Ahad, 24 Mac 2013

Dream Job?

Setiap graduan yang menamatkan pengajian masing-masing; tidak kiralah lulusan sijil, diploma mahupun ijazah, pastinya setiap daripada mereka mengimpikan pekerjaan bersesuaian dengan kelulusan yang mereka miliki.

Jika graduan tersebut lulusan IT, sudah tentu mahu bekerja di bidang tersebut. Jika graduan tersebut mempunyai pengetahuan dalam Oil & Gas, sudah tentu mereka mahu bekerja di pelantar minyak atau sekurang-kurangnya mereka sebut on-shore jika tidak dapat ke off-shore sekalipun.

Begitu juga dengan gua, berkelulusan dalam bidang Kimia Makanan. Sekurang-kurangnya ingin bekerja di kilang yang membolehkan gua praktikkan apa yang gua belajar supaya ilmu yang dipelajari tidak sia-sia.

Namun begitu, bukan sahaja kesesuaian kerja dengan bidang sahaja yang dititikberatkan oleh graduan. Gaji juga hendaklah setimpal dengan kelulusan. Dan perkara inilah yang kebiasaannya menyukarkan graduan mendapatkan kerja.

Zaman sekarang ni, agak sukar untuk mendapatkan dream job. Dream job bagi gua, kerja tu gua minat, gaji tinggi dan waktu kerja pun rilek. Masuk jam 8, keluar jam 5. Ada ke kerja macam ni?



Ada tu memang la ada tapi bukan semua yang mampu untuk dapat kerja yang macam tu. Sebab tu ia dipanggil Dream Job. Jadi, ada elemen-elemen dalam dream job tadi yang harus dilihat dan dipertimbangkan sebelum memohon kerja. Mungkin korang kena pilih dan korbankan salah satu elemen tadi.
  1. Minat (kerja bersesuaian dengan bidang)
  2. Gaji yang bersesuaian dengan kelulusan
  3. Masa bekerja yang normal
Jika korang pilih no 1, ini bermakna kehidupan korang di tempat kerja sentiasa ceria dan gembira kerana korang membuat pekerjaan yang korang minat. Korang tak berkira sangat jika gaji yang diberi tidak setimpal dengan kelulusan korang kerana yang penting bagi korang, gaji tu cukup untuk keperluan asas korang dan korang dapat praktikkan apa yang korang belajar selama ni.



Bak kata member gua, "Apa yang penting kita mencari pengalaman. Aku tak nak benda aku belajar kat U tak boleh praktik. Kalau aku buat kerja yang aku suka, aku tak rasa penat kat tempat kerja dan paling penting aku tak rasa stress" 

Jika korang memilih no 2, korang akan dapat gaji yang korang idamkan tetapi kebiasaannya, gaji yang tinggi bermakna tanggungjawab korang di tempat kerja juga bertambah. Korang mungkin terpaksa mengorbankan masa korang bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Ditambah pula korang terpaksa buat beberapa tugasan yang tidak berkaitan dengan bidang korang.

Gua ada sorang member yang gajinya mencecah rm3k tapi dia terpaksa pegang sampai 3 portfolio kat dalam syarikatnya. Jika korang sanggup, silakan.

Jika korang memilih no 3, gua rasa masa bekerja yang dikatakan normal ni adalah korang tak perlu balik kerja sampai lewat malam. At least, kalau korang masuk pagi, korang dapat balik sebelum Maghrib. Malam tu untuk rest kat umah je. Biasanya goverment sector lah yang ada waktu kerja normal ni.

Gua tak pasti kalau private sector ni ada waktu kerja yang normal ke tak. Kebanyakannya takde. Kalau ada pun, Sabtu mesti kena kerja jugak. Majoriti member-member gua, memang kerja balik malam-malam. Sabtu pun kerja dan ada yang kena kerja hari Ahad. Gaji? Ada yang berbaloi dan ada yang tak berbaloi dorang kata. 

Apa-apa pun, mana-mana kerja yang korang buat, pastikan ia adalah kerja yang tak menyalahi agama. Untuk mencari dream job, memang susah bagi fresh graduate ni. Kalau korang dapat tu, bersyukurlah. Dan pada pandangan gua, dream job ni akan tiba bila korang da mencapai level tertentu dalam pekerjaan yang korang buat tu.  

Gua pernah dapat offer kerja. Gaji RM1500, takde OT, kerja Isnin-Sabtu, 8.30 pagi - 6 petang. Gua terpaksa tolak sebab gua tak nak kerja hari Sabtu. Gaji tu gua ok je untuk permulaan bagi fresh grad cam gua yang takde pape experience ni, tapi gua memang taknak keja hari Sabtu sebab gua nak luangkan masa dengan family ngan member-member gua.

p/s: Ini berdasarkan pemerhatian dan pandangan gua sahaja. Bukan berdasarkan kajian mahupun fakta. Maybe korang boleh kongsi pandangan dan pengalaman korang masa fresh grad dulu? Pape pun, don't stop dreaming and find your dream job! :)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan