Selasa, 19 Mac 2013

Kau Belajar Kat UniKL? Tapi Kenapa Kat Melaka?

"Kau belajar kat mana?

Soalan biasa gua dapat bila jumpa member-member dari Universiti lain.

"Belajar kat UniKL MICET"

"Oo, kat KL ni je la? Kau amek course apa weh?"

"Tak, bukan kat KL. Melaka. Aku amek Chemical Engineering Technology in Food"

"Eh, kata UniKL? Asal kat Melaka pulak? Kau amek Chemical ke Food ni?"

Adoilaa... Tensen gak gua bila soalan bertubi-tubi camni. Semuanya sebab ramai yang tak faham konsep Universiti Kuala Lumpur ni dan juga berkenaan course yang ada kat UniKL MICET.

Meh gua terangkan serba ringkas tentang UniKL. Kat bawah ni list UniKL yang ada di Malaysia:

1. Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) - Mekatronik, Robotik, Pengimpalan
2. Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) - Elektronik
3. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) - Aviation
4. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) - Automotif
5. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology,  (MIIT, UniKL City Campus) - IT, Multimedia, Animasi
6. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical and Bio-Engineering Technology (UniKL MICET) - Kimia
7. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) - Maritim
8. Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) - Perubatan, Radiografi, Jururawat
9. Universiti Kuala Lumpur Institute of Product Design And Manufacturing (UniKL IPROM) - Rekabentuk produk, Acuan 
10. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC) - Logistik
11. Universiti Kuala Lumpur Institute of Medical Science Technology (UniKL MESTECH) - Sains Makmal
12. Universiti Kuala Lumpur Business School - Akaun, Kewangan
13. Institute for Research and Postgraduate Studies, Universiti Kuala Lumpur City Campus (IRPS, UniKL City Campus)
14. Universiti Kuala Lumpur ICOLE

Logo Universiti Kuala Lumpur

Dah nampak serba sedikit? UniKL ni sama je macam Uni lain cuma kampusnya bertebaran di atas muka bumi Semenanjung ni dan diletakkan pengkhususan bidang. Macam tempat gua, UniKL MICET adalah untuk bidang Teknologi Kimia. Kat MICET pulak dipecahkan kepada 5 major yang lain pulak. Gua pilih major dalam Food Technology.
Logo MICET 

Boleh rujuk link ni untuk maklumat lanjut: http://www.unikl.edu.my/index.php/programmes/programmes-by-level/744-degree-programmes

Pasni, jangan tanya gua lagi kenapa UniKL kat Melaka. Arhh!

Cuba Renung Ke Belakang: Kisah Budak Belajar di Korea


"Mal, bila aku ingat balik masa-masa dulu dan aku compare apa aku dah jadi sekarang...", kata member baik gua memulakan bicara. Gua diam. Tunggu dia abeskan ayat dia dulu.

"Allah tu memang sebaik-baik perancang. Dia punya plan tu cantik je Dia susun sampai lah aku dapat apa aku ada sekarang", sambung member gua lagi.

"Maksud kau?" Pendek soalan gua. Gua masih tak nampak apa yang member gua cuba sampaikan.

"Ye lah. Kau tahu kan aku dulu tak dapat masuk SBP walaupun result aku kira ok gak masa tu. Aku masuk Teknik. Masa tu aku memang tak minat Sains pun, kira ok la aku masuk Teknik. Haha. Pastu, abes SPM... Aku apply JPA. Aku nak belajar oversea macam kakak-kakak aku. Aku nak pecahkan tradisi abang-abang aku"

Untuk pengetahuan, member aku anak bongsu (Ke-6), 3 orang kakak dia semua belajar oversea manakala abang-abang dia belajar dalam Malaysia je. So, dia nak pecahkan tradisi dengan belajar oversea.

"Aku nak apply Jepun tapi parents aku tak bagi. Last-last, aku apply Korea. Keluar result, aku tak dapat tapi boleh buat rayuan. Alhamdulillah, rezeki aku masa tu. Rayuan aku diterima"

Gua tahu kisah ni. Masa tu awal tahun 2007. Gua masa tu masuk matrik. Member gua fly awal Februari 2008.

"Dan sekarang, aku bersyukur dengan apa aku ada. Aku boleh buat bisnes Tour Guide kat sini. Padahal, awal-awal aku kat sini memang susah. Cam menyesal pun ada. Belajar dalam bahasa Korea sepenuhnya. Duit pulak JPA bagi tak cukup untuk aku cover expenses aku. Cukup-cukup makan je. Aku bukan nak cakap apa tapi dengan bisnes yang aku buat tu, aku mampu untuk melancong ke banyak tempat kat dunia ni dan sekarang aku dah mampu untuk beli tanah"

Gua dengar dengan perasaan yang sedikit kagum. Sebab gua memang tau member gua ni kaki bisnes. Tak sangka kat sana dia boleh cari ruang buat bisnes dan gua juga tau dia ni kaki melancong. Dan nampaknya dia boleh capai impian dia satu hari nanti sebab impian dia nak jadi jutawan sebelum umur 30.

"Kau nampak tak, Mal? Walaupun macam-macam masalah aku dapat tapi Allah susun kisah aku sampai aku rasa aku boleh kejar impian aku tu sebelum umur 30 nanti. Aku ingat bila gi Korea aku tak dapat nak kejar impian aku"

Cakap member gua tu ada betulnya. Ada impian/cita-cita kita tu tak kesampaian tapi Allah plan kita ke arah lain yang lebih baik. Macam gua dulu, ada bercita-cita untuk amek medic tapi tak kesampaian. Masa tu frust lah jugak tapi bila gua tengok apa gua lalui sampai sekarang, gua rasa bersyukur pun ada tak amek medic. Hehe.

Itu cerita, lain kali gua post. Da panjang sangat ni.

Cuba Renung Ke Belakang...

Some people said, "Forget the past. Don't ever turn back. Look forward. There are more to see".

Bagi gua, tak salah kalau merenung kembali masa lalu jika kita mahu menjadikan ia sebagai satu pengajaran supaya kita tidak mengulanginya di masa akan datang.

"People who forget the past will tend to repeat it", kata seorang sejarawan. Gua yakin korang semua pernah dengar quote ni. Sila rujuk buku Sejarah Tingkatan 4.

Tidak salah merenung masa lalu cuma bukan untuk dikesali atau ditangisi tetapi untuk dibaiki pada masa sekarang supaya pada masa akan datang, ianya takkan berulang kembali.

Next entry gua akan cerita sedikit pengalaman seorang sahabat gua.

Warkah Kehidupan (I): Pengenalan

Serba ringkas ingin gua senaraikan perjalanan hidup gua sehingga ke hari ni:

Tempat-tempat yang gua pernah menetap dan bersekolah
- Kem Desa Pahlawan, Kelantan (baby lagi time ni)
- Kangar, Perlis (Tadika KEMAS)
- Kem Genting Klang, KL (Tadika KEMAS, SK Wangsa Melawati)
- Kem Penrissen, Sarawak (SRB Mejar Jeneral Dato' Ibrahim)
- Pasir Mas, Kelantan (SK Dato' Abdul Hamid 2)
- Kem Genting Klang, KL (SK Desa Setapak, SMK Wangsa Melawati, SM Sains Alam Shah, Kolej Matrikulasi Melaka)

Tamat je matrik dengan pointer yang tak seberapa (kuikuikui), gua pun melangkah masuk ke menara gading (alhamdulillah)
- Alor Gajah, Melaka (UniKL MICET)

Habis je 4 tahun, gua gi interview Halal Executive Programme (HEP) anjuran Halal Industrial Development Corporation (HDC) dengan kerjasama KFCH College dan melapor diri pada 2 Mei 2012
- Puchong, Selangor (Kursus Eksekutif Halal HDC-KFCH College)

Abes kursus 6 bulan pada 31 Oktober 2012 yang lalu, gua cuma duduk rumah je sambil mencari peluang pekerjaan dalam bidang makanan dan halal yang merupakan bidang yang gua belajar.

Cukup dulu setakat ni. Gua akan sambung dengan lebih details pada entry akan datang. Yang kat atas tu cuma intro je dulu. Hehe.

Assalamu'alaikum! Salam pengenalan.

Dimulakan dengan Bismillahirahmanirrahim (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani), gua merasmikan pembukaan blog gua. Kehkehkeh.

Ok. Gua tak berapa pandai nak ber'blog'-ing ni. Tujuan gua cuma nak kongsi pengalaman hidup gua dan apa-apa info yang gua rasa boleh memberi manafaat pada gua dan mereka yang membaca blog gua.

Baik. Cukup setakat tu dulu. Gua nak belajar customize blog jap.