Untuk entry kali ni, gua nak citer sket tentang sistem pangkat yang ada dalam Tentera Darat Malaysia (TDM).
Seperti yang korang semua tahu, antara keunikan profesion tentera ni, mereka mengamalkan sistem pangkat dalam pekerjaan mereka, tidak seperti kakitangan kerajaan yang lain.
Bagi yang menyertai latihan rekrut atau perajurit muda, mereka akan passing out sebagai Prebet (Pbt) atau Private dalam English manakala bagi yang menyertai latihan pegawai kadet, mereka akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Lt Muda).
Syarat Kemasukan
Syarat terbaru untuk menyertai Perajurit Muda, calon mestilah mempunyai SPM atau Diploma. Gua tak ingat kena kredit apa dan lulus apa untuk SPM tu. Nanti gua check balik. Sebab taraf tentera sekarang dah tinggi. Dulu nak masuk rekrut ni, ada PMR pun takpe. Untuk tahun ni, ianya dah pun dimansuhkan.
Sistem Pangkat Tentera Darat
Manakala bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pegawai, skim yang ada cuma 2 sahaja sekarang:
- Pegawai Kadet UPNM - masuk dengan keputusan SPM dan lulus temuduga
- Pegawai Kadet Graduan - masuk dengan ijazah kepujian dan lulus temuduga
Kalau dulu ada skim Pegawai Kadet lepasan SPM. Training 18 bulan + dapat Diploma Pengurusan dari OUM. Tapi skim ni dah dimansuhkan.
Dan bermula tahun 2013 juga, sesiapa yang nak masuk skim Pegawai Kadet Graduan hendaklah mempunyai Ijazah dengan Kepujian berserta CGPA yang baik.
Tempoh Latihan
- Perajurit Muda - latihan ketenteraan selama 6 bulan
- Pegawai Kadet UPNM - latihan ketenteraan dan akademik selama 5 tahun iaitu 1 tahun (asasi) + 4 tahun (ijazah)
- Pegawai Kadet Graduan - latihan ketenteraan selama 9 bulan di Kolej Tentera Darat
Untuk entry akan datang, gua akan citer serba sedikit pangkat dalam Tentera Laut ngan Tentera Udara. Ada kelainan sket berbanding TDM ni :)