Sabtu, 29 Jun 2013

Kuliah Ustaz Azhar Idrus

29 Jun 2013 (Sabtu)



SALAM SEJAHTERA SEMUA..

ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..
Insyallah dengan izin dan rahmatNYA , masjid AL RIDHUAN , HULU KELANG akan menganjurkan RALLi ILMU 3 , KHATAM QURAN & TAHLIL PERDANA pada hari SABTU , 29 JUN 2013.

Satu hari penuh pengisian ilmiah , dari Qiyamullai , kuliah Subuh , Kuliah Dhuha 1 & 2 , kuliah Zohor , Forum Perdana Asar & kuliah Perdana Isyak - U.Badrulamin , U.Hanafiah, Ust Norhafizah, U.Dr.Zulkifli Al Bakri, U.Dato Ismail Kamus, U.Harryanto, U.Hasli Bollywood, Suadara Amin Idriz & U.Azhar Idrus.

Majlis juga akan diselitkan dengan Majlis KHATAM Quran bersama dengan 500 anak anak Tahfiz sekitar Selangor selepas solat ZOHOR , semua jemaah dijemput bersama sama didalam acara ini.
Masjid menyediakan tempahan air Mineral 1.5L yang dibacakan dengan 30 Juzuk Al Quran dengan harga RM5 sebotol. Untuk tempahan sila hubungi :
Aziz - 019 394 9376
Mahmud - 019 243 9599
Nazri - 013 209 6890

Juga akan diadakan Majlis Tahlil Perdana bersama kesemua jemaah yang hadir selepas solat Maghrib yang akan diterajui oleh Ustaz Haslin Bahrin. Untuk menyertai Majlis Tahlil Perdana ini ( sedikit sumbangan utk arwah tersayang ) , sila hubungi :
Asyraff - 012 690 2948
Ikhwan - 012 975 2660
Shukor - 010 766 7434

Untuk makluman , akan terdapat gerai gerai penjaja sepanjang masa program. Sekiranya ada diantara jemaaa yg berhajat untuk BERIKTIKAF sepanjang hari di masjid, INSYAALLAH tiada masalah untuk mendapat makanan / minuman.

Akhir kata , saya mohon sedikit doa dari teman teman agr program ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dariNYA. Sekiranya tuan tuan ingin mencetak poster atau baner ini untuk tujuan mempromosikan program ini , AMAT AMAT DIALU ALUKAN.. semoga TUAN /PUAN akan mendapat sedikit 'hasil' sekiranya ada jemaah yang datang disabitkan promosi / usaha TUAN / PUAN.

Jazakallah .. servent of ALLAH..

Di pohon juga agar dapa dipanjang dan dihebahkan program ini.

30 Jun 2013 (Ahad)


Event ini berbentuk Forum... selain UAI (panel 1) turut sama adalah Ustaz Haslin (panel 2) dan Ustaz Syed Norhisham (moderator).

Sebelum dari itu, persembahan qasidah dan nasyid turut sama di adakan

After 3 Months...

Assalam semua! ^_^

Sedar tak sedar, gua dah 3 bulan menjalani latihan kat KTD ni. Ternyata, masa kat dalam tu berlalu dengan lebih pantas berbanding kat luar ni.

Dan selama masa tu jugaklah gua tak update blog gua ni. Hari tu gua dapat balik cuti sempena PRU, tapi gua takde kesempatan nak update. Memang rushing masa tu.

Nak update kat sana, gua tak bawak broadband. Kalau bawak pun, mana la sempat gua nak online kat sana. Hoho.

Alhamdulillah, gua dan yang lain dapat weekend untuk pertama kali. Nasib baik la dapat CI (Chief Instructor) yang baik dan memahami ^_^

Ada kesempatan, gua akan upload gambar-gambar sepanjang gua kat sana.

Sistem Pangkat Tentera Darat Malaysia

Untuk entry kali ni, gua nak citer sket tentang sistem pangkat yang ada dalam Tentera Darat Malaysia (TDM). 

Seperti yang korang semua tahu, antara keunikan profesion tentera ni, mereka mengamalkan sistem pangkat dalam pekerjaan mereka, tidak seperti kakitangan kerajaan yang lain.

Bagi yang menyertai latihan rekrut atau perajurit muda, mereka akan passing out sebagai Prebet (Pbt) atau Private dalam English manakala bagi yang menyertai latihan pegawai kadet, mereka akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Lt Muda).

Syarat Kemasukan

Syarat terbaru untuk menyertai Perajurit Muda, calon mestilah mempunyai SPM atau Diploma. Gua tak ingat kena kredit apa dan lulus apa untuk SPM tu. Nanti gua check balik. Sebab taraf tentera sekarang dah tinggi. Dulu nak masuk rekrut ni, ada PMR pun takpe. Untuk tahun ni, ianya dah pun dimansuhkan.

Sistem Pangkat Tentera Darat

Manakala bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pegawai, skim yang ada cuma 2 sahaja sekarang:

  1. Pegawai Kadet UPNM - masuk dengan keputusan SPM dan lulus temuduga
  2. Pegawai Kadet Graduan - masuk dengan ijazah kepujian dan lulus temuduga
Kalau dulu ada skim Pegawai Kadet lepasan SPM. Training 18 bulan + dapat Diploma Pengurusan dari OUM. Tapi skim ni dah dimansuhkan.

Dan bermula tahun 2013 juga, sesiapa yang nak masuk skim Pegawai Kadet Graduan hendaklah mempunyai Ijazah dengan Kepujian berserta CGPA yang baik.

Tempoh Latihan
  1. Perajurit Muda - latihan ketenteraan selama 6 bulan
  2. Pegawai Kadet UPNM - latihan ketenteraan dan akademik selama 5 tahun iaitu 1 tahun (asasi) + 4 tahun (ijazah)
  3. Pegawai Kadet Graduan - latihan ketenteraan selama 9 bulan di Kolej Tentera Darat 
Untuk entry akan datang, gua akan citer serba sedikit pangkat dalam Tentera Laut ngan Tentera Udara. Ada kelainan sket berbanding TDM ni :)

Sabtu, 6 April 2013

Tentera Naik Gaji

Waktu  PM Najib umum pasal kenaikan gaji ni, gua masa tu still dalam sesi pemilihan. Kalau tak silap, masa tu hari ketiga gua kat sana.

Gua takleh online kat sana. Ada member-member kat sana yang online guna fon, bagitau la pasal gaji tentera naik. Kata dorang, naik mendadak. Gaji Lt Muda jadi gaji Kapten.

Gua tak rasa teruja sangat dengan sistem gaji baru ni sebab masa tu gua tak terpilih pun lagi. Untuk apa gua nak rasa seronok? Untuk dijadikan motivasi dan dorongan untuk pemilihan nanti, boleh lah.

Gua akui, memang banyak kenaikan tu sebab bapak gua tentera. So, gua memang tau berapa gaji-gaji setiap pangkat tu. 

Pape pun, syukur pada Allah kerana orang awam mula membuka mata dengan pekerjaan Tentera ni dan profesion ni bukan lagi menjadi pilihan kedua sebaliknya pilihan pertama.


Cuma yang tak bestnya, bila gua da terpilih untuk ke latihan, orang cakap kat gua:

"Kau masuk Tentera ni mesti sebab hari tu naik gaji kan?"

-_-"

Khamis, 4 April 2013

Temuduga Tentera: Part V

Penyingkiran


7 Mac (Khamis). Dah masuk hari ketiga kat sini. Gua meneruskan rutin biasa. Bangun jam 0530. Mandi dan bersiap untuk solat Subuh berjemaah. Jam 0630 kami akan berkumpul dalam satu skuad, seterusnya bergerak ke Cook House untuk sarapan pagi.

Pagi tu gua berdebar-debar. Gua takut dengan result untuk medical semalam. Macam-macam bermain dalam fikiran gua.

"Kalau tak lepas macam mana? Rugi la jugak buat fitness tapi tak sempat nak test power"

Gua berdoa pada Allah supaya gua dapat bertahan sampai temuduga akhir. Kalau tak lepas medical, takleh buat ujian seterusnya yang masih banyak lagi menanti.

Gua sarapan. Jam 0730 akan berkumpul di Dewan Congo untuk Ujian Bertulis.

0730. Kitorang berkumpul di hadapan Dewan Congo. Arahan buka barisan diberikan oleh IC Skot. Bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku dijalankan. 

Selesai semua, kitorang diarahkan masuk ke dewan dan tunggu arahan selanjutnya. Kitorang diminta untuk tunggu result perubatan semalam. 

Setelah hampir 1 jam menunggu, nama-nama calon yang gagal dipanggil. Alhamdulillah. Gua lepas. Jam 0930, ujian bertulis dimulakan.


Ujian Bertulis

Ujian bertulis merangkumi 4 kertas soalan iaitu:
  1. Ujian Pengetahuan Am
  2. Ujian Kecerdasan Akal (IQ)
  3. Ujian Perancangan
  4. Ujian Personaliti

Ujian Pengetahuan Am

Jam 0930, kertas Pengetahuan Am dimulakan. Masa diberi cuma 45 minit. Kertas soalan dibahagikan kepada 4 bahagian:

  • Bahagian A: Pengetahuan Am ATM
  • Bahagian B: Pengetahuan Am Malaysia
  • Bahagian C: Pengetahuan Am Dunia dan Serantau
  • Bahagian D: Pengetahuan Am Sukan, Sains & Teknologi
Tamat ujian, kitorang berhenti untuk minum pagi pada jam 1015.


Ujian Kecerdasan Akal (IQ)

Jam 1050, Ujian IQ dimulakan. Serius gua cakap. Gua memang terkial-kial nak jawab soalan-soalan IQ ni sebab soalan semua berkenaan logik akal. Masa yang diberi satu jam. Gua tengok ada sorang dua abes awal.

Abes ujian, terus masuk ujian seterusnya: Ujian Perancangan. Ujian ni akan dijalankan selepas lunch dan solat Zohor.

Ujian Perancangan

Jam 1430, ujian dimulakan. Ujian Perancangan ni memerlukan calon untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Macam KBKK jugak la. Calon perlu membayangkan diri calon sudah pun bergelar Lt Muda dan perlu melaksanakan tugasan yang diberikan oleh CO (Commanding Officer).

Soalan yang gua dapat masa tu, gua kena conduct latihan menembak dan perkhemahan hutan untuk budak-budak PKBM. Pastu, gua kena plan berapa banyak peluru nak kena guna, berapa lama masa latihan tu, berapa banyak makanan kena bawak untuk camping 3 hari 2 malam, berapa trak nak kena guna untuk angkut budak-budak tu.

Gua orang 2nd last keluar dewan sebab gua tak faham soalan T_T

Ujian Personaliti

Yang ni takde apa sangat, cuma nak tengok kecenderungan personaliti calon sahaja. Abes ujian, kitorang gi solat Asat, salin baju sukan. Petang tu ada latihan untuk larian 3.2 km nanti.

Malam, tidak ada aktiviti. Bebas. Gua amek peluang untuk call abah gua, member-member yang tau gua gi pemilihan ni. Update kat dorang. Esok tu kitorang akan ada ujian larian 3.2 km bawah 18 minit.

Next entry: Larian 3.2 km

Rabu, 3 April 2013

Iklan Pengambilan Perajurit Muda 2013

Sekarang ni ada iklan dibuka untuk pengambilan Perajurit Muda. Korang rasa korang berani dan layak? Cepatlah mohon!

1. Perajurit Muda Tentera Darat (Lelaki/Wanita)
Tarikh Tutup : 27/05/2013

Klik sini


Temuduga Tentera: Part IV

Medical & Dental Test


Hari kedua (6 Mac) kat sana, kami diarahkan untuk berkumpul di hadapan Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) untuk diperiksa tahap kesihatan kami, adakah menepati kehendak tentera atau tidak.

Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan sebab ramai sangat. Satu kumpulan buat medical dulu, satu lagi buat dental check. Gua kena buat dental check dulu. Doktor cakap gigi gua berlubang, dia suruh gua cabut kalau terpilih nanti. Gua cuma angguk je. Dalam hati, "Fuh, nasib baik bukan benda serius"

Cuak weh. Medical ni kalau tak lepas, takleh buat apa dah.

Dalam PGAT, tengah tunggu giliran

Lepas tu, gua buat medical check-up. Antara test dorang buat:
  1. Urine test
  2. Blood test
  3. Jantung (selepas buat physical training)
  4. Telinga (untuk tengok gegendang telinga, ok ke tak)
  5. Dada
  6. Tangan (bengkok ke tak)
  7. Organ kejantanan (hehe, nak tengok ada penyakit angin pasang ke tak)
  8. Tapak kaki (kalau flat, kena reject)
Peh. Memang complete dorang check, atas bawah. Dah macam nak masuk tentera ni kena sesempurna mungkin. Nasib baik tak check tahap kehenseman. Memang gua kena reject awal-awal lagi. Kehkehkeh.

Ujian hari tu memang lama, ada yang kena stay sampai petang. Nasib baik gua sampai tengahari je. Pas Zohor tu, boleh rilek, tido dalam bilik.

Mejar Abdul Hamid Bin Maarus (Pegawai Kanan *CTK-BPA) umumkan yang result untuk perubatan akan tahu pada pagi esok. Mana-mana calon yang gagal akan dihantar pulang pada esok hari. Jadi, kitorang ada masa untuk stay satu malam lagi. 

Gua berdoa supaya gua lepas.

*Cawangan Tenaga Kerja Bahagian Pemilihan Anggota

Next Entry: Ujian Bertulis