Rabu, 20 Mac 2013

J-Drama Review: Pride [2004]

Konnichiwa! Drama kali ni yang gua nak syorkan untuk tengok adalah Pride, lakonan Kimura Takuya, Takeuchi Yuko dan Sakaguchi Kenji.

Asyik Kimura Takuya je? Memanglah. Dah gua minat drama-drama dia berlakon. Hoho ^0^

Kimura Takuya

Sinopsis: Satonaka Halu (Kimura Takuya) adalah seorang kapten dan bintang hoki ais untuk pasukan Blue Scorpion. Dia sangat dihormati oleh rakan sepasukannya. Dia menganggap hoki ais adalah sesuatu yang serius dan paling utama dalam hidupnya sehinggakan apabila melibatkan cinta, dia menganggap semuanya hanyalah 'game' atau permainan.


Aki (Takeuchi Yuko) adalah seorang gadis pejabat yang biasa yang menanti kepulangan teman lelakinya yang hilang tanpa khabar berita selama 2 tahun. Rakan-rakan Aki mengajak Aki untuk menonton perlawanan hoki ais dan di situ dia telah bertemu Halu untuk kali pertama.

Halu dan Aki berkenalan dan setelah beberapa lama, Halu mencadangkan kepada Aki untuk bercinta secara kontrak. Sekiranya teman lelaki Aki pulang, hubungan mereka juga putus kerana bagi Halu, cinta hanyalah satu permainan. Tak lebih dari itu. Aki setuju kerana dia juga tidak pasti bila teman lelakinya akan pulang.

Teman lelaki Aki merupakan seorang arkitek dan telah mereka sebuah jambatan di tempat Aki tinggal. Di jambatan itulah, Aki setia menunggu teman lelakinya setiap hari.

Aki setia menanti di jambatan ini

Untuk permulaan, hubungan mereka tidak lebih sekadar kawan tetapi lama-kelamaan, Halu mula tertarik dengan sikap Aki. Aki juga begitu. Setelah dia berfikir panjang, dia rasakan teman lelakinya tidak akan pulang dan mengambil keputusan untuk menerima Halu.

Tiba-tiba, teman lelaki Aki pulang dan meminta Aki bertemunya di jambatan yang menjadi tempat perjanjian mereka. Apakah yang akan berlaku terhadap hubungan mereka?
Selepas 2 tahun, teman lelaki Aki pulang

Aki dalam dilema untuk memilih Halu atau Natsukawa

Lagu tema untuk drama ini adalah daripada kumpulan Queen - I was born to love you

 Pasukan Hoki Ais Blue Scorpion


Tiada ulasan:

Catat Ulasan