (Kimura Takuya) mencadangkan kepada profesornya, Shirosaki Suguru (Kyohei Shibata) supaya Jepun menyertai ekspedisi menjelajah Antartika bersama negara-negara lain bagi membuktikan Jepun juga setanding dengan mereka.

Jepun ditempatkan di kawasan penjelajahan yang sukar di Antartika yang disebut "inaccessible" iaitu tempat tersebut tidak dapat dimasuki dari luar dan dengan apa cara sekalipun.

Bermulalah penjelajahan di Antartika dengan ekspedisi pertama menghantar 53 krew dan 22 anjing. Walaubagaimanapun, untuk ekspedisi selama setahun di sana, hanya 11 krew dan 22 anjing saja yang tinggal untuk membuat kajian. Ekspedisi kedua akan datang semula selepas setahun untuk menggantikan krew pertama.

Kuromachi dan rakan-rakan tinggal selama setahun di Showa Base untuk membuat pelbagai kajian dalam bidang masing-masing dan menjelajah kawasan-kawasan baru. Pelbagai kejadian menimpa mereka. Kuromachi dan yang lain pernah sesat di dalam ribut salji dan kehabisan bekalan makanan. Mujurlah, ada anjing yang menyelamatkan mereka. Sejak itu, hubungan mereka dan anjing-anjing tersebut bertambah erat.

Setahun kemudian, krew kedua tiba untuk menggantikan krew pertama. Kuromachi telah meninggalkan buat sementara waktu 22 ekor anjing di Showa Base untuk bertemu dengan krew yang tiba.


Tiba-tiba, cuaca menjadi buruk. Ribut salji melanda dan krew kedua tidak dapat mendarat ke dataran Antartika. Pada masa itu, Kuromachi teringat yang dia mengetatkan tali kolar leher anjing-anjing tersebut sehingga dia risau jika dia tak kembali, apakah anjing-anjing tersebut dapat melepaskan diri mereka dengan sendiri?

Kuromachi memohon untuk kembali ke sana dengan pesawat Cessna tetapi dibantah kerana cuaca terlalu buruk dan kapal mereka juga tidak mempunyai minyak yang cukup. Keputusan telah dibuat, ekspedisi kali ini dibatalkan dan anjing-anjing tersebut terpaksa ditinggalkan walaupun Kuromachi tahu anjing-anjing tersebut tak dapat melepaskan diri dalam keadaan mereka yang terikat.


Cuaca buruk menyukarkan krew untuk berlabuh


Daripada mati kelaparan, Kuromachi merayu supaya sekurang-kurangya dia dapat menamatkan nyawa anjing-anjing tersebut dengan racun

Anjing yang masih terikat terpaksa ditinggalkan

Kuromachi tak dapat menahan kesedihannya

Setahun kemudian, Kuromachi kembali dengan ekspedisi ketiga. Dia cuba mencari anjing-anjing yang masih hidup. Dan, keajaiban berlaku....


Dan drama ini telah pun dijadikan filem versi omputeh berjudul Eight Below lakonan Paul Walker.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan