Untuk entry kali ni, gua nak citer sket tentang sistem pangkat yang ada dalam Tentera Darat Malaysia (TDM).
Seperti yang korang semua tahu, antara keunikan profesion tentera ni, mereka mengamalkan sistem pangkat dalam pekerjaan mereka, tidak seperti kakitangan kerajaan yang lain.
Bagi yang menyertai latihan rekrut atau perajurit muda, mereka akan passing out sebagai Prebet (Pbt) atau Private dalam English manakala bagi yang menyertai latihan pegawai kadet, mereka akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Lt Muda).
Syarat Kemasukan
Syarat terbaru untuk menyertai Perajurit Muda, calon mestilah mempunyai SPM atau Diploma. Gua tak ingat kena kredit apa dan lulus apa untuk SPM tu. Nanti gua check balik. Sebab taraf tentera sekarang dah tinggi. Dulu nak masuk rekrut ni, ada PMR pun takpe. Untuk tahun ni, ianya dah pun dimansuhkan.
Sistem Pangkat Tentera Darat
- Pegawai Kadet UPNM - masuk dengan keputusan SPM dan lulus temuduga
- Pegawai Kadet Graduan - masuk dengan ijazah kepujian dan lulus temuduga
Kalau dulu ada skim Pegawai Kadet lepasan SPM. Training 18 bulan + dapat Diploma Pengurusan dari OUM. Tapi skim ni dah dimansuhkan.
Dan bermula tahun 2013 juga, sesiapa yang nak masuk skim Pegawai Kadet Graduan hendaklah mempunyai Ijazah dengan Kepujian berserta CGPA yang baik.
Tempoh Latihan
- Perajurit Muda - latihan ketenteraan selama 6 bulan
- Pegawai Kadet UPNM - latihan ketenteraan dan akademik selama 5 tahun iaitu 1 tahun (asasi) + 4 tahun (ijazah)
- Pegawai Kadet Graduan - latihan ketenteraan selama 9 bulan di Kolej Tentera Darat
Untuk entry akan datang, gua akan citer serba sedikit pangkat dalam Tentera Laut ngan Tentera Udara. Ada kelainan sket berbanding TDM ni :)
Macam mana nak apply for Parajurit Muda???
BalasPadamujian pengucapan awam bm n bi ada tips ? sya nak interview hujung bulan ni.
BalasPadamSalam nak tnya kalo masuk llp lepasan diploma nk smabung pegawai mcmne
BalasPadamboleh ke apply askar rekrut dengan pelepasan spm je ?
BalasPadamPrgi temuduga terbuka dkt mana2 kem bawa semua salinan yang diperlukan utk prajurit muda.sijil SPM tau,diploma lagi elok
BalasPadamsaya ada diploma accounting n saya nak apply jadi pengawai tapi umur saya dah 22 sempat ke
BalasPadamIkut umur, encik sempat lagi, had umur pegawai ATM ialah 27. Tapi saya nk ingatkan yg pegawai mesti pemegang ijazah untuk layak memohon ke dalam tentera. Jadi saranan saya encik boleh mohon ke UA dan libatkn diri dalam Palapes, menguatkn lgi apabila encik mohon interview pegawai tentera
PadamDiploma boleh dapat pangkat leftnan muda ye .? Kalo jadi inspektor polis wajib ada degree barunya bole terima
BalasPadam