Penyingkiran
7 Mac (Khamis). Dah masuk hari ketiga kat sini. Gua meneruskan rutin biasa. Bangun jam 0530. Mandi dan bersiap untuk solat Subuh berjemaah. Jam 0630 kami akan berkumpul dalam satu skuad, seterusnya bergerak ke Cook House untuk sarapan pagi.
Pagi tu gua berdebar-debar. Gua takut dengan result untuk medical semalam. Macam-macam bermain dalam fikiran gua.
"Kalau tak lepas macam mana? Rugi la jugak buat fitness tapi tak sempat nak test power"
Gua berdoa pada Allah supaya gua dapat bertahan sampai temuduga akhir. Kalau tak lepas medical, takleh buat ujian seterusnya yang masih banyak lagi menanti.
Gua sarapan. Jam 0730 akan berkumpul di Dewan Congo untuk Ujian Bertulis.
0730. Kitorang berkumpul di hadapan Dewan Congo. Arahan buka barisan diberikan oleh IC Skot. Bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku dijalankan.
Selesai semua, kitorang diarahkan masuk ke dewan dan tunggu arahan selanjutnya. Kitorang diminta untuk tunggu result perubatan semalam.
Setelah hampir 1 jam menunggu, nama-nama calon yang gagal dipanggil. Alhamdulillah. Gua lepas. Jam 0930, ujian bertulis dimulakan.
Ujian Bertulis
Ujian bertulis merangkumi 4 kertas soalan iaitu:
- Ujian Pengetahuan Am
- Ujian Kecerdasan Akal (IQ)
- Ujian Perancangan
- Ujian Personaliti
Ujian Pengetahuan Am
Jam 0930, kertas Pengetahuan Am dimulakan. Masa diberi cuma 45 minit. Kertas soalan dibahagikan kepada 4 bahagian:
- Bahagian A: Pengetahuan Am ATM
- Bahagian B: Pengetahuan Am Malaysia
- Bahagian C: Pengetahuan Am Dunia dan Serantau
- Bahagian D: Pengetahuan Am Sukan, Sains & Teknologi
Tamat ujian, kitorang berhenti untuk minum pagi pada jam 1015.
Ujian Kecerdasan Akal (IQ)
Jam 1050, Ujian IQ dimulakan. Serius gua cakap. Gua memang terkial-kial nak jawab soalan-soalan IQ ni sebab soalan semua berkenaan logik akal. Masa yang diberi satu jam. Gua tengok ada sorang dua abes awal.
Abes ujian, terus masuk ujian seterusnya: Ujian Perancangan. Ujian ni akan dijalankan selepas lunch dan solat Zohor.
Ujian Perancangan
Jam 1430, ujian dimulakan. Ujian Perancangan ni memerlukan calon untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Macam KBKK jugak la. Calon perlu membayangkan diri calon sudah pun bergelar Lt Muda dan perlu melaksanakan tugasan yang diberikan oleh CO (Commanding Officer).
Soalan yang gua dapat masa tu, gua kena conduct latihan menembak dan perkhemahan hutan untuk budak-budak PKBM. Pastu, gua kena plan berapa banyak peluru nak kena guna, berapa lama masa latihan tu, berapa banyak makanan kena bawak untuk camping 3 hari 2 malam, berapa trak nak kena guna untuk angkut budak-budak tu.
Gua orang 2nd last keluar dewan sebab gua tak faham soalan T_T
Ujian Personaliti
Yang ni takde apa sangat, cuma nak tengok kecenderungan personaliti calon sahaja. Abes ujian, kitorang gi solat Asat, salin baju sukan. Petang tu ada latihan untuk larian 3.2 km nanti.
Malam, tidak ada aktiviti. Bebas. Gua amek peluang untuk
call abah gua, member-member yang tau gua gi pemilihan ni.
Update kat dorang. Esok tu kitorang akan ada ujian larian 3.2 km bawah 18 minit.
Next entry: Larian 3.2 km