Jumaat, 7 Februari 2014

Menanti hari bersejarah...

Esok, 8 Februari 2014 bakal menjadi hari bersejarah bagi gua dan juga KTD.

Untuk pertama kalinya, Istiadat Perbarisan Diraja Pentauliahan Pegawai Kadet dilaksanakan secara besar-besaran.

Hampir 300 pegawai TD akan bersama-sama kami sempena penutupan Kolej Tentera Darat. Tiada lagi intake selepas kami untuk KTD kerana selepas ini KTD akan berwajah baru dan diberi nafas baru, iaitu Akademi Tentera Darat.

Insyaallah, perbarisan pada esok hari juga mungkin atau bakal disiarkan secara langsung di kaca TV menerusi saluran RTM1.

Kepada sahabat-sahabat yang follow blog gua, boleh lah bukak channel TV1 esok.

Sabtu, 25 Januari 2014

Loving a Military Man ...

Without I realize. it has been 2 years and 6 months since you left me...

Don't ask how I've spent the days without you...

I don't understand myself...

Why I'm still in love with you...?




Tentera... Pekerjaan Paling Stress??


Mess Night!

Assalam semua!

Entry kali ni gua nak share aktiviti yang gua semasa menghadiri Mess Night pertama sebagai seorang kadet.

Ini boleh dikatakan sebagai pra-Mess Night kerana ia lebih kepada pembelajaran berkenaan etika dan protokol semasa berada dalam majlis makan malam tentera ni. Majlis ini juga dinamakan majlis makan malam rejimental kerana ia penuh dengan adat dan tradisi yang diwarisi dari zaman pemerintahan British dahulu.

Untuk Mess Night sebenar, setiap pegawai diwajibkan membawa pasangan masing-masing tetapi untuk pra ni, tidak ada pasangan yang dibawa.

Mess Night ini berlangsung pada 20 Disember 2013 yang lepas, bertempat di Port Dickson Golf & Country Club (PDGCC).

Majlis Makan Malam Rejimental Pegawai Kadet Siri 28/2013





Ditunda lagi???

Pada awalnya, latihan gua yang bermula pada 8 April 2013 (tarikh gua angkat sumpah) sepatutnya berakhir pada 11 Januari yang lalu tetapi ditunda pada 25 Januari 2014.

Dan yang terbaru, ianya ditunda lagi ke tarikh yang baru iaitu pada 8 Februari 2014.

Arhh... gua dah fed up nak kawad ni. Da sebulan lebih dah gua berkawad untuk tauliah ni -_-"

Iklan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2014

Assalam semua!

Saya pasti para pengunjung blog ini telah menanti dengan penuh sabar bilakah iklan pengambilan terbaru akan dikeluarkan.

Di sini, ada berita baik bagi yang ingin memohon untuk menjadi Pegawai Tentera bagi lepasan graduan untuk tahun ini.







Saya mengucapkan selamat berjaya bagi yang memohon! ^_^