Rabu, 20 Mac 2013

Temuduga Tentera: Part II

Persiapan Menghadapi Temuduga

Seperti dijanjikan, gua sambung cerita gua gi temuduga pegawai tentera. Setelah meneliti surat tawaran temuduga tu, gua dapati ada beberapa perkara yang gua kena buat sebagai persiapan.

Calon-calon dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen asal (seperti di bawah), laporan X-Ray dada dan memeriksa BMI masing-masing:

  1. I/C
  2. Sijil Kelahiran (Pemohon/Ibu Bapa)
  3. Ijazah
  4. Transkrip Akademik
  5. Sijil SPM
  6. Sijil Berhenti Sekolah
  7. Surat Akuan @ Testimonial dan sijil-sijil kokurikulum
  8. Filem & laporan X-Ray dada
  9. Surat pengesahan pengiktirafan kelayakan akademik oleh JPA (untuk IPTS)
Bagi pengiraan BMI (Body Mass Index) mestilah tidak melebihi 23.0. Cara pengiraan adalah seperti berikut:
  • Berat (kg) / Tinggi (m) / Tinggi (m)
  • Contoh: 47.5 kg / 1.62 m / 1.62 m = 18.0
Calon-calon yang tidak menyediakan dokumen di atas telah pun dinasihatkan supaya tidak menghadirkan diri ke sesi temuduga kerana jika mereka tetap menghadirkan diri, mereka akan dihantar pulang pada hari yang sama!

Gua pun check. Gua tengok gua ada semua yang kat atas tu. BMI pun cukup-cukup makan je. Ok la tu. Janji lepas.

Proses Pemilihan

Lepas da check semua yang patut, calon yang berminat untuk hadir, kena maklumkan melalui borang yang disediakan atau cuma call semula pihak Cawangan Tenaga Kerja - Bahagian Pengambilan Anggota (CPK - BPA).

Sekarang ni gua nak cerita pulak apakah proses pemilihan yang akan dilakukan kat sana nanti. Terdapat beberapa ujian yang perlu dilalui oleh setiap calon. Setiap ujian yang tak lepas, calon akan dihantar pulang pada hari tersebut. Kira macam program realiti lah jugak ni, ada penyingkiran.

Proses pemilihan dibahagikan dalam beberapa peringkat seperti berikut:
  1. Semakan Dokumen (dokumen yang kat atas tu)
  2. Pemeriksaan Perubatan/Pergigian
  3. Ujian Jasmani (larian 3.2 km di bawah 18 minit)
  4. Ujian Personaliti
  5. Ujian Kecerdasan Akal (IQ)
  6. Ujian Pengetahuan Am
  7. Ujian Merancang
  8. Ujian Pengucapan Awam (English)
  9. Temuduga Lembaga Awal
  10. Temuduga Lembaga No.3 Pemilihan Pegawai-Pegawai ATM (Tiga Khidmat)
Erk!? Public Speaking??? Ok. Serius. Antara banyak-banyak ujian kat atas tu, paling gua cuak adalah public speaking. Gua mana reti cakap BI! T_T

"Kata Graduan? Mesti power BI", bisik hati kecil gua.

Inilah persepsi yang salah. Bukan semua graduan boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Graduan tak graduan, kalau tak praktis masa belajar dulu, tak reti la jugak.

Cerita banyak tak guna, nak tak nak gua kena hadapi semua tu. Nak jadi army officer, memang kena reti cakap BI.

Dan bermulalah episod gua 'menyiapkan' diri gua untuk interview. Gua buat research, study pasal army kat website dorang. Gua baca sejarah ATM, Tentera Darat, Lt Adnan dan macam-macam lagi lah.

Gua join forum kat internet tapi tak banyak membantu sebab skim yang gua amek ni adalah skim baru. Gua akan terangkan pada post yang lain pasal skim untuk jadi pegawai tentera.

Gua juga bertanyakan pada member gua yang dah pun berkhidmat dalam Tentera; Sarjan Aznor Azis TUDM dan Lt Muda Basyir Husni TLDM pasal kehidupan masa training nanti macam mana, apa soalan akan ditanya masa interview, semua benda yang gua patut tahu, gua tanya sebab gua betul-betul nak dapat kerja ni.

Kemuncak persiapan gua, gua lari 3.2 km kat Tasik Titiwangsa. Ada la 2 kali gua pergi. 1st time gua lari, rasa nak muntah la jugak. Gua dapat buat catatan masa 15 minit ++. Kali kedua, gua catat 16 minit. Ok la tu. Janji bawah 18 minit.

Next entry: Hari Pertama


Temuduga Tentera: Part 1

Baiklah. Kali ni gua nak cerita pengalaman gua mengikuti temuduga untuk menjadi seorang pegawai tentera. Ianya bermula bila gua terlihat iklan kat FB. Masa tu gua tak terlintas pun nak apply. Tak tau kenapa. Gua siap boleh promote kat orang lain lagi kat FB tu.

Lepas tu, gua dapat panggilan telefon dari rakan perempuan gua, Nur Hanis namanya. Dia keja kat Nilai dan dia ajak gua untuk apply keja tempat dia sebab masa tu gua sorang yang tak keja lagi.

So, gua hantar resume dan gua bincang dengan parents gua. Gua kata gua nak apply kat tempat Hanis keja dan pada masa sama, gua cakap ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ada bukak Skim Pegawai Graduan untuk Tentera Darat dan Laut. Parents gua kata boleh je keja kat Nilai tapi dia suruh gua ulang-alik je. Entah kenapa, bapak gua cakap kat gua, "Kau tak nak try Pegawai Graduan tu?"

Gua terdiam dan berfikir. "Apasal gua tak nak try?"

Iklan tu dibuka pada 20 Januari 2013 sampai 4 Februari 2013. Masa gua anta application tu da masuk minggu last. Gua cakap kat tempat keja Hanis yang gua cancel interview sebab gua nak tunggu jawapan dari ATM. Gua gamble.

Prosedur permohonan Pegawai Graduan ni, pertama sekali kita kena hantar permohonan. Lepas tu, kita kena tunggu dalam masa 2 minggu dari tarikh tutup, adakah kita akan dipanggil temuduga atau tak. Kalau takde, permohonan dikira GAGAL.

Sepanjang gua tunggu tu, gua jogging hari-hari untuk kuatkan fitness gua walaupun gua tak pasti boleh dapat ke tak.

2 minggu selepas 4 Februari 2013, gua masih tak dapat jawapan. Ni kira da masuk 4 bulan gua menganggur ni. Gua mula resah.

Minggu ke-3 Februari baru gua dapat surat. Alhamdulillah. Gua dapat panggilan temuduga. Gua kena melapor diri pada 5 Mac 2013 di 2 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Boleh dikatakan gua mengambil risiko tak bekerja dekat 2 bulan sebab gua nak kuatkan fitness. Kalau gua tak dapat ni, memang gua kena cari kerja lain lah.

Tak ramai member-member gua yang tau hal ni. Sebab gua rasa malu kalau tak dapat. Tapi memang ramai antara dorang yang terkejut gua amek keputusan masuk Tentera. Antara yang terawal yang tahu, Sarjan Aznor Azis TUDM, Afiq Asnawi, Afiq Zainuri.

Memang gua terpaksa menahan telinga dengan soalan-soalan "Kerja kat mana?" "Bila nak kerja?" dari orang ramai yang bertanya tapi apa nak buat, diam je lah.

Pape pun, nantikan next entry gua: Persiapan Menghadapi Temuduga Tentera

Apa Yang Lelaki Mahu?

Gua pernah ditanya oleh rakan-rakan perempuan gua, "Apa yang lelaki nak dalam hubungan sebenarnya?"

Pada gua, lelaki cuma mahukan Kesetiaan dan Dihargai. Tak lebih dari itu.

Bila gua ajukan pada member-member lelaki gua soalan ni pun, mereka setuju iaitu apa yang mereka mahu dari teman wanita mereka adalah 2 perkara ni. Dan selalunya mereka tak dapat.

Apa yang lelaki mahu hanyalah ungkapan "terima kasih" atau sebarang ungkapan yang menunjukkan penghargaan. Itu sudah memadai walaupun lelaki terpaksa berhabis wang ringgit, bergadai nyawa dan memerah keringat untuk membuat perempuan dicintainya gembira dan bahagia.

Ada lelaki jenis yang sangat menjaga tingkahlaku teman wanita mereka. Setiap pergerakan dipantau, bimbang jika teman wanita buat perkara-perkara yang salah di sisi agama atau norma masyarakat setempat. Sebagai contoh; tak boleh keluar dengan lelaki lain, tak boleh balik lewat malam, tak boleh pergi tempat-tempat yang tak elok dan pelbagai lagi undang-undang dikenakan. Semuanya kerana sayangkan teman wanita, tak mahu terjadi perkara tidak baik sebelum melangkah ke jinjang pelamin.

Dan selalunya perempuan tak suka kerana rimas dan beranggapan teman lelaki mereka terlalu mengongkong kebebasan mereka.

Jadi, apa pula yang perempuan mahu dalam perhubungan?

Kebebasan.

J-Drama Review: Nankyoku Tairiku [2011]

Konnichiwa! Kali ni gua nak kongsi satu drama hebat dari Jepun, Nankyoku Tairiku ~Kami no Ryouiki ni Idomunda Otoko to Inu no Monogatari~ a.k.a Antarctica ~The Story of Dogs and Men Who Challenged the Field of God~  Dibarisi pelakon hebat seperti Kimura Takuya, Ayase Haruka dan lain-lain lagi.

Drama ini diangkat dari kisah yang benar-benar berlaku

Apa yang best citer ni? Bagi korang yang minat citer bertemakan kemanusiaan, memang patut korang tengok citer ni. Memang boleh buat korang mengalir air mata. Gua pernah bagi member gua tengok, episod 1 da menangis. Kuikuikui.

Sinopsis: Kisah menyentuh perasaan ini berlaku pada tahun 1956 selepas Jepun cuba bangkit dari kekalahan Perang Dunia Kedua. Rakyat Jepun dalam keadaan serba daif dan tidak bermotivasi selepas dibom oleh Amerika Syarikat dan dipandang rendah oleh dunia. Kuramochi Takeshi (Kimura Takuya) mencadangkan kepada profesornya, Shirosaki Suguru (Kyohei Shibata) supaya Jepun menyertai ekspedisi menjelajah Antartika bersama negara-negara lain bagi membuktikan Jepun juga setanding dengan mereka.

Jepun ditempatkan di kawasan penjelajahan yang sukar di Antartika yang disebut "inaccessible" iaitu tempat tersebut tidak dapat dimasuki dari luar dan dengan apa cara sekalipun.

Bermulalah penjelajahan di Antartika dengan ekspedisi pertama menghantar 53 krew dan 22 anjing. Walaubagaimanapun, untuk ekspedisi selama setahun di sana, hanya 11 krew dan 22 anjing saja yang tinggal untuk membuat kajian. Ekspedisi kedua akan datang semula selepas setahun untuk menggantikan krew pertama.

Kuromachi dan rakan-rakan tinggal selama setahun di Showa Base untuk membuat pelbagai kajian dalam bidang masing-masing dan menjelajah kawasan-kawasan baru. Pelbagai kejadian menimpa mereka. Kuromachi dan yang lain pernah sesat di dalam ribut salji dan kehabisan bekalan makanan. Mujurlah, ada anjing yang menyelamatkan mereka. Sejak itu, hubungan mereka dan anjing-anjing tersebut bertambah erat.

Setahun kemudian, krew kedua tiba untuk menggantikan krew pertama. Kuromachi telah meninggalkan buat sementara waktu 22 ekor anjing di Showa Base untuk bertemu dengan krew yang tiba.


Tiba-tiba, cuaca menjadi buruk. Ribut salji melanda dan krew kedua tidak dapat mendarat ke dataran Antartika. Pada masa itu, Kuromachi teringat yang dia mengetatkan tali kolar leher anjing-anjing tersebut sehingga dia risau jika dia tak kembali, apakah anjing-anjing tersebut dapat melepaskan diri mereka dengan sendiri?

Kuromachi memohon untuk kembali ke sana dengan pesawat Cessna tetapi dibantah kerana cuaca terlalu buruk dan kapal mereka juga tidak mempunyai minyak yang cukup. Keputusan telah dibuat, ekspedisi kali ini dibatalkan dan anjing-anjing tersebut terpaksa ditinggalkan walaupun Kuromachi tahu anjing-anjing tersebut tak dapat melepaskan diri dalam keadaan mereka yang terikat.


Cuaca buruk menyukarkan krew untuk berlabuh


Daripada mati kelaparan, Kuromachi merayu supaya sekurang-kurangya dia dapat menamatkan nyawa anjing-anjing tersebut dengan racun

Anjing yang masih terikat terpaksa ditinggalkan

Kuromachi tak dapat menahan kesedihannya

Setahun kemudian, Kuromachi kembali dengan ekspedisi ketiga. Dia cuba mencari anjing-anjing yang masih hidup. Dan, keajaiban berlaku....


Dan drama ini telah pun dijadikan filem versi omputeh berjudul Eight Below lakonan Paul Walker.


Selasa, 19 Mac 2013

Happy Tree Friends: Housemates






Review Buku: Sultan Muhammad Al-Fateh

Gua boleh kata, ini antara novel sejarah TERBAIK pernah gua baca dan antara yang menjadi faveret gua. Gua da ulang banyak kali, still tak bosan. Gua syorkan novel ini antara yang WAJIB BELI/BACA dan ada dalam koleksi korang semua.


Sinopsis dipetik dari Bookcafe.com.my:
“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.



Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.


Pendahuluan

Bab 1: Firasat Seorang Ulama

Bab 2: Lahirnya Seorang Pahlawan

Bab 3: Umpan Tidak Mengena

Bab 4: Suatu Pengajaran

Bab 5: Teruskan Perjuangan

Bab 6: Perangkap

Bab 7: Hidayah

Bab 8: Yang Benar dan yang Palsu

Bab 9: Antara Kasih dan Benci

Bab 10: Helah Sultan Murad

Bab 11: Pengintip

Bab 12: Wasiat

Bab 13: Abu Ayub al-Ansari

Bab 14: Retak Menanti Belah

Bab 15: Yang Zalim dan yang Adil

Bab 16: Helah Sultan Muhammad

Bab 17: Bukan Mungkir Janji

Bab 18: Rumeli Hisarri

Bab 19: Kota Konstantinopel

Bab 20: Sabotaj

Bab 21: Terowong Rahsia

Bab 22: Meriam Urban

Bab 23: Tentera yang Baik

Bab 24: Rakyat yang Baik

Bab 25: Siapa yang Lebih Cerdik

Bab 26: Munafik

Bab 27: Berangkat ke Medan Jihad

Bab 28: Antara Dua Pilihan

Bab 29: Serangan Demu Serangan

Bab 30: Pertempuran di Laut Marmara

Bab 31: Tanduk Emas

Bab 32: Pantai Semenanjung Fera

Bab 33: Pertemuan Sulit

Bab 34: Petunjuk

Bab 35: Kapal Belayar di Daratan

Bab 36: Di Ambang Kekalahan

Bab 37: Api Perang Terus Dinyalakan

Bab 38: Menang ataupun Syahid

Bab 39: Kota Konstantinopel Berjaya Ditawan

Bab 40: Masjid Aya Sophia

Bab 41: Mencari Makam Syuhada

Bab 42: Disambut dengan Gembira

Bab 43: Tanduk Emas Istana Topkapi

Bab 44: Pulau Khabus

Bab 45: Wasiat Seorang Penakluk

Glosari

Bibliografi