Rabu, 17 Disember 2014

I'm Back! Seriously? (Ni kali ke berapa dah)

Assalam, semua! ^~^

Gua harap kalian dalam keadaan yang sihat walafiat dan dirahmati Allah.

Awal mula pertama mula, gua nak ucap terima kasih kepada yang sudi baca blog gua yang tak seberapa ni. Nampaknya topic yang menjadi perhatian adalah berkenaan Pegawai Graduan atau G.O.

Gua banyak terima feedbacks dari korang yang berminat nak join ATM ni. Ada yang contact gua kat FB, WhatsApp.

Kedua, gua nak mohon maaf banyak2 sebab gua da lama tak online dan update blog ni. Semuanya disebabkan kekangan masa kerana terlalu sibuk di pasukan. Sehinggakan gua tak tau pun ada iklan pengambilan GO untuk tahun depan. Terima kasih lah kepada yang contact gua kat FB tu, tanya pasal GO. Tu yang gua tau.

Seterusnya, gua acah-acah piaw gi join Asas Komando. Tu salah satu sebab gua tak online. 2 bulan tanpa hubungan dengan dunia luar. Dan sekarang ni....

.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.

Gua terperap kat wad (T__T)

Nanti gua story. Semuanya disebabkan .... KOMANDO

Isnin, 11 Ogos 2014

Iklan: Pengambilan Perajurit Muda TUDM Siri 52/15

Assalam & selamat sejahtera semua! Kat bawah ni adalah iklan bagi pengambilan Perajurit Muda TUDM Siri 52/15 iaitu bagi kategori Lain-lain Pangkat (LLP).

Jadi, kepada sesiapa yang berminat, boleh la ajukan permohonana anda sebelum 24 Ogos 2014.

^_^

Memenuhi undangan perkahwinan

10.08.2014 yang lepas (semalam. haha.), gua dapat 4 jemputan ke majlis perkahwinan. Daripada 4 undangan tu, 3 je gua dapat attend. Tu pun, yang last tu gua sampai kul 8 malam. Haha. Mana tak mengamuk pengantin. Mana taknya, masa nak sama je, dari jam 1100 sampai 1600. Gua ni naik kereta je. Kalau naik kapal terbang, boleh la kot gua singgah ke semua tempat.

Apa-apa pun, layan sket gambar2 kahwin member2 gua ni.


Sebelum keluar mencari hadiah

 Di majlis perkahwinan sahabat gua, Ezzat Rasydan dan pasangan, Ilham Fitriah

Memotong kek di Laman Pengantin, Taman Melawati

Di perkahwinan Dalila dan Suhairi di Wisma LJT, Taman Melawati

Rumah terakhir gua pergi. Pengantin pun da salin baju da. Datang pun kul 815 malam. Tapi special sket la gua datang. Sebab dapat makan malam satu meja ngan pengantin. Hehe.

Pengumuman

Assalam & selamat sejahtera semua!

Baik. Ramai yang bertanya berkenaan pengambilan Pegawai Graduan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa pengambilan bagi Pegawai Graduan hanya dibuat sekali sahaja dalam setahun.

Iklan pengambilan akan disiarkan mungkin pada bulan Disember atau Januari.

Sekian.

p/s: Boleh hubungi saya di FB: Malqimi Al-Fateh untuk sebarang pertanyaan. Sebab saya jarang dapat update blog buat masa ni.

Kembali Buat Seketika...

Assalam & selamat sejahtera semua! ^_^

Alahai, lama sangat tak update blog ni. Gua rasa malu dengan diri sendiri. Haish =.=

Tapi kesibukan bila da masuk unit, macam ni lah jadinya. Takde masa nak update2 blog ni (ke tak reti nak manage masa?).

Ah, tak kisah lah. Apa-apa pun, gua akan cuba untuk update (sebenarnya #throwback) timeline sehingga Ogos 2014 ni.

Untuk permulaan, gua nak ucap tahniah di atas kenaikan pangkat CI (Chief Instructor) gua masa kat KTD dulu, Lt Kol Marzuki bin Mokhtar yang telah dinaikkan pangkat Kolonel.

Sekarang ni beliau menjawat jawatan sebagai Kolonel Operasi/Rancang Pemerintahan Wilayah Timur yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak.

Tahniah, tuan!

Kol Marzuki bin Hj Mokhtar dan isteri

Jumaat, 7 Februari 2014

Menanti hari bersejarah...

Esok, 8 Februari 2014 bakal menjadi hari bersejarah bagi gua dan juga KTD.

Untuk pertama kalinya, Istiadat Perbarisan Diraja Pentauliahan Pegawai Kadet dilaksanakan secara besar-besaran.

Hampir 300 pegawai TD akan bersama-sama kami sempena penutupan Kolej Tentera Darat. Tiada lagi intake selepas kami untuk KTD kerana selepas ini KTD akan berwajah baru dan diberi nafas baru, iaitu Akademi Tentera Darat.

Insyaallah, perbarisan pada esok hari juga mungkin atau bakal disiarkan secara langsung di kaca TV menerusi saluran RTM1.

Kepada sahabat-sahabat yang follow blog gua, boleh lah bukak channel TV1 esok.