Rabu, 20 Mac 2013

Warkah Kehidupan (II): Form 3

Kali ni gua nak flashback beberapa tahun ke belakang. Masa gua Form 3. 

Kalau korang tanya gua, kenangan form berapa paling manis atau tak dapat dilupakan, gua akan cakap masa gua Form 3.

Kenapa?

Sebab masa ni lah gua mengenali 'seseorang' yang akhirnya menjadi buah hati gua lepas tu. Hehe.

Itu cerita entry lain. Sebenarnya gua nak cerita perjalanan hidup gua masa Form 3 ni. Masa ni banyak mengubah hidup gua. Mungkin sudah ditakdirkan oleh-Nya yang gua berjaya menggembirakan kedua parents gua dengan result PMR gua. Ahamdulillah.

Tak perlu gua cakap berapa. Yang gua nak bagitau, gua bukan pelajar cemerlang dan tak pernah cemerlang pun sampai sekarang tapi gua berusaha untuk jadi cemerlang.

Cuma yang gua nak bagitau, rahmat dan pertolongan Allah ni tidak mengira sesiapa dan waktu. Dan gua bersyukur Allah memilih gua pada masa tu (dan seorang lagi member gua yang tak berapa cemerlang macam gua gak. Huahuahua).

Pernah gua ditanya apa rahsia dapat result macam tu. Gua cuma boleh kata, ini semua adalah pertolongan Allah. Cuma yang ingin gua kongsi, selain kita usaha dalam study, jangan dilupakan yang Allah tu ada. Peruntukkan masa kita untuk Allah.

Sebelum-semasa-selepas exam, gua amalkan solat sunat hajat. Gua mohon supaya dibantu semasa exam dan selepas exam, gua mohon supaya result gua baik, at least ada A. 

At least ada A? Ya, gua tak pernah dapat A pun dalam ujian bulanan mahupun dalam trial. Korang amalkan lah benda-benda gua cakap tu. Trust me. Dan gua juga bernazar bagi menguatkan hajat gua tu.

Then, dapat je result pada penghujung tahun tu, gua melangkah masuk naik Form 4. Gua dapat masuk kelas Sains pertama. Buah hati gua time tu kat kelas Sains kedua (sebenarnya takde beza pun, cuma pemilihan pelajar berdasarkan gred Sains dan Matematik masa PMR je).

Tak lama gua belajar kat SMK Wangsa Melawati, 26 Januari gua masuk SBP. Terpaksa lah tinggalkan buah hati kesayangan. Hehe.

Berat hati jugak masa tu tapi sebab ikut kata parents, gua kena la masuk. Lagipun, dalam family gua takde lagi yang dapat masuk SBP. Gua nak parents gua proud kat gua.

Dan 26 Januari, gua melangkah masuk ke SM Sains Alam Shah...

Next entry: Struggle di SBP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan