Ahad, 24 Mac 2013

Dream Job?

Setiap graduan yang menamatkan pengajian masing-masing; tidak kiralah lulusan sijil, diploma mahupun ijazah, pastinya setiap daripada mereka mengimpikan pekerjaan bersesuaian dengan kelulusan yang mereka miliki.

Jika graduan tersebut lulusan IT, sudah tentu mahu bekerja di bidang tersebut. Jika graduan tersebut mempunyai pengetahuan dalam Oil & Gas, sudah tentu mereka mahu bekerja di pelantar minyak atau sekurang-kurangnya mereka sebut on-shore jika tidak dapat ke off-shore sekalipun.

Begitu juga dengan gua, berkelulusan dalam bidang Kimia Makanan. Sekurang-kurangnya ingin bekerja di kilang yang membolehkan gua praktikkan apa yang gua belajar supaya ilmu yang dipelajari tidak sia-sia.

Namun begitu, bukan sahaja kesesuaian kerja dengan bidang sahaja yang dititikberatkan oleh graduan. Gaji juga hendaklah setimpal dengan kelulusan. Dan perkara inilah yang kebiasaannya menyukarkan graduan mendapatkan kerja.

Zaman sekarang ni, agak sukar untuk mendapatkan dream job. Dream job bagi gua, kerja tu gua minat, gaji tinggi dan waktu kerja pun rilek. Masuk jam 8, keluar jam 5. Ada ke kerja macam ni?



Ada tu memang la ada tapi bukan semua yang mampu untuk dapat kerja yang macam tu. Sebab tu ia dipanggil Dream Job. Jadi, ada elemen-elemen dalam dream job tadi yang harus dilihat dan dipertimbangkan sebelum memohon kerja. Mungkin korang kena pilih dan korbankan salah satu elemen tadi.
  1. Minat (kerja bersesuaian dengan bidang)
  2. Gaji yang bersesuaian dengan kelulusan
  3. Masa bekerja yang normal
Jika korang pilih no 1, ini bermakna kehidupan korang di tempat kerja sentiasa ceria dan gembira kerana korang membuat pekerjaan yang korang minat. Korang tak berkira sangat jika gaji yang diberi tidak setimpal dengan kelulusan korang kerana yang penting bagi korang, gaji tu cukup untuk keperluan asas korang dan korang dapat praktikkan apa yang korang belajar selama ni.



Bak kata member gua, "Apa yang penting kita mencari pengalaman. Aku tak nak benda aku belajar kat U tak boleh praktik. Kalau aku buat kerja yang aku suka, aku tak rasa penat kat tempat kerja dan paling penting aku tak rasa stress" 

Jika korang memilih no 2, korang akan dapat gaji yang korang idamkan tetapi kebiasaannya, gaji yang tinggi bermakna tanggungjawab korang di tempat kerja juga bertambah. Korang mungkin terpaksa mengorbankan masa korang bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Ditambah pula korang terpaksa buat beberapa tugasan yang tidak berkaitan dengan bidang korang.

Gua ada sorang member yang gajinya mencecah rm3k tapi dia terpaksa pegang sampai 3 portfolio kat dalam syarikatnya. Jika korang sanggup, silakan.

Jika korang memilih no 3, gua rasa masa bekerja yang dikatakan normal ni adalah korang tak perlu balik kerja sampai lewat malam. At least, kalau korang masuk pagi, korang dapat balik sebelum Maghrib. Malam tu untuk rest kat umah je. Biasanya goverment sector lah yang ada waktu kerja normal ni.

Gua tak pasti kalau private sector ni ada waktu kerja yang normal ke tak. Kebanyakannya takde. Kalau ada pun, Sabtu mesti kena kerja jugak. Majoriti member-member gua, memang kerja balik malam-malam. Sabtu pun kerja dan ada yang kena kerja hari Ahad. Gaji? Ada yang berbaloi dan ada yang tak berbaloi dorang kata. 

Apa-apa pun, mana-mana kerja yang korang buat, pastikan ia adalah kerja yang tak menyalahi agama. Untuk mencari dream job, memang susah bagi fresh graduate ni. Kalau korang dapat tu, bersyukurlah. Dan pada pandangan gua, dream job ni akan tiba bila korang da mencapai level tertentu dalam pekerjaan yang korang buat tu.  

Gua pernah dapat offer kerja. Gaji RM1500, takde OT, kerja Isnin-Sabtu, 8.30 pagi - 6 petang. Gua terpaksa tolak sebab gua tak nak kerja hari Sabtu. Gaji tu gua ok je untuk permulaan bagi fresh grad cam gua yang takde pape experience ni, tapi gua memang taknak keja hari Sabtu sebab gua nak luangkan masa dengan family ngan member-member gua.

p/s: Ini berdasarkan pemerhatian dan pandangan gua sahaja. Bukan berdasarkan kajian mahupun fakta. Maybe korang boleh kongsi pandangan dan pengalaman korang masa fresh grad dulu? Pape pun, don't stop dreaming and find your dream job! :)





Sabtu, 23 Mac 2013

Nak mula dari mana?

Heso! Apa khabar semua?

Seperti yang diketahui dari awal-awal post, gua masih baru dalam arena blog-ing ni. Walaupun baru, gua ada banyak benda nak share kat sini tapi disebabkan terlalu banyak nak share, gua jadi pening nak mula dari mana.

Gua prefer untuk post secara kronologi tapi kalau buat macam tu, lambat lah pulak nak sampai ke event yang berlaku pada 2013.

Haish.

Maybe gua boleh mula dengan pengalaman masa gua belajar kat MICET. Ke masa kat matrik? Ke masa praktikal?

Arh :S

p/s: Gua post semua pengalaman adalah untuk dijadikan memori gua, bukan untuk riak mahupun takabbur. Sape yang nak baca, boleh baca. Tak nak, takpe. Gua tak tau life span gua banyak mana, jadi gua seboleh-boleh nak post segala yang ada dalam kepala gua sekarang ni.

Skim Baru Pegawai Graduan ATM

Heso! Apa khabar semua? ^_^

Untuk entry kali ni gua nak kongsi sket berkenaan Skim Baru Pegawai Graduan ATM. Bermula tahun 2013, mana-mana individu yang berminat nak jadi Graduate Officer (atau pun disebut G.O.), mesti mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang yang ditentukan oleh ATM.

Kalau dulu, nak masuk kadet boleh guna SPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda tapi skim lama ni dah dimansuhkan sejajar dengan pendirian ATM nak meningkatkan taraf pegawai-pegawai mereka. Hal ini telah pun diumumkan oleh Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zulkifeli Bin Mohd Zin.

Macam gua apply hari tu, minimum CGPA 2.70. Kat bawah ni gua listkan Syarat-Syarat Permohonan Pegawai Kadet Graduan:

Syarat Kelayakan Umum

Fizikal

  • Jantina: Lelaki
  • Tinngi minimum: 1.62m
  • Berat minimum: 4.75kg
  • Body Mass Index (BMI): 18.0 - 23.0
  • Tahap Penglihatan: 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap
Umur: Tidak melebihi 27 Tahun pada 31 Dis

Syarat Kelayakan Kesihatan

Lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT)

Kelayakan Akademik

Lulus SPM ATAU kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam subjek BM (termasuk lulus ujian lisan), BI dan Math.

*Lulus Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan memperolehi CGPA 2.70 ke atas di dalam jurusan berikut:

Pegawai Tentera Darat Malaysia
  • Kejuruteraan
  1. Petroleum
  2. Nuklear
  3. Kimia
  4. Komputer
  5. Mekatronik
  • Senibina
  1. Ukur Bahan
  2. Sains Ukur & Geomatik
  3. Sains Seni Bina
  • Komputer/Teknologi Maklumat
  1. Sains (Matematik Pengkomputeran)
  2. Sains Komputer (Pengkomputeran Netsentrik)
  3. Sains Komputer (Artificial Intelligent)
  4. Sains Komputer ( Sistem & Rangkaian)
  • Pengurusan & Perniagaan
  1. Pengurusan Perkhidmatan Makanan
  2. Sains Makanan
  3. Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan
  4. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  5. Kewangan dan Pentadbiran
  6. Perakaunan
  7. Komunikasi Massa
  8. Pengangkutan dan Logistik
  9. Hotel dan Katering
  • Sains Sosial & Kemanusiaan
  1. Perhubungan Antarabangsa
  2. Sains Sukan
  3. Sains Politik
  4. Psikologi dan Kaunseling
  • Lain-lain
  1. TESL
  2. Sains Pendidikan (Fizik)
  3. Pengajian Islam
  4. Sains Statistik
  5. Undang-undang
  6. Sains Remote Sensing
  7. Sains (Teknologi Tekstil/Kejuruteraan Tekstil)
  8. Sains Gunaan (Teknologi Kimia)
Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia
  • Undang-undang
  • Seni Bina Kapal
Selebihnya, akan ditentukan melalui satu proses temuduga yang panjang. Yang tu gua ada cerita kat entry Temuduga Tentera Part 1

InsyaAllah, jika ada intake untuk tahun depan, korang yang berminat tu boleh lah apply ya? ^_^


Rabu, 20 Mac 2013

J-Drama Review: Pride [2004]

Konnichiwa! Drama kali ni yang gua nak syorkan untuk tengok adalah Pride, lakonan Kimura Takuya, Takeuchi Yuko dan Sakaguchi Kenji.

Asyik Kimura Takuya je? Memanglah. Dah gua minat drama-drama dia berlakon. Hoho ^0^

Kimura Takuya

Sinopsis: Satonaka Halu (Kimura Takuya) adalah seorang kapten dan bintang hoki ais untuk pasukan Blue Scorpion. Dia sangat dihormati oleh rakan sepasukannya. Dia menganggap hoki ais adalah sesuatu yang serius dan paling utama dalam hidupnya sehinggakan apabila melibatkan cinta, dia menganggap semuanya hanyalah 'game' atau permainan.


Aki (Takeuchi Yuko) adalah seorang gadis pejabat yang biasa yang menanti kepulangan teman lelakinya yang hilang tanpa khabar berita selama 2 tahun. Rakan-rakan Aki mengajak Aki untuk menonton perlawanan hoki ais dan di situ dia telah bertemu Halu untuk kali pertama.

Halu dan Aki berkenalan dan setelah beberapa lama, Halu mencadangkan kepada Aki untuk bercinta secara kontrak. Sekiranya teman lelaki Aki pulang, hubungan mereka juga putus kerana bagi Halu, cinta hanyalah satu permainan. Tak lebih dari itu. Aki setuju kerana dia juga tidak pasti bila teman lelakinya akan pulang.

Teman lelaki Aki merupakan seorang arkitek dan telah mereka sebuah jambatan di tempat Aki tinggal. Di jambatan itulah, Aki setia menunggu teman lelakinya setiap hari.

Aki setia menanti di jambatan ini

Untuk permulaan, hubungan mereka tidak lebih sekadar kawan tetapi lama-kelamaan, Halu mula tertarik dengan sikap Aki. Aki juga begitu. Setelah dia berfikir panjang, dia rasakan teman lelakinya tidak akan pulang dan mengambil keputusan untuk menerima Halu.

Tiba-tiba, teman lelaki Aki pulang dan meminta Aki bertemunya di jambatan yang menjadi tempat perjanjian mereka. Apakah yang akan berlaku terhadap hubungan mereka?
Selepas 2 tahun, teman lelaki Aki pulang

Aki dalam dilema untuk memilih Halu atau Natsukawa

Lagu tema untuk drama ini adalah daripada kumpulan Queen - I was born to love you

 Pasukan Hoki Ais Blue Scorpion


Warkah Kehidupan (III): Struggle di SBP

Form 4

26 Januari gua mendaftar sebagai pelajar sekolah berasrama. Ini boleh dikatakan 1st time gua akan tinggal di asrama, berjauhan dengan parents gua (jauh la sangaat, kat Bandar Tun Razak je pun).

Perasaan gua masa tu boleh gua terjemahkan sebagai mixed-feelings, bercampur-campur. Suka ada, cuak ada, nak terkencing pun ada.

Malam tu kenal-kenal dengan senior dorm. Nasib baik takde ragging-ragging ni. Sekolah gua ni tak main benda-benda cani. Kira kalau korang tanya gua pernah kena ragging ke tak, gua tak pernah rasa. Kira perkataan ragging tu takde la dalam kamus hidup gua sepanjang gua kat sana.

Hari kedua kat sana je gua dah rasa susah. Kena bangun awal gila. 5.30 pagi da kena bangun. 5.45 pagi kena ada kat surau, Subuh berjemaah. Memang gua agak tensen sebab tak biasa. Kena menunggu kat bilik air, pastu kena bersiap cepat-cepat nak ke surau... memang tekanan jugaklah.

Habis solat, semua terus gerak gi DM (Dewan Makan), sarapan. Sampai 6.30 je. Pastu kena gerak ke dataran, perhimpunan pagi mula kul 7.00 pagi. Kat bawah gua listkan serba ringkas rutin harian masa kat SBP dulu:

0700: Perhimpunan
0730: Kelas bermula
1010: Rehat
1030: Kelas disambung
1300: Solat Zohor, Lunch
1400: Prep Petang
1630: Solat Asar
1700: Riadhah (wajib turun walaupun tak riadhah, tak boleh ada dalam dorm)
1830: Dinner
1930: Solat Maghrib & Solat Sunat (Hajat/Taubat)
2000: Prep Malam
2230: Solat Isyak
2300: Supper
2330: Lights Off

Macam tu lah serba ringkas rutin harian gua kat sana. Sepanjang masa baju kena tuck-in (masuk dalam) kecuali baju melayu (mesti lah). Baju melayu wajib pakai masa prep malam.

Lumrah hidup. Tak semestinya kita selalu di atas. Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kejayaan sewaktu PMR seperti takde guna kat sini. Ujian Bulanan 1 je gua dah fail subjek Kimia. Gua dapat 16. Masuk next ujian, gua fail Add Maths. Subjek kritikal (Bio, Fizik, Kimia) dapat E.

Ditambah pula dengan gua break-up dengan buah hati kesayangan gua tu, gua telah menamatkan musim form 4 gua dengan 1D 4E dalam tangan dan masuk ke kelas terakhir sekali untuk Form 5.

Bersambung di entry seterusnya: A New Hope










Sunnah Bersiwak