Sabtu, 6 April 2013

Tentera Naik Gaji

Waktu  PM Najib umum pasal kenaikan gaji ni, gua masa tu still dalam sesi pemilihan. Kalau tak silap, masa tu hari ketiga gua kat sana.

Gua takleh online kat sana. Ada member-member kat sana yang online guna fon, bagitau la pasal gaji tentera naik. Kata dorang, naik mendadak. Gaji Lt Muda jadi gaji Kapten.

Gua tak rasa teruja sangat dengan sistem gaji baru ni sebab masa tu gua tak terpilih pun lagi. Untuk apa gua nak rasa seronok? Untuk dijadikan motivasi dan dorongan untuk pemilihan nanti, boleh lah.

Gua akui, memang banyak kenaikan tu sebab bapak gua tentera. So, gua memang tau berapa gaji-gaji setiap pangkat tu. 

Pape pun, syukur pada Allah kerana orang awam mula membuka mata dengan pekerjaan Tentera ni dan profesion ni bukan lagi menjadi pilihan kedua sebaliknya pilihan pertama.


Cuma yang tak bestnya, bila gua da terpilih untuk ke latihan, orang cakap kat gua:

"Kau masuk Tentera ni mesti sebab hari tu naik gaji kan?"

-_-"

Khamis, 4 April 2013

Temuduga Tentera: Part V

Penyingkiran


7 Mac (Khamis). Dah masuk hari ketiga kat sini. Gua meneruskan rutin biasa. Bangun jam 0530. Mandi dan bersiap untuk solat Subuh berjemaah. Jam 0630 kami akan berkumpul dalam satu skuad, seterusnya bergerak ke Cook House untuk sarapan pagi.

Pagi tu gua berdebar-debar. Gua takut dengan result untuk medical semalam. Macam-macam bermain dalam fikiran gua.

"Kalau tak lepas macam mana? Rugi la jugak buat fitness tapi tak sempat nak test power"

Gua berdoa pada Allah supaya gua dapat bertahan sampai temuduga akhir. Kalau tak lepas medical, takleh buat ujian seterusnya yang masih banyak lagi menanti.

Gua sarapan. Jam 0730 akan berkumpul di Dewan Congo untuk Ujian Bertulis.

0730. Kitorang berkumpul di hadapan Dewan Congo. Arahan buka barisan diberikan oleh IC Skot. Bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku dijalankan. 

Selesai semua, kitorang diarahkan masuk ke dewan dan tunggu arahan selanjutnya. Kitorang diminta untuk tunggu result perubatan semalam. 

Setelah hampir 1 jam menunggu, nama-nama calon yang gagal dipanggil. Alhamdulillah. Gua lepas. Jam 0930, ujian bertulis dimulakan.


Ujian Bertulis

Ujian bertulis merangkumi 4 kertas soalan iaitu:
  1. Ujian Pengetahuan Am
  2. Ujian Kecerdasan Akal (IQ)
  3. Ujian Perancangan
  4. Ujian Personaliti

Ujian Pengetahuan Am

Jam 0930, kertas Pengetahuan Am dimulakan. Masa diberi cuma 45 minit. Kertas soalan dibahagikan kepada 4 bahagian:

  • Bahagian A: Pengetahuan Am ATM
  • Bahagian B: Pengetahuan Am Malaysia
  • Bahagian C: Pengetahuan Am Dunia dan Serantau
  • Bahagian D: Pengetahuan Am Sukan, Sains & Teknologi
Tamat ujian, kitorang berhenti untuk minum pagi pada jam 1015.


Ujian Kecerdasan Akal (IQ)

Jam 1050, Ujian IQ dimulakan. Serius gua cakap. Gua memang terkial-kial nak jawab soalan-soalan IQ ni sebab soalan semua berkenaan logik akal. Masa yang diberi satu jam. Gua tengok ada sorang dua abes awal.

Abes ujian, terus masuk ujian seterusnya: Ujian Perancangan. Ujian ni akan dijalankan selepas lunch dan solat Zohor.

Ujian Perancangan

Jam 1430, ujian dimulakan. Ujian Perancangan ni memerlukan calon untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Macam KBKK jugak la. Calon perlu membayangkan diri calon sudah pun bergelar Lt Muda dan perlu melaksanakan tugasan yang diberikan oleh CO (Commanding Officer).

Soalan yang gua dapat masa tu, gua kena conduct latihan menembak dan perkhemahan hutan untuk budak-budak PKBM. Pastu, gua kena plan berapa banyak peluru nak kena guna, berapa lama masa latihan tu, berapa banyak makanan kena bawak untuk camping 3 hari 2 malam, berapa trak nak kena guna untuk angkut budak-budak tu.

Gua orang 2nd last keluar dewan sebab gua tak faham soalan T_T

Ujian Personaliti

Yang ni takde apa sangat, cuma nak tengok kecenderungan personaliti calon sahaja. Abes ujian, kitorang gi solat Asat, salin baju sukan. Petang tu ada latihan untuk larian 3.2 km nanti.

Malam, tidak ada aktiviti. Bebas. Gua amek peluang untuk call abah gua, member-member yang tau gua gi pemilihan ni. Update kat dorang. Esok tu kitorang akan ada ujian larian 3.2 km bawah 18 minit.

Next entry: Larian 3.2 km

Rabu, 3 April 2013

Iklan Pengambilan Perajurit Muda 2013

Sekarang ni ada iklan dibuka untuk pengambilan Perajurit Muda. Korang rasa korang berani dan layak? Cepatlah mohon!

1. Perajurit Muda Tentera Darat (Lelaki/Wanita)
Tarikh Tutup : 27/05/2013

Klik sini


Temuduga Tentera: Part IV

Medical & Dental Test


Hari kedua (6 Mac) kat sana, kami diarahkan untuk berkumpul di hadapan Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) untuk diperiksa tahap kesihatan kami, adakah menepati kehendak tentera atau tidak.

Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan sebab ramai sangat. Satu kumpulan buat medical dulu, satu lagi buat dental check. Gua kena buat dental check dulu. Doktor cakap gigi gua berlubang, dia suruh gua cabut kalau terpilih nanti. Gua cuma angguk je. Dalam hati, "Fuh, nasib baik bukan benda serius"

Cuak weh. Medical ni kalau tak lepas, takleh buat apa dah.

Dalam PGAT, tengah tunggu giliran

Lepas tu, gua buat medical check-up. Antara test dorang buat:
  1. Urine test
  2. Blood test
  3. Jantung (selepas buat physical training)
  4. Telinga (untuk tengok gegendang telinga, ok ke tak)
  5. Dada
  6. Tangan (bengkok ke tak)
  7. Organ kejantanan (hehe, nak tengok ada penyakit angin pasang ke tak)
  8. Tapak kaki (kalau flat, kena reject)
Peh. Memang complete dorang check, atas bawah. Dah macam nak masuk tentera ni kena sesempurna mungkin. Nasib baik tak check tahap kehenseman. Memang gua kena reject awal-awal lagi. Kehkehkeh.

Ujian hari tu memang lama, ada yang kena stay sampai petang. Nasib baik gua sampai tengahari je. Pas Zohor tu, boleh rilek, tido dalam bilik.

Mejar Abdul Hamid Bin Maarus (Pegawai Kanan *CTK-BPA) umumkan yang result untuk perubatan akan tahu pada pagi esok. Mana-mana calon yang gagal akan dihantar pulang pada esok hari. Jadi, kitorang ada masa untuk stay satu malam lagi. 

Gua berdoa supaya gua lepas.

*Cawangan Tenaga Kerja Bahagian Pemilihan Anggota

Next Entry: Ujian Bertulis

Jom Potong Kuku Ikut Sunnah!

Sunnah memotong kuku kerana memotong kuku itu sendiri adalah sunnah, dan memotongnya dimulai dengan yang kanan, dikiaskan kepada sunnah Nabi SAW yang memulakan sesuatu perbuatan dimulai dengan kanan.


Menurut pendapat Imam Nawawi:

Mulakan dengan tangan kanan, kemudian dahulukan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking, kemudian memotong kuku ibu jari; habis potong kesemua kuku di tangan kanan. 

Kemudian potonglah kuku tangan kiri, dimulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - seterusnya ibu jari tangan kiri - complete. 

Menurut pendapat Imam Ghazali:

Mulakan dengan tangan kanan. 
Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking. Kemudian terus berpindah ke tangan kiri, mulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - ibu jari tangan kiri - kemudian balik semula ke tangan kanan dan potong kuku ibu jari kanan.


Pendapat Imam Ahmad pula (tiada dalam gambar) agak rumit sedikit untuk diikuti tapi sangat mujarab kerana sabit kepada satu hadith Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yg memotong kukunya secara 'mukholifan' tidak akan diserang penyakit mata." (Boleh rujuk dalam kitab Kitab Al-Mughni)

'Mukholifan' bermakna tertib-tertib seperti yang ditunjukkan..

Menurut Imam Ahmad:

Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk. 

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga. 

Ini bermakna kaedah ini perlu dilakukan secara berselang-seli. Bacalah dua tiga kali supaya faham sambil amalkan.

Wallahualam..
Mudah-mudahan bermanfaat... :) 

Dipetik dari FB Ustaz Don Daniyal

Selasa, 2 April 2013

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan April 2013


Apa Itu Nikah Gantung?


Hari ni gua jumpa satu artikel menarik kat FB. Ianya berkenaan nikah gantung. "NIKAH GANTUNG: PAS lancar kempen, minta kerajaan laksana 4 perkara elak buang bayi"
  1. Beri Peruntukan kepada pasangan muda yang ingin kahwin
  2. Beri insentif sebagai galakan kahwin
  3. Kurangkan karenah birokrasi
  4. Kursus kahwin percuma
Sejujurnya, gua sangat setuju dengan cadangan untuk dilaksanakan nikah gantung ni. Daripada anak-anak muda keluar dating tanpa apa-apa ikatan, lebih baik kahwin. Atleast, bila dorang dating tu dapat pahala, pegang tangan dapat pahala, cakap sayang-sayang pun dapat pahala.

Kat bawah ni gua copy dari wall seorang hamba Allah di FB. Semoga bermanfaat.


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar. Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.